Showing posts with label utara. Show all posts

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA. Ni antara menu penghancur diet manusia jugak ni. Walaupun ada yang tak makan petai sebab dia sejenis ulam ulaman yang berbau.. Tapi lebih ramai penggemarnya berbanding yang tak menggemari. Dalam family aku pun ada adik & kakak aku yang tak makan petai even kami berasal dari kampung & membesar di kampung. Apa ingat semua orang kampung taste dengan petai ke? So, walau petai ni di gelar selera kampung tapi bukan orang kampung je makan ok! hehehehe


Tapi aku memang pemakan petai dari kecik lagi. Aku bukan selera kopitiam atau cafe hipster sangat.. Aku selera restoran kak senah bak kata Dayang deno. hehehehe.. Jadi bagi mereka2 yang berselera restoran kak senah macam aku confirm suka makan petai kan.. Disebab ramai yang suka makan petai cuma tak ramai yang reti nak masak petai ni.. Meh la aku share resepi sambal petai versi utara. Ada versi utara selatan jugak ke? Ada perbezaannya cara orang utara & orang selatan makan petai. Satgi hangpa tau la apa bezanya hahahaha

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak sambal petai ni

1. Petai (aku guna 4 papan petai)
2. Ikan Bilis (boleh jugak guna udang atau sotong)
3. Cili kering
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Sedikit belacan
7. Air asam jawa
8. Minyak Masak
9. Garam (sebagai perasa)

Cara memasak 

Langkah pertama

1. Gorengkan ikan bilis & letak tepi dulu.
2. Kikis kulit petai & potong macam versi di bawah.

Potong macam ni ok.

Tu memang utara style. Kalau selatan style dorang tak masak sekali dengan kulit petai. Depa guna biji petai jer. Tapi kalau versi orang kedah macam aku kami akan potong halus2 dengan kulit sekali & masak. Sedap ok kulit petai tu!

Langkah kedua

1. Kisar (blend) Cili kering (rebus atau di rendam seketika cili kering dalam air panas sebelum blend),Bawang besar, bawang putih & belacan.
2. Minyak goreng ikan bilis tadi panaskan balik & masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili tu pecah minyak.
3. Masukkan petai & masak sekejab
4. Masukkan air asam jawa
5. Kalau petai dah masak, masukkan ikan bilis goreng gaul sebati, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Lepas tu hidang & makan la. Boleh jugak di jadikan sambal untuk nasi lemak atau di makan dengan nasi putih. Ikut selera korang la. Takkan tu pun nak kena ajar. hahahaha.

Sambal Petai

Senang kan nak masak sambal petai. Tak susah pun macam hangpa bayangkan selama ni. Tapi kesedapan dia mampu terasa sampai dalam mimpi ok. hahahaha. Selamat mencuba resepi mudah ni.

RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP

RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP. Kalau orang kedah memang panggil Moi.. Tapi biasanya orang kenal sebagai bubur nasi atau nasi air di sesetengah tempat terutama di kawasan pantai timur. Macam macam cara orang makan moi atau bubur nasi ni. Ada berlauk.. ada yang makan kosong cuma di tambah gula atau kicap & ada di makan bersama sup. Hari ni den terr... masak moi @ bubur sup ni.


Alkisahnya nasi semalam tak habis.. Nak buat nasi goreng pun nafsu serakah tak menjurus ke arah tu maka nak di buang sayang marilah kita merebus nasi tersebut menjad bubur. Ni bukan kisah nasi dah jadi bubur ok tapi kisahnya membuburkan nasi yang tak habis makan. hehehehe.. Bila dah masak bubur tu rasa macam selalu sangat dah makan bubur ayam.. Tapi masih boleh di makan bersama ayam kegemaran laki ku itu. Maka terhasilah Moi Sup.

Nak buat Moi Sup ni takde la susah sangat sampai perlu pergi bertapa kat gunung ganang bagai semata mata nak belajar masak.. mudah je. Bertapa kat blog lekatlekit ni pun korang boleh dah dapat resepi Moi sup.. Moh la kita tengok apa kejadahnya bahan yang di gunakan untuk memasak Moi sup tersebut..

Bahan Bahannya untuk buat Moi @ bubur nasi..

Beras (kalau ada lebihan nasi pun lagi senang. Cepat sikit masak)
Caranya kau rebus beras tu sampai hancur berkecai sampai tak nampak sifat lagi. Ambil masa jugak dalam 2 3 jam gitu kalau beras. Dah kau rasa jadi bubur & sedikit pekat tutup api biar je dia dalam periuk kejab. Boleh jugak tambah sedikit garam dalam bubur @ moi tu kalau suka. Meh kita buat sup pulak

Bahan bahan untuk buat sup..

Ayam
Rempah soto (aku guna jenama mak siti sebab tu je stok yang ada kat rumah)
Kiub pati ayam
Bawang besar
bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Jintan Manis
Buah pelaga
Garam
Minyak masak

Bahan kisar

Bawang besar
halia
Bawang putih
Jintan Manis
Bunga lawang

Cara nak masak

Kisar dulu bahan2 kisar sehingga halus mulus.
Kemudian panaskan minyak masak.
Tumis bawang,kulit kayu manis, bunga lawang sikit,buah pelaga sampai naik bau & layu di pusara
kemudian masukkan serbuk rempah soto mak siti. Masak sekejab sampai naik bau baru masuk bahan kisar.
Biar semua tu masak sekejab sampai naik bau lagi.. masukkan sedikit halia yang di ketuk & masukkan ayam.
Tambah air & masukkan kiub ayam biarlah dia mereneh dalam tu sampai masak. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

kalau guna serbuk rempah soto ni bau dia memang menggugat keimanan sikit. Jiran sebelah pun kau boleh belanja bau sedap tu tau. Dah masak.. Cedok la moi @ bubur dalam mangkuk. Tambah sup & ayam yang dah di carik carikkan. Hiaskan dengan daun bawang, daun sup & bawang goreng & hidangkan.. dah hidang tu tak payah tengok jer.. Makan la takkan tu pun kena bagitau. hehehehe


Senang tak tidak?? Senang jer.. Musim2 hujan memang sedap la makan benda2 macam ni panas panas. Kombinasi moi @ bubur nasi dengan sup memang tak menghampakan. Boleh jugak di makan dengan telur masin, atau nak pedas boleh tambah cili kicap.

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA. Kalau orang kedah dah familiar dengan menu bihun goreng kuah laksa. Atau certain2 negeri di bahagian utara tanah air pun ada yang dah biasa dengan menu tu. Tapi bagi yang mungkin dari luar utara mungkin tak pernah tahu apatah lagi rasa bihun goreng kuah laksa ni. So kalau kita cerita pasal bihun kuah laksa mula la depa berkerut dahi cuba membayangkan kombinasi rasa bihun goreng yang di kahwinkan dengan kuah laksa dalam satu mangkuk katanya.


Sebenarnya menu ni dari aku kecik lagi dah wujud tapi tak tahu sapa pencetusnya. Tapi cuma tak ramai orang buat sebagai jualan. Pendek kata belum di komersialkan sehingga kini.  Kat kedah pun menu ni tak banyak boleh jumpa orang jual. Ni macam menu2 rare jugak la. Tapi takpe kalau tak ada orang jual pun bukan susah nak sediakan malah menu bihun goreng yang sebelum ni cuma menu ringan kalau di gabungkan dengan kuah laksa boleh jadi menu istimewa jugak dalam jamuan makan makan. Sebabnya bukan semua orang pernah rasa menu ni.

Cara nak buat dia pun tak susah.. Bihun goreng tu buat macam bihun goreng biasa jer. Kuah laksa pun buat macam kuah laksa yang biasa jugak. Kalau tak reti nak buat kuah laksa boleh rujuk kat entri ni >> Resepi kuah laksa << Kalau tak reti nak buat bihun goreng tak apa akak boleh tolong bagi resepi

Bahan2 dia..

Bihun (rebus sekejab bagi lembut tapi jangan lembik ok)
Sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis (kalau ada. Kalau tak ada tak perlu)
cili serbuk
kiub pati ayam
taugeh
kucai
daging ayam
fishball (kalau tak ada tak perlu)
bawang merah & putih (untuk menumis)

Antara bahan2 nak memasak bihun goreng. Tapi tak semua ada dalam gambar. hahaha

Mula2 bancuhkan bahan2 pes dia seperti sos tomato,cili,kicap manis,kicap masin,cili serbuk. Campur semua dalam satu mangkuk tambah air sikit kemudian kacau sampai sebati. Panaskan minyak tumiskan bawang, kemudian masukkan isi ayam & goreng sekejab. Masukkan pes yang di bancuh tadi, masukkan kiub pati ayam  & masukkan fishball kalau ada. Masak sekejab kemudian masukkan kucai & bihun yang di rebus. gaul hingga semua bahan2 sebati. Akhir sekali masukkan taugeh. Masukkan garam kalau rasa tak cukup masin. Gaul rata kemudian padamkan api & boleh di hidang.

Bahan2 lauk dia macam ayam, fishball tu bergantung pada korang. Kalau nak tukar guna udang, sotong atau2 apa2 seafood yang korang rasa sedap. suka hati la.

Maka Hasil dari meronggeng kat dapur lekat lekit katanya.. Inilah rupanya bihun goreng kuah laksa.

Macam ni gambar rupa paras bihun Goreng Kuah Laksa. sedap jugak kalau di makan bersama sambal sotong.  

Jadi yang tak pernah dengar pasal bihun goreng kuah laksa tu sila la cuba yer. Insya Allah sekali cuba nak lagi & tak menyesal punya. Makanan orang kedah ni normally memang sedap sedap. hehehehe

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH. Masakan jenis sambal sambal ni memang orang malaysia la paling win. Sebab orang malaysia tak kira apa bangsa sekalipun memang suka makan pedas. Sambal telur pecah ni memang senang nak buat cuma kalau tak kena cara dia kau akan berkampung dalam jamban la. Sebab bila guna cili kena masak betul2. Kalau cili tu kurang masak memang la dia ganggu sikit sistem penghadaman. Mau kering badan di buatnya hahaha... Tapi sebelum ada yang tanya kenapa sambal telur pecah berderai.. saja je nak bagi lain sikit nama menunya. Yang berderai telur putih jer.. hehehe


Aku ni kalau share resepi memang target aku untuk bebudak baru belajar masak atau bebudak bujang yang masih belajar yang boleh cut cost bila masak ni. Jadi pada anak anak dara yang baru di pinang tu nak buat persediaan untuk menjadi suri di dapur bila dah kahwin nanti.. Elok jugak la mula belajar resepi simple2 dulu. tak susah nak buat sambal telur pecah ni walau keenakkan dia sehingga menjilat pinggan. Bahan2 dia pun tak banyak..

Bahan dia cuma...
Cili kering
Telur Ayam
Belacan
bawang Besar
Asam Jawa
Minyak masak
Garam sebagai perasa

Cukup la tu...  Tak payah banyak2 kalau nak save budget katanya. Cara nak masak pulak

Rendam cili kering dalam air panas. agak kembang baru toskan. Pastikkan biji cili tu di asingkan yer. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan. Dah siap kisar halus bahan2 tadi panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tunggu sampai pecah minyak baru masukkan air asam jawa & garam. Dah sebati rasa pecahkan telur masukkan dalam kuali. Biar telur masak sekejab & hidangkan.

Kalau aku masak sambal ni cili memang aku masak lama sikit. Sebab nak pastikkan dia betul2 masak. Sampai hilang rasa cilik mentah tu. Tu baru betul cili betul2 masak. Senang kan nak masak sambal telur pecah ni.


Moral of the story.. Boleh la sapa2 yang tak pergi mana hari minggu sebab budget takde try masak sambal telur pecah ni. Tapi yang mana join perhimpunan AMENO tu hari ni makan mewah sikit la sebab dapat gaji limaploh hengget katanya. Boleh makan cikencop hari ni hehehe

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA. Aku kalau buat tajuk mesti melampau kan? Sambal merah kosong tiga rasa kau. Tak tau apa hangpa bayang sambal merah kosong tiga rasa ni tapi memang betul pun sifat dia macam tu. Sambal merah ada tiga rasa tapi kosong jer.. Bukan aku tipu pun. Gamaknya macam mana rupa sambal merah kosong tiga rasa ni. Apa rasa yang dia ada??

Asal usul dia cuma sambal merah yang kebiasaan orang utara buat untuk makan dengan bihun sup. Sebenarnya lain orang kadang2 lain cara masak sambal merah ni. Aku sendiri pun ada dua cara masak sambal merah. Kalau guna cili serbuk lain caranya. Kalau guna cili kering lain pulak bahanya. Tapi sambal merah yang aku nak share resepi dengan hangpa ni aku guna cili kering. Sebab ada yang tanya resepi sambal merah ni, maka insan pengasih,penyanyang & prihatin macam aku terpaksa jugak share resepi rahsia ni. rahsia la sangat kan??? hahaha

Bahan bahan nak buat sambal merah ni
cili kering
bawang putih
kicap masin
kicap manis
garam
gula

Simple je bahan dia. Nama pun sambal merah kosong kan. Cara nak masak sambal merah ni..

1. Rendam dulu cili kering dalam air panas. Cili dah kembang sikit masukkan dalam blender bersama bawang putih blend sampai halus sehalusnya.

2. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blend tadi. Masak sehingga pecah minyak baru masukkan sedikit kicap masin,kicap manis,gula & garam secukup rasa. Biar sekejab. Kalau rasa dah cukup masak tutup la api.

Pekat melekat kau memang da'bom sambal merah aku ni. terliur?? jemput la ke dapur

Aku suka masak cili tu lama sikit baru kurang risiko sakit perut & sambal merah tahan lama. Sebab sambal merah ni kita boleh simpan untuk makan dengan nasi ke, roti ke atau jadikan pes untuk masak nasi goreng ke bihun goreng ke mee goreng ke atau apa2 korang rasa bersesuaian la nak campur dalam masakan korang. Atau boleh di jadikan cili kicap macam orang johor selalu makan dengan pisang goreng. Multifuction kekdahnya sambal merah kosong 3 rasa ni.

Sebab apa aku namakan dia tiga rasa. Sebab dia ada tiga rasa la.. pedas,masin & manis. Almaklum la orang utara ni memang jenis selera pedas pedas jer tapi aku bukan kategori pengemar pedas yang extreme lagi la. Ada orang lagi teruk selera pedas dia sampai seram aku tengok depa makan. Nak tau ciri2 orang yang suka makan pedas tahap extreme hangpa boleh tengok kat sini >> Ini baru penggemar makanan pedas tahap extreme << adakah hangpa tergolong dalam golongan suka makan pedas tahap menyeramkan atau tidak, lepas baca hangpa tau la result dia. hehehe.

Apapun selamat mencuba resepi mudah sambal merah kosong tiga rasa original resepi lekatlekit katanya. Kalau sedap share entri ni kalau tak sedap meh bisik2 kat aku. hahahaha.. kalahkan orang meniaga pulak. tapi tekak aku rasa sedap je

RESEPI LAKSA SOTONG JANGAN SENTAP

Tu dia.. laksa sotong jangan sentap katanya... Bukan apa kena habaq awai awai jangan sentap sebab haritu aku buat entri pasal laksa utara ada pulak minah sentap bila aku kata laksa yang di jual sekitar KL/Selangor ni tak menepati piawaian tekak utara aku. Laksa sotong ni pun kategori laksa utara jugak cuma tambah sotong. Actually setakat ni aku tak jumpa lagi orang jual laksa sotong kat sini maybe aku bukan laksa hunter kot so aku kurang ambil tahu pasal peniaga laksa kat area sini. Tapi kat area padang serai kedah nak makan laksa sotong boleh try kat kampung permatang durian.. gerai tepi jalan besar bawah pokok buluh katanya... tu resepi turun temurun dari tok nenek ke anak cucu. Insya Allah sedap.

Actually bukan la nak tukar jadi blogger masak masak caras populariti cik mat gebu.. Takde la even aku tukar niche blog masak2 pun belum tentu mampu se mahsyur cik mat gebu. Cuma ada orang tak pernah tahu pasal laksa sotong ni.. so minta share resepi. Aku ni kan hati tisu.. mudah tersentuh & bersimpati.. maka atas rasa simpati tanpa sempadan... maka aku tulis jugak entri bertajuk "Resepi" ni... 

Nak buat laksa sotong ni.. Kuah laksa sama je macam aku buat haritu cuma untuk laksa sotong ni aku tumiskan bahan2 kisar macam bawang,cili kering,belacan. Yang sebelum ni aku tak tumis.. aku rebus jer... So kalau nak resepi kuah laksa tu boleh tengok kat sini >> Resepi Laksa Utara <<

Masak sambil dok jerit dengan anak.. isi ikan terlebih blend jadi halus sikit. Nampak kuah macam cair tapi tak cair pun sebenarnya cuma isi ikan kebawah hahaha

Untuk laksa sotong.. lebih matching & sedap guna laksa beras. Tapi kalau takde laksa beras hentam sajalah laksa apapun janji laksa cukup. Sotong tu masak macam masak sambal tumis sotong jugak cuma guna sotong kering & cili serbuk. Kalau yang tak reti nak masak sambal tumis sotong ni meh la makcik nak bagi resepi

cili serbuk
Sotong kering
bawang besar
bawang putih
sedikit belacan
kunyit hidup (kalau takde skip je)

Cara nak masak
Rendam sotong kering sampai lembut dengan air panas
Sotong dah lembut potong kecik2 
Bancuh cili serbuk dengan air
Blend bawang besar,bawang putih,belacan,kunyit hidup
Panaskan minyak
tumiskan bahan blend/kisar tadi
masukkan cili serbuk
Biar sampai pecah minyak @ masak
masukkan sotong
sedikit garam & gula (untuk sambal sotong laksa ni aku tak guna air asam jawa yer)
Masak sehingga masak kalau tak masak sakit perut pulak

So sesapa yang rasa nak try laksa sotong boleh la try buat. Sedap bila laksa di makan dengan sambal sotong kering ni. Bila masak sendiri ni even tak sedap kat tekak orang at least sedap kat tekak sendiri.. Selain mengasah pisau potong sayur boleh jugak mengasah bakat memasak katanya... Almaklum la bila jadi bini & mak orang ni.. mana nak dapat air tangan bini/mak kalau tak reti masak. Kau fikir air tangan tu main renjis2 je jadi sedap hahahaha....

P/S : Blog tengah renovate.. masih under construction. Saja bagitau sebelum ada yang tanya hahahaha
 

PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai.

Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menepati standard kesedapan laksa utara yang original. Tu pendapat aku la.. pendapat tekak aku yang merasa. Tak mewakili pendapat orang lain.. So, tak perlu pertikaikan. Taste orang kau nak paksa dah kenapa kan? kalau aku rasa tak sedap takde undang2 boleh mendakwa aku. Tekak aku, aku punya suka la kan.

Orang kulim nak rasa laksa Seafood kawan aku ni boleh la try. Ramai puji sedap
( LOKASI GERAI )
Tmn Tiram Lunas ikut jln simen besebelahan pdg bola..npk khemah merah tu la gerai laksa tumis seafood iejazol
(WAKTU NIAGA)
12 tghri - 7 mlm

Sebab teringin sangat nak makan laksa utara yang sedap lepas balik dari kampung. Nak beli memang susah nak dapat rasa yang macam aku nak even laki aku cakap setakat nak makan sepinggan dua laksa beli je tak payah susah2 masak tetap aku nak masak jugak katanya. Kalau beli confirm aku tak puas hati. Maka masaklah aku di malam hari semalam. Tak banyak pun aku buat... cuma 10 ekor ikan sardin size kecik tu. Aku masak aku makan & tahniah aku berjaya memuaskan selera serakah aku ni... Almaklum la.. air tangan orang utara la katakan.

Ni la hasil bertukang kat dapur semalam..Pinggan tak lawa tapi aku bukan makan pinggan hahahaha

Resepi laksa utara ni mudah jer

Ikan (terpulang korang nak guna ikan apa. Bagi aku ikan kembung & ikan sardin tu sedap)
Cili kering
belacan
Bunga kantan (kalau ada.. takde pun takpe)
Daun kesom (Ni kena adakan jugak)
bawang (aku guna bawang besar & putih)
laksa ( kalau takde tak nama laksa la kan)
Asam keping (2 keping cukup la sebab aku masak sikit je. 10 ekor ikan sardin size kecik)

Cara buat...
Rebus ikan.
Asingkan isi dengan tulang
Blend isi ikan (jangan halus sangat)
Blend tulang ikan tapis ambil air je
Air ikan yang rebus ikan tu pun simpan nak guna jugak
Blend cili kering, sedikit belacan, bawang besar & putih

Masak cili & bawang blend tadi sampai masak (tak masak kang sakit perut pulak)
Dah masak masukkan air rebusan ikan tadi. Tapis takut ada tulang ikan
Lepas tu masuk air tulang ikan yang blend tadi (tapis jugak takut ada tulang)
Masukkan isi ikan yang dah blend.
Masukkan asam keping, daun kesom & bunga kantan kalau ada.
Biar je dia berdikari kat situ atas api.. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Korang pi rebus laksa dulu. Kalau beli laksa kering la. sebab laksa kering lama sikit nak rebus. Kalau laksa Instant tu kejab jer

Bahan ulam ulaman dia
Aku guna daun senohom.. (orang Kl panggil apa daun ni tak sure)
Takde daun senohom guna daud salad pun boleh ikut suka la
Bawang mentah
Timun
Telur
Cili padi

Sebenarnya nak buat laksa sotong tapi sotong kering lupa nak pesan laki aku beli. Jadi buat laksa utara tanpa sotong je la hahaha. Alah sotong kering tu masak macam sambal tumis jer makan dengan laksa memang sedap.

Nak buat kuah laksa ni memang mudah cuma kena pandai matchingkan bahan perasa dia.. Paling penting belacan,cili, & asam keping jangan terlebih. Bagi aku kalau terlebih atau terkurang benda tu akan buat rasa kuah laksa jadi hampeh. Isi ikan pun jangan terlampau banyak, jangan terlampau halus masa blend.. Tu pun mempengaruhi rasa. Kuah laksa memang nampak berkuah bukan macam makan isi ikan jer. Tapi jangan cair sangat macam sup.

Tu je la tips & resepi aku boleh share dengan hangpa. Aku bukan la pandai masak sangat tapi boleh la setakat nak kenyangkan tekak sendiri & tekak orang2 di sisi katanya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com