LEPAS EMAS PUTIH, FARID NOR PULAK KOMPLEN RESTORAN FIZO OMAR
LEPAS EMAS PUTIH, FARID NOR PULAK KOMPLEN RESTORAN FIZO OMAR. Isu restoran Fizo Omar yang tak memberikan service & menu yang terbaik mula jadi Viral mesti ramai nak cuba sebab nak siasat sendiri betul ke tidak apa yang di viralkan tu. Satu publisiti buat restoran retis kaki sentap ni. Tapi kalau tak ada tindakkan drastik mengatasi masalah ni dalam masa yang terdekat tak mustahil ramai lagi akan meluahkan perasaan tidak puas hati tentang restoran FizoMawar ni. Benda ni mungkin memberi impak pada perniagaan mereka.Tu la Fizo orang tegur bebaik kau sentap macam anak kena bunuh.. Bila dah kau sentap maka jadi isu besar la. Bila jadi Isu besar maka bersedia la hadapi malapetaka alam maya. Kalau dah tau memang restoran kau ada masalah macam tu just perbaiki bukan salahkan pelanggan yang tak puas hati.
Semalam aku dah nampak orang mula viralkan pasa satu post di buat oleh individu bernama Farid Nor yang turut meluahkan perasaan tak puas hati dia dengan restoran Fizo Omar ni. Ni luahan hati seorang lelaki bernama Farid Nor..
So Fizo.. tengah nama restoran awak tu panas hot & spicy sila ambil tindakkan yang sepatutnya supaya pelanggan yang datang nanti tidak mengalami pengalaman makan yang mengecewakan seterusnya membuat post di media sosial bagi mengukukuhkan lagi bukti bahawa perkhidmatan di restoran anda agak teruk.
Jangan risau rakyat Malaysia ni walau suka memviral depa jugak sentiasa memberi peluang jika anda akui kesilapan, tak ego atau tak menyalahkan pelanggan & memperbaiki apa yang kurang pada restoran anda.
Tapi kalau yang jenis cerewet ni jangankan restoran fizo omar mana2 restoran pun dia rasa ada je tak kena.. Orang macam ni rasa dia masak sendiri je lagi perfect. Jadi kalau jenis spesis macam ni elok la makan kat rumah je. Boleh try resepi2 pelik ni >> 9 Resepi & Masakan Yang Confirm Korang tak pernah cuba makan atau Masak Menggunakan Laici <<
Moral of the story.. Kalau kita yang salah, mengaku je la. Jangan nak salahkan orang balik sebab dengan cara tu tak dapat nak betulkan keadaan malah menjadikan ia lebih teruk. Jadikan pengajaran.. kalau nak buat bisnes makanan ni pastikan anda memang mampu menyediakan masakan yang sedap & mampu berdepan dengan kerenah pelanggan. Nak meniaga mana boleh sentap sangat, ye dak??