MEREKA NAMPAK TAPI TAK PEDULI
Mei 2005 muncul seekor kucing yang memperlihatkan kekejaman makhluk bernama manusia. Kedua belah kaki depannya di potong hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran (non-muslim) untuk mengalas perut yang lapar. Setelah di kejami.. dia di buang di tepi jalan dalam kesakitan yang teramat sangat. Hanya mata2 menonton kesakitan itu tanpa ada seorang pun yang merasakan ia perlu di beri bantuan. Mungkin mereka hanya berdoa, Allah cepat mengambil nyawanya supaya penderitaannya tidak lama. Tapi Allah telah menghadirkan seorang insan yang tak punya kemampuan waktu itu untuk menghantar dia menerima rawatan yang lebih baik tapi insan itu dengan rasa perikemanusian, belas kasihan & kasih sesama makhluk membawa dia pulang dengan airmata. Hanya berbekal doa & minyak gamat.. Insan itu pasrah. Sedaya mungkin di rawat dengan minyak gamat & pasrah jika hayat seekor kucing yang di selamatkan itu tidak panjang. Namun kuasa Tuhan.. Dia terus bernafas sehingga kini. Ini Kisah Hero & Papanya... (Baca kisahHero DISINI)
Gambar di pinjam dari Kakimotong Fan Club
Sang Lekit mula terfikir andai perjalanan hidup Hero ni di pertontonkan saat gemilang dia hari ni semasa kakinya di potong & di buang mesti orang yang ramai berkerumun melihat hero kesakitan tu takkan biar sampai Papa Hero datang kemudian bawa balik Hero untuk di bagi rawatan, kan? Manusia yang ramai2 tengok tu macam tengok Filem jer.. Sebabnya dorang tak terbayang atau terfikir yang hero bakal jadi perhatian ramai 1 hari nanti. Kalaulah semua tu boleh nampak semasa hero tengah mengelupur menahan sakit pasti ada yang ambil kesempatan bukan ambil atas belas ehsan.. Itulah manusia. Lupa! Perbuatan baik akan di balas baik tapi Papa Hero yang ambil hero masa tu sang lekit yakin dia tak membayangkan detik2 gemilang hari ni bersama hero tapi apa yang ada dalam hati & fikirannya 1 makhluk yang harus di selamatkan. Dan apa yang dia miliki bersama Hero ni adalah Balasan Tuhan atas kebaikkannya.
waktu hero di kejami, di buang & di biar kesakitan. Banyak mata hanya memerhati tanpa berbuat apa2.. Melihat apa yang hero kecapi hari ni mesti terdetik di hati dorang "Kalau aku tau dia nak popular camtu.. Aku ambil dia bawak gi spital" atau "Rugi aku tak ambil hero haritu padahal aku yang nampak dulu"... Manusia.. mereka nampak Hero kesakitan, tapi tak peduli sebab mereka tak tahu, tak terfikir atau terbayang yang Hero Hari ini mendapat perhatian ramai (bukan semua manusia yer). Kisah Hero & Papanya, Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan tak kira baik atau buruk akan menerima balasan. Kalau tak kat Dunia, akhirat kelak.