Showing posts with label award. Show all posts

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK. Zaman dah berubah jadi cara berkawan pun berubah mengikut peredaran zaman. Kalau dulu istilah kawan adalah orang yang kita sentiasa jumpa, boleh berbual, sentiasa bersama.. lepas zaman kawan melalui pena. Ambil alamat kat majalah kemudian kirim surat.. lepas zaman tulis surat masuk ke era IT. Semua berkawan depan skrin je.. even lepak semeja pun tetap depa berinteraksi melalu media sosial. Seolah2 macam tak ada kat depan mata jugak.


Betapa zaman merubah segalanya. Kalau dulu cara nak menghargai seorang kawan ada yang karang puisi, sajak.. Ada budget sikit bagi hadiah atau tujukan lagi tapi zaman sekarang dah ada cara paling mudah untuk menghargai seorang kawan katanya. Dengan memberi Award melalui facebook. Tu dia.. lepas tu semua pemberian kita maya maya belaka. Tak ada lagi sesuatu berbentuk fizikal atau material yang boleh kita simpan untuk jadi kenangan.

Aku ni ada ke kawan baik selain family aku, suami & anak? Entah la aku sendiri pun tak sure sapa kawan baik aku.. Yang pasti masih ada kawan yang masih baik dengan aku kat alam maya ni. Sentiasa menyokong jatuh & bangunnya aku. Masih tetap menjadikan aku kawan walaupun kadang2 aku ni suka juga berperangai annoying. Terharu jugak dengan sokongan kawan2 yang macam tu. Cuma yang aku mampu ucap terima kasih jer..

Jadi pada sesiapa yang ada kawan baik atau kawan yang baik di facebook tak tau cara nak hargai mereka meh la kita pakat memberi mereka award ni mengikut kategori mereka yang korang tahu >> Cara Untuk Menghargai Kawan Baik Adalah Adalah Memberi Award Ni << Mesti kawan kawan anda terharu terima award ni percaya. Mesti persahabatan maya korang akan lebih happening. Tak caya try la.

Moral of the story.. Seorang kawan yang baik adalah seorang yang baik. Maka jadilah seorang yang baik, Insya Allah secara automatik anda akan menjadi seorang kawan yang baik. hehehehe

SAGUHATI MELEKIT UNTUK TOP 1 PENGOMEN TERBANYAK

Hari ni mood nak godek - godek gambar.. edit2 takat aku tau.. memang ada. Nak buat header sendiri pepagi tadi lagi dah siap godek - godek. Mood tu ada lagi.. Pepetang sambil BW terfikir gak nak bagi something buat mereka yang rajin menaip kat entri melekit ni.

Nak buat untuk semua top 10 belum ada masa then aku just pilih komentar terbanyak je la. Rasanya afdal sangat la buat header untuk cik adik tu sebab dia pun memerlukan, kan?? kekekekeke. Actually ni just saguhati yang takde harga apapun. Nak bagi hadiah mahal2 den belum mampu. Nak buat GA pun rasanya belum sampai tahap tu lagi... So, bagi award & bagi menda2 camni la kat kengkawan blog tanda terima kasih.

So, Pemenangnya.. Dia ni memang rajin comment entri akak lekit dia ni. Seorang yang sederhana sifatnya, amat merendah diri & penggunaan bahasa dalam blog dia juga amat la menenangkan si pembaca. Bukan macam blog melekit ni.. Serba serbuk melekit. kekekeke. Kagum dengan pencapaian blog beliau takat ni. Walau baru ber aktif dalam blog tapi berkat usaha & kerajinan beliau.. beliau dah boleh duduk di tahap yang boleh bernafas. Follower pun not bad. Apapun tahniah deqdeq.. Beliau yang dulu pernah minta cik lekit jadi cikgu blog beliau sampai cik lekit rasa malu lak.. sebabnya cik lekit sendiri pun blom khatam. Just suggest dia apa yang perlu dia buat la.. Nak ngajo den sendiri pun blom konvo. Tak gitu!

Ni khas untuk deqdeq.. Kesian pula tengok header lama dia yang aku buat. Tak betul setting nya. Then ni setting baru & wajah baru yer deqdeq.. Transparent background header hope takde la perkataan ter hide lagi macam header lama. Hope deqdeq suka.. kalau tak suka, kena suka jugak! Kekekekeke

Top 1 Pengkomen terbanyak blog melekit. Cik Deqdeq
Hanya ini sahaja yang termampu di beri sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda. Pada yang lain bukan tak terima kasih tapi korang semua dah pandai2 buat header sendiri. Pulak tu cantik2 belaka.. So, malu la den nak buat header yang comot untuk korang. Tapi deqdeq.. Dia masih belajar nak buat. So, sementara dia nak khatam bleh la dia guna dulu header cik lekit ni, kan???

BLOGGER KAMCENG

Sana sini orang bagi award.. Hari - hari ada je anugerah. Aku pun nak bagi award juga la.. Tanda menghargai persahabatan yang terjalin di blog ni. Award ni khas untuk Top 10 Pengomen terbanyak di blog aku. Award ni di namakan Blogger Kamceng Award. Sebagai tanda terima kasih. Nah.. Amik korang!! Pegi lekat kat blog masing - masing.


khas untuk...

1 - Deqdeq
2 - Cma Shiema
3 - LYaFRINA
4 - SM Banjamin
5 - Cik Gallus Gallus
6 - zulfikar84
7 - Muhamad Nor @ Mamat @ Putra
8 - Ainismaira
9 - ardinihumaira

Sila bagi pandangan sikit yer tentang blog Melekat lekit ni.. Komen tak semestinya memuji jer.. Nak mengeji pun takpe, Ok!
Korang juga berhak untuk memberi award ni kepada sesapa saja yang korang rasa kamceng dengan korang di dalam dunia blog ni. HALAL & SAH!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com