Showing posts with label beraya. Show all posts

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016. Hari ni dah hari ke 29 hari umat Islam berpuasa. Insya Allah.. tinggal lagi 1 hari untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 29 Hari berpuasa moga yang berkurang kilo kat badan & yang bertambah pahala & amalan. Kalau yang bertambah kilo tu maka ketahuilah mungkin anda antara yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makan. Kalau makan ala kadar, Insya Allah boleh buang kilo kilo yang berlebihan katanya.

Gambar sekadar hiasan

Hari ni pun dah ramai balik kampung. Aku Insya Allah esok baru nak memulakan perjalanan balik kedah. Allah.. Rasa tak sabar nak balik kampung katanya. Dok tengok ada kawan kawan dok cakap.. teringin nak rasa balik kampung bila raya. Almaklum la depa duduk tak jauh dari rumah keluarga & adik beradik. Ada yang perjalanan 5 - 10 je dah sampai rumah mak ayah. Tak macam aku.. kalau tak hadap jam maybe 4 - 5 jam baru sampai. Tapi pernah jugak aku balik dari kampung ambil masa dekat 12 jam atas jalan. Tu sebab kami melencong sana sini nak elak jam. hahahaa

10 Tahun jadi anak rantauan.. Perasaan excited nak balik kampung tu memang tak dapat nak gambarkan dengan kata kata. Nak2 sejak anak aku sekolah ni, balik kampung pun dah jarang sangat. Raya la semua dapat bercuti serentak maka boleh la balik kampung.

Dekat dekat nak raya seperti tahun2 lepas.. Banyak la dok share rules nak beraya kat rumah orang. Jangan pangku balang kuih la, jangan sibuk tanya kuih homemade ke tunjuk tunjuk, jangan habiskan kuih dalam balang.. Kalau datang beraya rumah aku kat kampung benda2 macam tu tak jadi rules cuma jangan complaint pasal kucing atau suruh kami kurang populasi kucing dalam rumah je. Kalau kau berani nak sentuh bab kucing untuk raya akan datang kau akan hilang layanan mesra dari adik beradik aku.

Kadang2 aku rasa tak berapa bagus sangat dok share rules nak beraya rumah orang bagai.. Kita yang share kang ada yang berniat nak datang raya terbaca macam rasa tak best terus tak jadi datang. Macam bab makan kuih pangku balang pun kau nak jadikan benda tu perkara besar sangat pada hari raya memang aku rasa tak patut sangat. Tetamu tu kan pembawa rezeki.. biarlah dia nak makan pangku balang. Bukan dia nak bawa balik balang pun.

Cukuplah kita ingatkan orang lain adab beraya rumah orang. Orang yang jaga adab Insya Allah dia tak buat benda tak senonoh semasa bertandang rumah orang. Tak payah nak ketatkan sangat undang2 nak pergi beraya tu. Kang semua yang datang beraya rumah kita duduk tegak macam tiang tak berani nak sentuh hatta balang kuih sekalipun. Alih2 kau hadap sendiri kuih raya kau yang melambak tu.

Sampai tanya kuih raya buat atau beli pun jadi salah ke? Alahai.. sentapnya korang. Kalau kat rumah aku.. Tak pernah aku dengar adik beradik aku merungut orang tanya kuih buat ke beli sebab bagi kami tak rasa jadi satu masalah pun. Perkara biasa kalau sedap orang akan tanya kuih ni buat atau beli. Kalau buat maybe dorang nak minta resepi kalau beli mungkin dorang nak tanya beli kat mana. Remeh sangat perkara tu sampai kau nak list sebagai rules hari raya.

Orang nak datang beraya pun sekarang susah kan.. Banyak sangat rules sedangkan kadang2 tetamu yang datang rumah kita tu setahun sekali je masa raya. Jangan la kita spoil kan mood orang nak datang beraya dengan rules yang tak perlu.

Sesungguhnya raya dulu & sekarang sangat berbeza. Boleh baca perbezaan raya dulu & sekarang kat sini >> 6 Perbezaan Paling Ketara Raya Dulu & sekarang, harap takde sapa datang beraya macam nombor 4 takut ada warga emas kena serangan jantung pulak << Raya dulu sebelum wujud media sosial tak ada rules2 sangat tapi sejak wujud media sosial banyak pulak rules dia.

Apapun berpada pada la kan nak buat rules untuk orang datang beraya. Hari yang sepatutnya kita bermaaf maafan & mengeratkan silaturrahim jangan sampai jadi hari bermasam muka pulak di sebabkan orang datang raya langgar rules beraya rumah korang. Lebih kurang tu pejam mata & senyum je la.


Walau macam mana pun di kesempatan ni tetap den nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin andai penulisan di blog ni menyakiti mana2 pihak. Sesungguhnya den hanya manusia yang kadang2 menulis ikut nafsu.

PERLU KE PERATURAN UNTUK ORANG YANG DATANG BERAYA

Insya Allah 9 hari lagi kita dah nak sambut raya. Sekejab jer rasanya.. 21 hari puasa ni Alhamdulillah belum lagi skip bersahur. Hope.. Tak terbabas bersahur hingga hari ke 30 la. Azam puasa tahun ni nak cukupkan sahur 30 hari even tak cukup puasa 30 hari pun. Almaklum la orang pompuan katakan...


Berbalik pada isu semasa yang tengah rancak orang share sekarang adalah rules @ peraturan ketika pergi beraya kerumah orang. Actually aku memang tak berapa setuju dengan rules bagai bila nak beraya ni bukan bermakna aku jenis tak beradap bila pergi beraya kat rumah orang. Meletakkan peraturan untuk orang datang beraya.. bagi aku adalah perbuatan kurang sopan atau secara kasarnya di sebut BIADAP. Tak boleh tu.. tak boleh ni.. Nak.. nak rules yang berkaitan dengan tingkah laku budak2 ni. Biasa la budak2 kadang2 tertumpah air.. Bukan sebab mak bapak dia tak pandai didik. Cuma kadang2 benda ni berlaku secara tak sengaja.

Sebab tu aku sejak ada anak memang malas sangat nak bertandang kerumah orang kecuali hari raya. Sebab anak aku memang lasak. Tu pun memang aku kawal dia bila berada kat rumah orang sebab tak nak menyusahkan tuan rumah. Kalaulah dah ada rules macam orang dok share sekarang.. Aku takkan pergi rumah orang yang share rules tu sebab bagi aku orang yang share tu sebenarnya nak bagitau orang lain nak datang rumah dia beraya maka pastikan tak buat perkara perkara tu. Bukan berniat nak buat cuma takut benda tu berlaku di luar kawalan nak2 berkaitan dengan anak kecik ni.

Hari raya memang hari yang dah menjadi amalan turun temurun ziarah menziarahi.. Tak perlu kita spoil mood orang untuk datang kerumah kita dengan rules2 macam tu. Sekarang ni majoriti semua orang ada account media sosial.. Bila kita share benda macam tu tak mustahil yang ada anak kecik & ramai anak ni rasa segan jugak nak bertandang kerumah kita. Yelah.. mak bapak maybe behave jer kat rumah orang tapi budak2 ni... pepaham je la.


Bab makan pun.. angkat balang bagai, makan banyak bagai.. tak perlu la nak mention semua tu. Nak bagi makan.. bagi je la. Tak nak simpan senyap jangan jamu orang. Orang nak angkat balang bagai ni selalunya dirumah orang yang kita dah mesra atau rapat jer. Sembang lama lama tu.. takkan tu pun nak kena cut time. Kadang2 setahun sekali jer berjumpa mesti la rasa nak spent time lama sikit. Tapi bab handphone je aku setuju. Kalau setakat pergi beraya nak bz dengan handphone better kau beraya sorang2 dalam bilik. Pasal biskut, kuih, kek bagai.. rasanya biasa je kot orang tanya beli ke buat sendiri. takkan tu pun nak sentap. Bab suara kuat.. kalau family aku kat kampung.. memang kami jenis riuh rendah. So rumah aku available nak sembang bising2 hari raya.

Moral of the story... kalau korang memang nak orang ikut rules korang semasa hari raya, mention awal2 depan pintu rumah. Lagi bagus lekat kat gate. Senang.. kot2 aku terdatang baca rules tu boleh la cancel saat akhir sebelum melangkah pijak lantai rumah korang. Peace Yo!

P/S : hope ni takde lagi isu berselfie kat kubur.. Hormati la kawasan perkuburan. Takkan semua tempat pun korang nak pose macam model majalah


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com