Showing posts with label ayam katik. Show all posts

AKU, HAIWAN & SAAT KEMATIAN

Semalam dok borak - borak dengan Nyah Zulfikar pasal haiwan kesayangan walau topik mula - mula dia lain tapi bila dah lama borak terkeluar macam - macam cerita la. Akibat dari pengeluaran cerita yang terkeluar topik tu hari ni sang lekit nak kongsi kisah haiwan - haiwan yang pernah menjadi kesayangan sang lekit dari awal perkenalan kami hingga ke nafas yang terakhir. Idea ni pun cadangan dari Nyah Zulfikar jugak.

Sang Lekit ni boleh di kategorikan pencinta haiwan juga.. Tidak tertakluk kepada spesis bulu - bulu seperti kucing & hamster saja. Walaupun membesar dengan makhluk bulu - bulu bernama kucing tapi naluri sukakan haiwan ni tak kira apa jenis haiwan pun. Antara yang pernah menjadi kesayangang sang lekit selain kucing, anak lembu & anak ayam katik.(Tu tak termasuk haiwan tanpa izin macam cicak dinding yang memang suka sangat sang lekit tangkap & main)

Kisah pasal anak lembu bernama cik putih. Anak lembu ni makcik punya. Bela dekat rumah. Masa tu memang sang lekit masih di bawah ketiak makcik (di bawah penjagaan beliau la). Bila makcik bela cik putih kat rumah sang lekit turut terpengaruh la berkenalan & rapat dengan cik putih. Cik putih masa tu masih kanak2 yang baru nak meninggkat remaja. Jadi bila dah rapat dari kecik cik putih memang jinak & manja dengan makcik & sang lekit. Hari - hari tanpa rasa terpaksa sang lekit akan bagi dia makan, minum, berbual & belai - belai dia. Nak di jadikan kisah sedih, pilu & penuh airmata ni.. cik putih terlepas. Jadi dengan penuh bangga cik putih merayap la sengenap kampung hingga la ke jalan raya besar. Malang tak berbau cik putih kemalangan & nazak. Jadi makcik ambil keputusan untuk sembelih jer cik putih sebelum jadi bangkai. Apa lagi sedara mara yang dekat2 rumah pakat kendurikan la daging cik putih kesayangan sang lekit. Orang lain bersuka ria mengadap daging cik putih sang lekit pula dok dalam rumah teresak2 nangis. Jangankan nak makan, nak tengok pun sang lekit tak sanggup. Cik putih yang sang lekit jaga, belai & bual2 selama ni dah jadi lauk pauk. Memang sedih sangat.

 Cik putih lebih kurang besar ni la. Tapi warna putih (hasil carian google)


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com