AKU, HAIWAN & SAAT KEMATIAN

6/16/2011 05:07:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Semalam dok borak - borak dengan Nyah Zulfikar pasal haiwan kesayangan walau topik mula - mula dia lain tapi bila dah lama borak terkeluar macam - macam cerita la. Akibat dari pengeluaran cerita yang terkeluar topik tu hari ni sang lekit nak kongsi kisah haiwan - haiwan yang pernah menjadi kesayangan sang lekit dari awal perkenalan kami hingga ke nafas yang terakhir. Idea ni pun cadangan dari Nyah Zulfikar jugak.

Sang Lekit ni boleh di kategorikan pencinta haiwan juga.. Tidak tertakluk kepada spesis bulu - bulu seperti kucing & hamster saja. Walaupun membesar dengan makhluk bulu - bulu bernama kucing tapi naluri sukakan haiwan ni tak kira apa jenis haiwan pun. Antara yang pernah menjadi kesayangang sang lekit selain kucing, anak lembu & anak ayam katik.(Tu tak termasuk haiwan tanpa izin macam cicak dinding yang memang suka sangat sang lekit tangkap & main)

Kisah pasal anak lembu bernama cik putih. Anak lembu ni makcik punya. Bela dekat rumah. Masa tu memang sang lekit masih di bawah ketiak makcik (di bawah penjagaan beliau la). Bila makcik bela cik putih kat rumah sang lekit turut terpengaruh la berkenalan & rapat dengan cik putih. Cik putih masa tu masih kanak2 yang baru nak meninggkat remaja. Jadi bila dah rapat dari kecik cik putih memang jinak & manja dengan makcik & sang lekit. Hari - hari tanpa rasa terpaksa sang lekit akan bagi dia makan, minum, berbual & belai - belai dia. Nak di jadikan kisah sedih, pilu & penuh airmata ni.. cik putih terlepas. Jadi dengan penuh bangga cik putih merayap la sengenap kampung hingga la ke jalan raya besar. Malang tak berbau cik putih kemalangan & nazak. Jadi makcik ambil keputusan untuk sembelih jer cik putih sebelum jadi bangkai. Apa lagi sedara mara yang dekat2 rumah pakat kendurikan la daging cik putih kesayangan sang lekit. Orang lain bersuka ria mengadap daging cik putih sang lekit pula dok dalam rumah teresak2 nangis. Jangankan nak makan, nak tengok pun sang lekit tak sanggup. Cik putih yang sang lekit jaga, belai & bual2 selama ni dah jadi lauk pauk. Memang sedih sangat.

 Cik putih lebih kurang besar ni la. Tapi warna putih (hasil carian google)



Tu kisah lembu yang bernama cik putih.. Ni kisah anak ayam katik yang sesat datang rumah sang lekit (time ni dah bernaung kembali bawah ketiak mak & ayah. Dah pulang ke pangkal jalan). Nama dia citcit.. datangnya tak tau dari mana.. ada jugak tanya jiran2 kot2 dorang punya tapi tetap tak jumpa tuannya. Sebab dia masih anak & kecik ayah & mak sang lekit ambil keputusan bela la dia dalam rumah. Mula - mula tentera bulu (kucing) agak jakun la dengan kehadiran cit cit. Yelah tiba2 ada spesis ayam dalam rumah. Semua pakat dok menonton citcit dari dalam sangkar. Tapi lama kelamaan bila dah biasa dengan warga baru, tentera bulu mula boleh bergaul dengan citcit. Sampaikan makan, main & tidur pun sama - sama. Kesiannya citcit dia mengalami krisis identiti sikit bila dia takut pada ayam & merasakan diri dia seekor kucing sampai tak nak keluar rumah langsung. Di sebabkan dia membesar dengan kucing2, jadi sang lekit sefamily tak kisah la dia taknak tinggal di luar macam ayam2 lain. Biar la dia rasa diri dia kucing pun. Tapi malangnya belum sempat ekor citcit kembang macam ayam katik lain. citcit terlebih dahulu pergi akibat di pijak secara tak sengaja adik bongsu sang lekit. Punya la sedih sang lekit & punyalah kecewa arwah ayah masa tu. Sebab citcit memang dah menjadi kesayangan kami. Citcit selalu jadi perhatian bila orang datang kerumah sebab dia berkawan dengan kucing. Sang lekit nak mengabdikan kenangan bersama citcit, sang lekit ambil sehelai bulu dia kemudian letak dalam diari. Tiap kali tengok bulu citcit, mesti nangis.

Citcit pula sempat bela sampai besar ni jer (hasil carian google)

Itulah antara dua spesis haiwan yang pernah menjadi kesayangan sang lekit selain tentera2 bulu. Kisah2 tentera bulu ni memang banyak jadi mungkin di lain entri boleh sang lekit kongsikan.. Apapun setiap kali haiwan kesayangan lekit mati, pasti sang lekit akan rasa macam satu kehilangan besar dalam hidup sebab mereka adalah sebahagian dari hidup sang lekit.

Ni antara tentera2 bulu sang lekit kat kampung. Sebenarnya banyak lagi. Ni antara senior la

9 comments:

  1. sedih betul bayangkan ko nangis bila cik putih ngan citcit mati kan...


    tapi lawak sikit bila bygkan ayam tu ade krisis identiti.. hehehe

    ReplyDelete
  2. aiseyman....kisah cinta yang tak kesampaian......

    ReplyDelete
  3. citcit comel...bela la lagi,nanti datang nak tengok hehehe..

    pastu pastu,lain kali jangan bela binatang yg boleh di makan.nnti kecewa wooo tgk dia jadi lauk...kan kan

    ReplyDelete
  4. saya ada kambing yang merasakan diri dia kucing...sama macam kes citcit tu..:)

    binatang ni kalau kita sayang dia, kita ingat sampai bila2..

    ReplyDelete
  5. emm.. teringat lak kat kucing kucing yang dah dihantar ke kampung

    ReplyDelete
  6. huhu..sedihnye....cma dulu bela ayam..tp dah besar mak sembelih buat rendang..
    x lalu nk mkn..syg sgt!

    ReplyDelete
  7. ayam berjiwa kucing! errrr.. nasib baik mastika x tau citer nie ek..kalau x..mesti msk mastika..hehehe

    bagus lar sayang kucing..kat umh sy..pets not allowed..yg ada tikus jek..tuh pon manjang kena tangkap..hahaha

    ReplyDelete
  8. bila dah syg sgt kan. akak ni penyanyang :)

    ReplyDelete
  9. suraya? bia betul kak? huahaha! kelakar r akak niiii.. tabik spring ah sbb akak tak takut kucing! ;D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com