Showing posts with label ajaran sesat di malaysia. Show all posts

KEBUN EMAS ALAM GHAIB

Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat.

Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along.

Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membuat penilaian.. Tak sangka ustaz ni pun percaya benda2 karut yer. Kalau betul wujud kebun emas di alam ghaib, dah lama ketua kumpulan ajaran sesat tu jadi jutawan, kan??

Rujukan : Harian Metro
 

LAYAR BAHTERA SAMAKAN AZAN DENGAN ANJING MENYALAK

Kumpulan ajaran sesat Layar Bahtera bukan saja menyamakan azan sebagai anjing menyalak bukit malah ajaran sesat ni juga mengamalkan zakat daripada pendapatan setiap bulan yang di bayar kepada ketua mereka yang di gelar Nakhoda.

Bukan tu je.. Malah isteri para pengikut juga di sentuh, di gomol atau di lakukan sesuka hati oleh Nakhoda. Suami mereka cuma memainkan peranan sebagai penjaga jer. Bukan setakat isteri, anak gadis dorang pun turut jadi mangsa. Ajaran sesat ni juga menganggap Merokok itu seperti solat dan nikah adalah haram.

Memang sesat gila ajaran ni. Ada jugak orang bodoh terpengaruh & jadi pengikut yer.. Sejahil - jahil sang lekit dalam bab agama pun bila baca artikel ni kat akhbar & amalan yang di amalkan mereka pun boleh menilai. Mesti pengasas & pemimpin ajaran ni bukan takat tanam tebu tepi bibir malah guna madu sebagai lipgloss kot sampai apa yang di cakap boleh buat orang lain percaya & terpengaruh.

Ni la padahnya kalau mengambil keputusan untuk mengikuti sesuatu ajaran tanpa berfikir, mengkaji & merujuk dengan orang - orang yang lebih arif. Moga kita jadikan kes ni sebagai panduan dalam kehidupan kita seharian agar tak terjebak dalam gejala ajaran sesat yang masih takde penghujungnya lagi.

Rujukan : Harian Metro

SENARAI KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

kewujudan ajaran sesat ini mungkin berpunca daripada golongan orang-orang sesat iaitu mereka yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

 Salah seorang pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin. Hasil carian google

Ditarifkan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalan dibawa orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat di Malaysia, antaranya; guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu, mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup, meminta pertolongan daripada orang yang telah mati dan mempercayai diri atau pengikutnya sahaja layak mendapat ma'unah (pertolongan Allah).

jenis ajaran sesat yang ada di negara kita:

1.Budi Suci Sejati
2.Silat Sunda Pukulan Ghaib
3.Potong Maya
4.Kalimat Sakti
5.Mohd Nordin Putih
6.Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
7.Al-Arqam
8.Syiah Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
9.Tarikat Mufaridiah
10.Tarikat Aurad Ismailiah
11.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
12.Ajaran Ayah Pin

Banyak lagi sebenarnya kumpulan ajaran sesat yang wujud di negara kita. setiap umat Islam harus bertanggungjawab dan mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan ajaran Islam sebelum menyertai sesuatu ajaran.

Rujukan : Sinar Harian


Entri ini hasil dari artikel akhbar bagi tujuan berkongsi informasi untuk semua.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com