24 June 2011

SENARAI KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

kewujudan ajaran sesat ini mungkin berpunca daripada golongan orang-orang sesat iaitu mereka yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

 Salah seorang pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin. Hasil carian google

Ditarifkan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalan dibawa orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat di Malaysia, antaranya; guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu, mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup, meminta pertolongan daripada orang yang telah mati dan mempercayai diri atau pengikutnya sahaja layak mendapat ma'unah (pertolongan Allah).

jenis ajaran sesat yang ada di negara kita:

1.Budi Suci Sejati
2.Silat Sunda Pukulan Ghaib
3.Potong Maya
4.Kalimat Sakti
5.Mohd Nordin Putih
6.Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
7.Al-Arqam
8.Syiah Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
9.Tarikat Mufaridiah
10.Tarikat Aurad Ismailiah
11.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
12.Ajaran Ayah Pin

Banyak lagi sebenarnya kumpulan ajaran sesat yang wujud di negara kita. setiap umat Islam harus bertanggungjawab dan mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan ajaran Islam sebelum menyertai sesuatu ajaran.

Rujukan : Sinar Harian


Entri ini hasil dari artikel akhbar bagi tujuan berkongsi informasi untuk semua.

15 Komen Melekat:

HAKMI said...

ramai yang terjebak kerana suka belajar secara sembunyi-sembunyi samaada kerana malu tiada pengetahuan agama yang cukup atau niat asal tidak ingin bising-bising...akhirnya...sesat dihujung jalan....

peNulis SeNjA said...

hadehhhhhh ape daaaaaaaaaaa .. sepuk kang

Ct Arina said...

biar jahil akidah, jangan jahil iman. erk, betul ke pe aku ckp ni =.=

Cik Bambam said...

bila manusia cetel ilmu agama semua nak jadi nabi.. adoi~

Anonymous said...

ajaran blog sesat xde kan???haha...
jom check sini..
http://89shah.blogspot.com/2011/06/hasil-webcam-ku-bersama-bintang-dunia.html

Nora Shahaira said...

semua ajaran sesat menolak quran dan sunnah nabi...walhal kita hidup harus berpegang kepada dua perkara tu

Unknown said...

mereka ini terlebih bimbingan agama, smpi ley wat ajaran sendri...ish2....

Benrauf said...

Silat sunda pukulan ghaib?? perghh..nasib baik dulu aku belajar asas gerakan je. Dulu silat-silat lain pun banyak jugak ajaran sesat, sampai senior aku dulu tak bagi budak join silat. Tapi ahamdulillah sekarang dah kurang. Dah takde bukak gelanggang dengan qunut dgn sedekah surah kat wali2 entah pekejadah semua tu.

ms_panda said...

ni ha ajaran sesat yg popular skrg ni, ajaran kebenaran asalama, yg mana pengikutnya membaca al-Quran tanpa baris.mcm baca tulisan jawi.ni link slh satu blog yg sebarkan ajaran tu http://mahadaya-asalama.blogspot.com/

Unknown said...

sush sgt ke nak ikt ajran islam yg betul haih

Unknown said...

dulu kat uitm , ade sorang budak ni, fanatik sangat dgn gayung n silat cekak hanafi..


last last duk puja setan, pakai baju setan... ishhh teruk betul budak tuuu

Eumora Skin Health said...

sy x menyebelahi mana2...tp kite xbleh melabel semua name2 tersebut sesat..sbg contoh,ayah pin,itu terang2 kite tau memang sesat sgt ar..tp adkh benar ajrn2 lain itu sesat...kite kne tau cara mereka mengamalkanya...bermaksud bkn kite nk blaja la..cme cr pengetahuan tntng ape yg diamalkan oleh mereka..bertanya pada pengamal,jgn tnye pd org lain(bkn pengamal itu sendiri)..kemudian kite rujuk pada yg lebih arif hal2 agama,contohnya spt ustaz2..

Cme ingin berkongsi...

Amy Amira said...

Ade fan page anti ayah pin kat fb,hahahahaha sume marah kan ayah pin siap mencarot lagi astaufirullahalazim..mmg ayah pin ni psiko kot,hahahaha

Aku Cinta Islam said...

bile lah segala ajaran sesat kt dunia ni nk lebur.. sadis sungguh.

Anonymous said...

Sesat bermaksud terkeluar daripada jalan yang betul, jadi apa jalan yang betul itu? Jalan yang betul itu ialah Islam, maka Al-Quran & Al-Hadis adalah jalannya sekira ada orang yang mengaku Islam tetapi tolak anjuran kedua-duanya maka sesatlah, tiada kompromi!

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;