ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI
ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI. Sapa kat sini suka makan pedas tahap extreme punya. Bukan takat calit2 sambal belacan hujung ulam kemudian makan tu bukan kategori pemakan pedas tahap gila. Tu biasa jer. Aku pun boleh makan. Tapi kalau sampai tahap makan roti dengan penuh cili padi potong macam gambar kat bawah ni.. Aku memang tabik spring la sapa2 boleh makan. Sebab bagi aku memang benda paling gila & aku tak rasa orang gila pun tergamak makan.Ni namanya cabaran paling gila membakar usus perut. Rasa macam tak logik ada orang buat cabaran macam ni tapi sesungguhnya ada orang Malaysia yang sahut cabaran macam ni. Almaklum la Malaysia.. tak kira apa kaum pun majoriti suka makanan pedas. Aku pun suka tapi kalau suruh aku makan roti dengan penuh cili potong macam ni minta maaf je la. Aku tak sanggup nak berguling2 lagi depan pintu masuk HKL macam haritu. Bila perut sakit tahap rasa nak terputus tali pusat ni.. Rasanya aku rela beranak 10 orang dari sakit macam tu. Sebab aku rasa masa aku bersalin dulu sakit dia takde la lama sangat. Ni berhari hari jugak sakit. Sampai susut berat badan. Fobia aku nak makan apa2 dah sekarang. Makan pun macam takut takut je.
Tak sangka juga ada orang gila buat cabaran makan pedas macam ni. kalau nak tengok depa berjaya ke tidak dalam cabaran ni, sila la tengok kat sini >> Cabaran Cili Padi Sandwich <<
Makanan pedas ni memang ada kebaikkan dari sudut kesihatan & kecantikkan sebab cili jugak ada khasiatnya tapi kalau di ambil secara berlebihan pun akan memudaratkan. Jadi yang suka makan makanan pedas tu berpada pada yer. Jangan sampai berlubang usus sudah.