Showing posts with label seluar. Show all posts

SKANDAL TERSEMBUNYI BUDAK LELAKI SELUAR PINK

Hari ni hari pembongkaran katanya... Rahsia yang tersimpan sekian lama, akhirnya terkantoi jugak. Bak kata pepatah simpan durian dalam peti ais akhirnya terbau jugak. hahaha.. Ok! Maaf sebab otak blur tak jumpa pepatah yang sesuai jadi hentam sajalah labu.. Hari Jumaat ni mulakan dengan gosip skandal orang dah kenapa?? Alahai.. Takpe sebelum pergi solat Jumaat katanya meh kita baca gosip dulu.

Alkisah seorang budak lelaki ni.. Sangat la pendiam. Aku namakan dia sebagai Apit (bukan nama sebenar).. selama 6 tahun duduk sekelas dengan dia. Sepatah pun tak pernah bertegur sapa apatah lagi bertepuk tampar jauh sekali bersembang ramah dengan dia. Punya diam.. sampai tak tau la alunan suara dia tu macam mana. Lunak merdu ke atau sumbang mambang. Jauh sekali nak ada adegan dating dalam surau macam rosman (bukan nama sebenar) & fisha (pun bukan nama sebenar).. Jauh sekali dating belakang kelas macam mimi (bukan nama sebenar) & pian (juga bukan nama sebenar) hahahaha...

Nak dengar dia berdehem pun susah.. Yang dok nampak biji mata berbulu mata lentik je terkebil kebil. Tapi tak sangka diam diam ubi keladi jugak... Rupanya ada skandal cuma tak nampak dengan mata kasar. Bukan... dia tak skandal dengan orang bunian.. Tapi skandal dia semua dating kat telefon je. Namun masih misteri siapakah yang pernah berskandal dengan dia dalam telefon???  Adakah dia selalu call Norli (bukan nama sebenar) atau fisha sebab depa pernah di usik2 bersama sebab nama nak sama.. ha***.. hafis** katanya.

Tapi skandal budak lelaki seluar pink ni tak boleh lawan skandal rosman.. Juara skandal terbanyak dulu. dah tu katanya pernah hantar surat cinta kotak kotak bertulisan arab lagi. Kelas kau abang rosman!! hahahaha....

Tapi hangpa tak payah serius sangat sampai nak muncung2 mulut bergosip dari tepi telinga ke tepi telinga... Ni kisah cinta monkey ek ek ek.. Budak sekolah rendah dulu ja. Entri menyakat kengkawan den yang baru terjejak kasih kat group whatsapp maka keluarlah segala cerita nostalgia & skandal lama...

Budak Apit tu dulu sangat la pendiam.. Tapi sekarang kat group whatsapp dia sembang macam bertih jagung tapi kalau jumpa kat luar katanya dia lagi banyak gelak dari sebut apa2 perkataan. Orang diam ni tak semestinya.. tak ada nakalnya. Nama pun budak lelaki. Tapi kenapa pulak dia di gelar budak lelaki seluar pink?? sebabnya gambar ni hahahahaha

Cuba cari budak lelaki pakai seluar pink?? hahahaha

Moral of the story... Kalau zaman aku budak2 dah pandai tulis surat cinta, dah pandai dating belakang kelas & dalam surau apatah lagi budak zaman sekarang. Dulu ok la istilah dating takat sembang sembang jer.. Topik pun takde la i love u.. u love me bagai. Topik maybe pasal sekolah & kengkawan jer...  nak cuit hujung jari pun tak berani tapi budak zaman smartphone ni kena lebih pantauan.. bukan takat cuit2 hujung jari jer depa boleh buat...cium2 hujung bibir pun tak mustahil. Zaman dah berubah maka budak2 pun tak sama lagi cara membesar so cara didikan pun dah berubah. Tak boleh lagi anggap.. 'Alah.. budak budak je'. Dulu maybe kita boleh anggap 'cuma budak' tapi zaman sekarang.. tidak lagi.

Kalau nak baca entri2 throwback skptd sebelum ni boleh baca kat sini
Budak Pendek Yang Tak Pernah Dapat duduk Bila Bergambar
Terbongkar Skandal Ustaz Zaman Sekolah Rendah

SANGGUP KE PAKAI SELUAR DALAM WANITA MACAM NI?

Ni bukan entri menyelak kain yer.. Tapi cerita dalam kain jugak la. Biasa la sekarang ni macam2 design seluar dalam ada. Ada yang untuk keselesaan, ada untuk sekadar cantik & ada jugak yang pelik. Tapi seluar dalam ni aku tak tau maybe aku kampung kot tak pernah tengok.. Serius aku tak tau sapa yang tergamak pakai & apa fungsi seluar dalam ni.

Bukan seluar dalam ni

Nak kata G-string pun aku tak sure jugak. Tapi pelik jugak aku tengok design dia. Selesa ke si pemakai. Apa kebaikan pakai seluar dalam macam ni? Kat mana cantiknya? Tapi kalau pakai seluar dalam tak pakai seluar luar confirm seksa nak mampus. Jangankan nak pakai.. tertengok pun rasa muka tak tau nak sorok celah mana.

Mesti korang nak tengok kan macam mana rupa seluar dalam yang aku maksudkan. Ok ok lah.. meh tengok. Kang dok tertanya tanya sampai ke sudah dok jadi misteri nusantara pulak. Terus entri bergenre info bertukar jadi entri seram katanya... hahahhaa

Seluar dalam tu rupa macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

info yang aku baca dia termasuk dalam spesis G-String jugak cuma dia takde tali kat pinggang je

Kalau kita orang melayu Malaysia ni gamak ke nak pakai even duduk dalam kain pun. Bukan apa tak confident pulak aku. tetiba dok berlari ke gedebuk dia jatuh ke bawah..  hahahahaha.. Kalau dah jatuh confirm buat2 tak nampak & tak mengaku diri sendiri punya.

Moral of the story.. Kalau seluar dalam ni tak trendy sangat pun takpe la janji tak payah pakai seluar dalam yang cuma lekat kat celah jer.. hahahahaha

Sumber : Granny Panties


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com