Showing posts with label termakan. Show all posts

APA YANG SELALU KITA TER... BUAT HARI PERTAMA PUASA

Happy puasa Uolls.. Salam ramadhan buat semua kengkawan den yang membaca entri ni. Amacam sahur tadi?? First day puasa sahur pun gempak2 jugak. Biasa la tu.. yang first selalunya celebration dia kebabom kan?? Hari first puasa sahur penuh meja.. berbuka apatah lagi.. tak muat meja la kot. Tapi den tetap maintain macam biasa jer.. Sahur simple2 jer. Takde pulak gambar makanan sahur tadi nak tayang. kekekekekeke

Ok.. hari pertama puasa ni jom kita share apa yang selalu orang ter.. buat. Banyak perkara ter... ni tak di sengajakan tapi ada juga benda yang buat dengan sengaja tapi guna alasan ter... kan?? Yang selalu ter.. buat hari pertama puasa.. kalau bebudak sekolah terbawa air ke sekolah. Hahahaha.. benda ni pernah jadi kat kawan den masa sekolah menengah dulu. Sebab terbawak air ke sekolah & hampir terminum maka orang lain tertawakan dia. Jadinya dia pun termalu.

Ter.. yang seterusnya..terbuka peti ais cari minuman. Kadang ada yang terminum baru teringat puasa. Kadang2 ada yang terbuka peti ais tak sempat terjamah apa2. Ter.. buka tudung salji tengok juadah tengahari.. ter.. korek hidung.. ter.. korek telinga.. Bagi tukang2 masak kat dapur hari pertama & di awal puasa ni mesti ada yang ter.. rasa masakan sendiri bila nak sediakan juadah berbuka kan?? Sang lekit tahun2 yang lepas memang pernah juga ter.. rasa masakan ni. Tahun ni ter.. yang sang lekit takut ter.. minum susu budak lala tu. Sebabnya sang lekit macam jadi kebiasaan bila buat susu budak tu sebelum sumbat dalam mulut dia sang lekit rasa dulu tahap panas & kelazatan susu dia. Walau kita dah biasa pun sukatan air & susu budak tu tapi bila dah terbiasa.. mesti terbuat setiap masa. Setakat ni ter.. tu belum terbuat sebab masih ingat hari ni puasa.

Gambar carian google

 Korang pulak macam mana?? Ter.. apa yang selalu korang buat pada hari pertama puasa. Takpe kalau ter.. buat jangan sengaja buat & bagi alasan ter.. buat. Ingat ganjaran ibadah & amal kita bukan manusia yang tulis tapi Malaikat. Kau boleh tipu sesama manusia tapi bukan dengan Allah. Dah tua2 ni tak payah nak buat2 ter.. la sangat kan?? Puasa sekarang bukan macam dulu2.. masa tu rasa panjang sangat. Sekarang ni bangun duduk.. tup2 dah nak berbuka, kan?? Jadi selamat berpuasa pada semua yang berpuasa hari ni.. Moga kita mendapat ganjaran pahala & keberkatan di bulan mulia ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com