PHOTOBOOK RM5 UNTUK 16 MUKASURAT
Inilah kali pertama aku tempah photobook.. tu pun sebab harga dia RM5 jer. Kalau tak jangan harap la aku nak spent duit aku yang takde la banyak sangat tapi nak kata takde duit pun bunyi macam menipu & minta simpati sangat kan.. ada la sikit2 buat2 belanja diri sendiri.Aku tak ingat bila aku mula sign up.. buat payment kemudian edit photobook tu.. tapi tapi silap bulan lepas la. Aku upload untuk di print dalam 2 3 hari lepas & hari ni dah sampai ke tangan aku. Cepat jugak la proses dia. Untuk 16 mukasurat.. kualiti print dia cantik jugak & kertas dia pun tebal.. tak mampu budak lala nak koyak.
Ni adalah kulit buku dia.. Pinky Uolls.. anak perempuan la katakan.Pinky sikit takpe
Kalau korang tak paham aku bagi tutorial sikit la...
Mula2 korang clik kat link ni pixajoy lepas tu korang sign up dulu lepas dah sign up dia akan keluar page camni korang masukkan referer code ni FLU3NJWF (rujuk gambar bawah)
lepas tu dorang akan bagi tutorial kat email korang macam mana korang nak edit photobook korang tu. tak susah.. yang penting kena buat payment dulu baru dorang bagi application untuk edit photobook tu
P/s : Aku ni buat cincai2 jer.. lagi pun aku bab mendesign memang failed. So,korang yang kreatif maybe boleh hasilkan yang lebih cun dari aku ni