PERLU KE PERATURAN UNTUK ORANG YANG DATANG BERAYA
Berbalik pada isu semasa yang tengah rancak orang share sekarang adalah rules @ peraturan ketika pergi beraya kerumah orang. Actually aku memang tak berapa setuju dengan rules bagai bila nak beraya ni bukan bermakna aku jenis tak beradap bila pergi beraya kat rumah orang. Meletakkan peraturan untuk orang datang beraya.. bagi aku adalah perbuatan kurang sopan atau secara kasarnya di sebut BIADAP. Tak boleh tu.. tak boleh ni.. Nak.. nak rules yang berkaitan dengan tingkah laku budak2 ni. Biasa la budak2 kadang2 tertumpah air.. Bukan sebab mak bapak dia tak pandai didik. Cuma kadang2 benda ni berlaku secara tak sengaja.
Sebab tu aku sejak ada anak memang malas sangat nak bertandang kerumah orang kecuali hari raya. Sebab anak aku memang lasak. Tu pun memang aku kawal dia bila berada kat rumah orang sebab tak nak menyusahkan tuan rumah. Kalaulah dah ada rules macam orang dok share sekarang.. Aku takkan pergi rumah orang yang share rules tu sebab bagi aku orang yang share tu sebenarnya nak bagitau orang lain nak datang rumah dia beraya maka pastikan tak buat perkara perkara tu. Bukan berniat nak buat cuma takut benda tu berlaku di luar kawalan nak2 berkaitan dengan anak kecik ni.
Hari raya memang hari yang dah menjadi amalan turun temurun ziarah menziarahi.. Tak perlu kita spoil mood orang untuk datang kerumah kita dengan rules2 macam tu. Sekarang ni majoriti semua orang ada account media sosial.. Bila kita share benda macam tu tak mustahil yang ada anak kecik & ramai anak ni rasa segan jugak nak bertandang kerumah kita. Yelah.. mak bapak maybe behave jer kat rumah orang tapi budak2 ni... pepaham je la.
Moral of the story... kalau korang memang nak orang ikut rules korang semasa hari raya, mention awal2 depan pintu rumah. Lagi bagus lekat kat gate. Senang.. kot2 aku terdatang baca rules tu boleh la cancel saat akhir sebelum melangkah pijak lantai rumah korang. Peace Yo!
P/S : hope ni takde lagi isu berselfie kat kubur.. Hormati la kawasan perkuburan. Takkan semua tempat pun korang nak pose macam model majalah
Ntahnye lagi senang tulis je kat gate kate 'kiteorng takde pegi raya kat london' kompom takde sape nak dtg raya rumah ko
ReplyDeletesimpan biskut raya sebab mahal .. tak nak bagi tetamu makan. pastu raya tahun depan baru nampak ada lagi biskut last year tak habis makan hahaa punya kedekut kan :p
ReplyDeleteiyerla...kathy pun ada baca rules ni. boleh di kata tak setuju dengan benda begini. boleh membantut semangat ingin berziarah satu sama lain saja jadinya.
ReplyDelete