Showing posts with label x. Show all posts

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR. Lama tak menulis cerita seram di blog lekatlekit ni kan? Kena warm up balik untuk kembali menjadikan blog ni berpuaka. Tu dia.. Mampus nanti geng geng paranormal berkampung di blog aku pulak. Alah.. cerita seram kat blog lekatlekit ni seram santai sahaja. Memang dari dulu konsep aku menulis cerita seram hanya untuk hiburan bukan menakutkan orang sebab tak nak ada orang terlalu taksub dengan cerita cerita macam ni sampai lebih takutkan makhluk halus dari takutkan Allah.Sedangkan makhluk ni tak ada kuasa. Yang mengizinkan segalanya berlaku adalah Allah. Jadi nak minta apa apa jangan pada makhluk, minta pada Allah yer anak anak.

Cerita ni di adaptasi dari laman X kalau dulu di kenali sebagai twitter. Walaupun cerita ni bagi aku macam tipikal cerita seram yang biasa kita baca atau dengar tapi katanya dari cerita sebenar yang berlaku sekitar tahun 2009 - 2010. Wah lebih kurang tahun mula mula blog lekatlekit di lahirkan ni. Lama juga la ceritanya tapi best juga kita flashback dalam blog ni kan? Untuk pembacaan santai santai di kala kau tak de benda nak buat kan. Dari kau membawang isu rumahtangga orang ada lebih baik kau baca  blog aku ni nyah.

Kejadian seram ni katanya berlaku di sekitar lebuhraya seremban menuju ke kuala lumpur. Aku bab bab jalan memang tak arif. Aku tulis mengikut apa yang di ceritakan je la yer. Hangpa yang tau jalan tu kat mana imagine la sendiri yer suasana tu. Tak dapek den nak nolong gambarkannya. Makcik ni tak pandai drive & memang tidak menghafal jalan yer anak anak. Dulu pertama kali nak bawa bakal suami balik kampung pun aku suruh dia guna waze jangan harap aku guide dia. Sampai nak masuk simpang kampung aku je aku tau jalan kerumah aku. Teruk tak teruk bab menghafal jalan ni.. Macam tu la aku. Aku setiap kali masuk kereta aku bukan tidur.. aku hanya suka lihat permandangan, kampung kampung orang, pekan pekan kecil, rumah rumah & bangunan bangunan di sepanjang jalan je. Sebab tu aku tak suka untuk perjalanan jauh guna highway sebab tak ada perkara menarik aku boleh tengok.

Menurut sang pencerita waktu tu jalan tu baru buka. Jadi tak banyak la lampu jalan di sepanjang perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui.. (Maaf kalau ada yang ternyanyi.Gen Z je mungkin baca tak menyanyi.GenKRU genRock kapak bagai auto akan nyanyi gitu). Kita sambung balik cerita tadi. Katanya jalan tu memang familiar sangat la dengan kisah kisah seram. Sebab waktu tu memang masih tak banyak kereta yang menggunakan jalan tu. Nanti la aku siasat samada betul ke tidak banyak cerita cerita seram yang pernah berlaku kat situ. Aku bab bab menyiasat ni aku handal juga la.

Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada malam yang sunyi.. Bukan pak mat jual topi tapi si budak Zaidi namanya. Pelajar perubatan yang sedang pratikal di salah sebuah hospital kat nogori sembilan sana. Sebab dia pelajar perubatan pratikal kat spital ni paham paham je la depa bukan jenis dapat punch card balik on time pun. Petugas petugas perubatan ni kebanyakan macam tu la terutama Doktor & jururawat. Depa kerja separuh nyawa juga terutama di klinik atau hospital kerajaan. Hangpa tau compalint ja. Hangpa cukup time sharp pukul 5 dah punch card balik. Depa belum tentu. Jadi jangan sikit sikit nak SISPAA ja. Tunggu lama pun nak SISPAA. 

Meneruskan cerita tadi, Si Zaidi ni habis kerja malam tu dah pukul 8 malam. Selesai solat maghrib di surau hospital dia pun bergegas mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur. Selain cuti hujung minggu kebetulan cuti umum juga. Maka dia ambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga sekejab. Yelah.. time tu je ada peluang berehat & berjumpa keluarga kan..

Dia memandu sorang sorang je balik ke kuala lumpur. Dia ikut waze macam biasa la tapi tetiba dia berubah fikiran dari nak ikut jalan biasa dia guna terus bertukar fikiran nak guna jalan baru. Maka dia meneruskan perjalanan melalui jalan baru tu. Malam tu kenderaan pun tak banyak atas jalan jadi agak lengang. Hanya ada sebiji dua kereta yang sempat berselisih dengan dia. Tapi di sebabkan penat bekerja di siang hari, dia jadi agak mengantuk masa memandu. Selain faktor jalan terlalu tenang & lenggang jadi tak ada cabaran dalam memandu pun menjadikan perasaan mengantuk tu semakin menjadi jadi lah. Bila drive dengan jalan yang terlalu tenang, badan letih dah tu malam dia punya heal tu memang akan mengundang rasa mengantuk ok!

Kendengaran suara azan di corong radio. Kebetulan dia nampak ada RNR. jadi dia ambil keputusan untuk singgah rehat & bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan. Si Zaidi ni memang seorang yang alim & menjaga solat sikit. Jadi dia pun masuk ke kawasan rnr tu & parking kemudian terus ambil wuduk & masuk bersolat dalam surau. Masa dia datang tu memang surau kosong. Bukan saja surau kawasan RNR tu pun tiada sesiapa. Tapi mungkin dia anggap biasa RNR kosong bila bukan musim perayaan atau cuti umum yang panjang.

Dah selesai wuduk dia masuk surau & mula solat, Tiba tiba masa dia mengangkat Takbiratul Ihram terdengar suara bacaan yassin bergema dari arah belakang. Suara bacaan yassin tu agak kuat dan kedengaran agak lain dari biasa. Dia meneruskan solat sehingga selesai sehinggalah sampai ke salam terakhir dia terperasan  seakan ada ramai orang duduk berkumpul dan membaca yassin. Selesai salam dia berzikir & berdoa sekejab selepas tu dia bangun. Tiba tiba ada orang cuit bahu dia dari belakang pelawa dia untuk sertai bacaan yassin dengan mereka. lelaki tu memakai kopiah putih yang di lilit serban hijau. Katanya ada majlis tahlil sedikit. Sambil menunjukan kearah kumpulan bacaan yassin. Apa yang buat si zaidi ni berderau ada sekujur jenazah dah siap berkafan di hadapan 20 orang lain sambil di pimpin oleh seseorang.

Dia menolak dengan baik dengan alasan dia nak cepat balik ke kuala lumpur. Dia bukan takut sebab ada jenazah. perkara macam tu bagi zaidi biasa je sebab dia dah biasa menjadi imam di masjid kampung dia cuma yang luar biasa berlaku depan mata dia sekarang adalah sebab berlaku di surau RNR. Iskk.... tak pernah orang buat tahlil atau solat jenazah kat surau RNR malam malam buta macam ni. Selepas menolak baik pelawaan lelaki tu, Zaidi pun beredar lah. Sebelum beredar dia sembat mengalih pandangan kearah mereka & lelaki tu tersenyum. Nampak la sederet gigi emas dia. Luar biasa pelik juga tu. Bertambah seram Zaidi jadinya.

Yang buat dia semakin pelik keluar dari surau dia tak nampak ada satupun selipar atau kasut. Van jenazah pun tak ada. Jadi mereka ni datang dengan apa? Dari mana? Dengan siapa? Pelik,seram,sejuk lepas tu Zaidi rasa lapar pulak. Yang pelik rasa lapar tu macam lapar sangat sampai lutut dia jadi lemah & tak mampu berjalan. Macam tak makan berhari hari pulak lapar tu. Nak kata dia ada gastrik dia tak pernah ada gastrik pun. Sebab lapar sangat dia pun pergi ke salah sebuah restoran yang ada kat RNR tu. Restoran tu pun tak ada orang. Lepas pesan makanan & minuman tak sampai seminit dah sampai order dia. Terkejut juga dia. Cepat sangat kot. Dia pun tegur makcik restoran tu sebab cepat sangat. Kata makcik tu tak ada orang memang cepat. Kalau lambat nanti customer complaint pulak. Sebab terlalu lapar dia makan lupa nak baca bismillah. Terus pelahap gitu je. Nasi goreng tu sedap walau katanya ada bau hanyir pada ayam.  Sirap ais yang di pesan pun pekat & manis. Dia pun puji masakan makcik tu semasa nak bayar tapi makcik tu menolak katanya dia belanja. Semasa Zaidi tunduk mengira duit  tiba tiba suasana bertukar diam & sunyi. Sebaik dia mengangkat kepala terus dia tergamam.

Kedai tadi yang cerah benderang bertukar jadi gelap gelita. Tiada tanda yang kedai tu di buka pun. Papan tanda kedai pun kosong. Tiba tiba tekak dia mula rasa pahit & loya. Mula terfikir tadi dia makan & minum apa sebenarnya? Dia jadi pening.. berjalan terhuyung hayang ke kereta.

Dia tak tunggu la nak baca Yassin ke, ayat kursi ke ruqyah ke apa dah.. Terus pecut kereta. Kalau masa tu michael schumacher ada rasa ketinggalan jauh kebelakang juga si michael tu dengan budak Zaidi ni. Yelah.. kau sorang sorang di tempat pelik,aneh & seram dah tak ingat nak panas enjin dulu ke, nak ketuk ketuk carpet kereta dulu ke, nak check gigi ada sisa makanan lagi ke tak. Memang terus pecut la. Sempat juga dia jeling kearah surau tadi sebelum pecut. Imam tadi sempat melambai sambil tersenyum di pintu surau. Endingnya lepas kejadian tu Zaidi demam seminggu.

Itulah secebis kisah pengalaman si Zaidi yang di kongsikan sahabatnya di laman X. Cerita seram ni kadang kadang tak jadi berapa seram bila di ceritakan kembali dalam bentuk penulisan atau penceritaan secara lisan tapi sebenarnya bila kita sendiri hadap perkara ni ia dah sangat menyeramkan. Jadi jangan cakap besar sangat. Jangan sampai Dia try test hang masa tu baru rasa betapa azab kena tahan kencing & berak sampai langit cerah. 


INFLUENCER DAN BAD MARKETING

INFLUENCER DAN BAD MARKETING. Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan?


Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua bad marketing tu mampu menaikan perniagaan & nama. Kadang kadang ia akan merosakan reputasi & kepercayaan pengikut lalu kempen boikot akan di jalankan. Netizen Malaysia antara paling power bab boikot ni. 

Pada Influencer rasa hentikan guna bad marketing ni. Sampai masa netizen akan jemu juga. Selalunya marketing macam ni tidak bertahan lama pun. Last last melingkup juga hangpa. Lepas tu mula guna slogan Melayu suka jatuhkan melayu padahal tak semak diri sendiri dulu. Dia pun melayu bermakna dia la yang menjatuhkan diri sendiri la kan. Jadi slogan tu ada benarnya cuma jangan gunakan untuk letak kesalahan pada orang lain sebaliknya ucapkanlah pada diri sendiri dahulu.

Bab jatuh guna sentimen bangsa bila kau tengah di puncak tak ingat pulak siapa yang menyokong & mendokong hang sampai ke puncak tu. Tak ke bangsa sendiri juga? Yang tu hang tak dak pulak nak cipta slogan melayu banyak support bangsa sendiri asyik dok puji cina konon kalau cina berniaga depa support bangsa sendiri sehingga berjaya. Habis hang yang berjaya tu bangsa cina ke support sedangkan kuasa membeli kat Malaysia ni adalah melayu sebab melayu adalah majoriti bukan minoriti ok! Kaum paling ramai kat malaysia ada Melayu.

Jadi pada Influencer dia luar sana jangan hanya pandai mencipta tagline naik tanpa menjatuhkan orang tapi kena tahu macam mana nak pastikan produk atau jenama kita boleh naik dengan marketing yang positif untuk pastikan ia boleh bertahan lama. Contohi Khairulaming yang mencipta nama & jenama dengan cara yang bermaruah, positif & kreatif. Khairulaming sampai sekarang tak ada isu kontroversi yang melibatkan dia tapi dah mampu bukan 2 kilang untuk produk dia. Tak perlu buat isu yang triggered netizen untuk dapat perhatian & viral pun. Tak perlu guna personal issue untuk meraih simpati & pancing emosi netizen. Semua tu tak perlu pun untuk khairulaming tapi dia still boleh berjaya, kaya & di hormati.

Moral of the story.. Berhenti salahkan orang lain dan belajar semak diri sendiri dulu. Apa berlaku kadang kadang kita sendiri yang mengundang cuma tak berlaku seperti yang kita rancang. Sebab kita hanya perancang tapi kita tahu yang merealisasikan semua perangcangan kita adalah Allah. Kalau niat kita tak baik.. Mungkin yang berlaku tak baik walau kita dah plan supaya hasilnya jadi baik dari niat & perancangan yang tak baik kita tu. Sebab kita tak ada kuasa.. renung renungkan selamat beramal.



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com