RESEPI LAKSA SOTONG JANGAN SENTAP

8/05/2015 10:01:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Tu dia.. laksa sotong jangan sentap katanya... Bukan apa kena habaq awai awai jangan sentap sebab haritu aku buat entri pasal laksa utara ada pulak minah sentap bila aku kata laksa yang di jual sekitar KL/Selangor ni tak menepati piawaian tekak utara aku. Laksa sotong ni pun kategori laksa utara jugak cuma tambah sotong. Actually setakat ni aku tak jumpa lagi orang jual laksa sotong kat sini maybe aku bukan laksa hunter kot so aku kurang ambil tahu pasal peniaga laksa kat area sini. Tapi kat area padang serai kedah nak makan laksa sotong boleh try kat kampung permatang durian.. gerai tepi jalan besar bawah pokok buluh katanya... tu resepi turun temurun dari tok nenek ke anak cucu. Insya Allah sedap.

Actually bukan la nak tukar jadi blogger masak masak caras populariti cik mat gebu.. Takde la even aku tukar niche blog masak2 pun belum tentu mampu se mahsyur cik mat gebu. Cuma ada orang tak pernah tahu pasal laksa sotong ni.. so minta share resepi. Aku ni kan hati tisu.. mudah tersentuh & bersimpati.. maka atas rasa simpati tanpa sempadan... maka aku tulis jugak entri bertajuk "Resepi" ni... 

Nak buat laksa sotong ni.. Kuah laksa sama je macam aku buat haritu cuma untuk laksa sotong ni aku tumiskan bahan2 kisar macam bawang,cili kering,belacan. Yang sebelum ni aku tak tumis.. aku rebus jer... So kalau nak resepi kuah laksa tu boleh tengok kat sini >> Resepi Laksa Utara <<

Masak sambil dok jerit dengan anak.. isi ikan terlebih blend jadi halus sikit. Nampak kuah macam cair tapi tak cair pun sebenarnya cuma isi ikan kebawah hahaha

Untuk laksa sotong.. lebih matching & sedap guna laksa beras. Tapi kalau takde laksa beras hentam sajalah laksa apapun janji laksa cukup. Sotong tu masak macam masak sambal tumis sotong jugak cuma guna sotong kering & cili serbuk. Kalau yang tak reti nak masak sambal tumis sotong ni meh la makcik nak bagi resepi

cili serbuk
Sotong kering
bawang besar
bawang putih
sedikit belacan
kunyit hidup (kalau takde skip je)

Cara nak masak
Rendam sotong kering sampai lembut dengan air panas
Sotong dah lembut potong kecik2 
Bancuh cili serbuk dengan air
Blend bawang besar,bawang putih,belacan,kunyit hidup
Panaskan minyak
tumiskan bahan blend/kisar tadi
masukkan cili serbuk
Biar sampai pecah minyak @ masak
masukkan sotong
sedikit garam & gula (untuk sambal sotong laksa ni aku tak guna air asam jawa yer)
Masak sehingga masak kalau tak masak sakit perut pulak

So sesapa yang rasa nak try laksa sotong boleh la try buat. Sedap bila laksa di makan dengan sambal sotong kering ni. Bila masak sendiri ni even tak sedap kat tekak orang at least sedap kat tekak sendiri.. Selain mengasah pisau potong sayur boleh jugak mengasah bakat memasak katanya... Almaklum la bila jadi bini & mak orang ni.. mana nak dapat air tangan bini/mak kalau tak reti masak. Kau fikir air tangan tu main renjis2 je jadi sedap hahahaha....

P/S : Blog tengah renovate.. masih under construction. Saja bagitau sebelum ada yang tanya hahahaha
 

9 comments:

  1. tak sabar tunggu hasil tangan renovate blog bila dah siap

    ReplyDelete
  2. Oooooo...camtu rupanye laksa sotong...sumpah makan sate 40 cocok ni le pestime akak dengor pasal laksa sotong ni dik....bole try gak nanti ni...kenang daku dalam laksa mu...muahahaha....eh napa blog dah lain ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kak asben kita pun sebut nak buat laksa sotong dia ingat sotong tu masak dalam kuah. Sekarang baru dia tau laksa sotong tu macam mana... Blog tengah renovate kak...

      Delete
  3. aku pun tak penah mkn lagi...even aku ni hantu laksa...
    klu kat langkawi laksa sotong tu die letang sotong goreng tepung dlm laksa tu

    ReplyDelete
  4. saya tak penah tahu kewujudan laksa sotong ni
    nak buat memang tak rajin lah
    rajin makan aje..hehe
    tapi nampak sedap tu

    ReplyDelete
  5. Nyam... sedap pulak nengoknya even kathy tak makan laksa..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi makan laksa sotong.. wahh sedapnyaaa.. satu benda baru yang ena kena try.. benda baru pada diri ena la, org lain maybe dah selalu makan.. ekekekkee

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com