Showing posts with label karut. Show all posts

11 PERKARA KARUT YANG KITA PERNAH BUAT PADA KERETA

11 PERKARA KARUT YANG KITA PERNAH BUAT PADA KERETA. Kat Malaysia ni macam macam ragam pemandu. Ada yang terlampau ikut peraturan sampai orang rasa rimas & ada jugak yang langsung tak ikut peraturan sampai orang naik takut. Tapi ada satu perkara yang hampir semua pemandu kat Malaysia ni suka buat walaupun agak mengarut. Tak kira la golongan profesional atau golongan orang biasa. Semua majoriti buat benda mengarut ni. Nak tau apa benda.. Jom baca.


Yelah.. manusia ni kadang2 lebih percaya kepada mitos dari logik. Apa saja orang sampaikan depa percaya bulat2 sampai tak ambil masa untuk mengkaji secara logik. Tu yang kadang2 amalan yang mengarut di pratikkan turun temurun tanpa seorang pun yang mewarisi kepercayaan cuba mengkaji logiknya perkara tersebut.

Tapi kalau 11 perkara mengarut yang kebanyakkan pemandu buat ni aku rasa majoriti dari kita memang buat walau kita tak memandu pun tetap buat benda yang sama juga bila berdepan dengan kereta. Almaklum la dah jadi kebiasaan katanya... Tak buat rasa macam tak siap je.

Kalau korang nak tahu apa 11 perkara karut yang selalu pemandu kereta buat meh baca kat sini >> 11 Perkara Karut Pemandu Pernah Buat Pada Kereta Mereka << Jangan kata hangpa tak pernah buat pun benda benda ni ok. Kalau tak 11 perkara ni semua hangpa buat paling2 ada 3 - 5 perkara yang di sebut mesti ada korang buat jugak.

Takpe.. takpe.. jangan malu. Normal la tu bila dah jadi amalan & kebiasaan memang susah nak ubah  walaupun di kategorikan sebagai perkara mengarut. Ingat senang ke nak ubah kebiasaan tu. Apapun kat malaysia memang tak pelik kalau ada orang buat perkara2 tu jadi.. Tak ada apa nak di malukan sebab kita semua nampak sama & benda tu dah jadi macam rutin. hehehe

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK. Sejak harga minyak macam biskut chipsmore.. sekejab naik sekejab turun ramai rakyat Malaysia mula membuat eksperimen sendiri cara penjimatan minyak. Macam2 tips di kongsikan untuk jimat minyak walhal secara logiknya tips yang takde kaitan pun. Depa rasa je macam jimat minyak tapi semua tu ilusi & silap mata. Kita je rasa macam jimat sebab mentaliti kita fikir cara tu menjimatkan padahal sebenarnya tidak.


Zaman minyak macam nyawa seorang manusia ni.. sedaya upaya semua orang cuba memastikan minyak yang dia isi kat stesen minyak tidak tersia walau setitik. Pernah tengok tak orang lepas isi minyak ketuk2 nozel pam tu nak pastikan minyak tu masuk dalam tank hingga ke titisan terakhir. Betapa berharganya minyak pada rakyat Malaysia. Sebab minyak terlalu berharga yang menjadi nadi kepada manusia maka terciptalah pelbagai kepercayaan karut & mitos untuk jimat minyak.

Salah satu mitos paling popular untuk jimat minyak.. kononnya isi minyak waktu malam & pagi sebab cuaca sejuk. Kalau isi masa siang dalam kepanasan cuaca Malaysia, ramai percaya minyak akan lebih tersejat ke udara. Jadi, memang rugilah. padahal minyak yang sedia ada dalam tangki bawah tanah tu memang dah sejuk. Tapi ramai yang percaya cerita dogeng ni. Isi pada waktu siang atau malam sebenarnya sama je.

Tu salah satu mitos paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya ada banyak lagi mitos penjimatan minyak yang masih di amalkan. Mungkin anda salah seorang yang mengamalkan kepercayaan macam ni untuk jimat minyak. Nak tau banyak lagi perkara mitos & extreme rakyat Malaysia selalu buat untuk jimat minyak sila baca kat sini. Kalau korang ada buat pun diam2 sudah. Bukan ada sapa yang tahu pun.. kan? hahahaha >>  7 Perkara Ekstrem & Kepercayaan Karut Pemandu Malaysia Buat Untuk Jimat Minyak <<

Moral of the story.. Dalam hidup memang takde yang akan turun semuanya akan naik. Tak payah la panik sangat bila dengar minyak naik harga semua terus berbaris panjang kat stesen minyak padahal isi penuh tank pun bukan boleh tahan sebulan pun minyak tu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com