Showing posts with label letak jawatan. Show all posts

FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM

FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM. Aku ni dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun jarang dengar radio sebab selalu dengar lala je menyanyi. Tak pun dok layan video boboiboy dia dalam kereta. Jadi kesempatan nak dengar radio tu memang kurang sangat. Kat rumah aku ni radio pun tak ada... Hahaha.. yelah. tak ada sapa nak dengar radio pun. Jadi dah lama la tak dengar apa2 siaran radio. Suara aku pun dah lebih dari dj radio dah. Cukup la tu kan.. Almaklum la bekas dj online radio katanya. Bakat terpendam tu sentiasa ada hahaha.


Tadi terbaca kat Hotfm page katanya Farah fauzana dah umumkan secara live kat hotfm pagi tadi tentang pemberhentiannya dari tugas sebagai dj radio hotfm.. Alahai.. mesti ramai peminat fafau tersedu sedan dengar kan? Maybe pagi mereka selepas ini akan suram katanya. Dulu suka jugak aku gabungan meletop fafau & FBI..  Tapi selepas 26hb ni tiada lagi suara fafau akan berkumandang di hotfm. Mesti ramai rindu gila gelak fafau yang mahal tu. Gelak jantan! hahahaha

Mungkin fafau rasa tiba masanya dia mencuba nasib dalam bidang lain atau radio lain pulak kot. Lagipun fafau ni bukan je boleh ber dj.. dia boleh mengacara & berlakon jugak. Cuma menyanyi je kelaut walau dia suka menyanyi & confident je bila menyanyi. Hahaha

Apapun aku suka dengan imej & perangai si fafau. Walau gila2 dia seorang yang sangat positif & jarang sekali kalau berlaku apa2 kontroversi melibatkan diri dia.. macam pasal baju dia pakai untuk majlis anugerah apatah ntah aku dah lupa.. Dia memberi jawapan yang paling bijak iatu bukan baju tak cantik cuma mungkin dia pakai jadi tak cantik. Bagi aku jawapan tu sangat mengambarkan personaliti dia. Tidak menyalahkan sesiapa even pereka baju tersebut. Jawapan tu mana2 pihak dengar pun tak sakit hati, ye dak?

Apapun aku ucapkan semoga farah fauzana terus success dalam apa juga bidang yang dia pilih selepas ni. Yang penting apapun kita buat kalau nak Ong lebih pastikan pratikkan petua ni >> Apa Yang Korang Boleh Buat & Tidak Untuk Lebih 'Ong' (bertuah) di tahun 2016 ni << Semoga 2016 fafau akan lebih bertuah & di temukan jodoh. Aminn...

ARTIS TAK BOLEH CAKAP PASAL POLITIK KALAU TAK SOKONG KERAJAAN

ARTIS TAK BOLEH CAKAP PASAL POLITIK KALAU TAK SOKONG KERAJAAN. Susah jugak kan bila bergelar artis ni. Dah macam bukan manusia biasa pulak. Itu tak boleh.. Ini tak boleh. Macam hilang hak dalam banyak perkara bila jadi artis. Gamaknya artis cuma boleh buat kerja kerja menghiburkan je la yer. semalam terbaca isu Soo winci ke apa nama artis tu.. Almaklum la tetua ni tak menghafal sangat la nama retis. Dok menghafal nama2 ikan, sayur, herba masakan je katanya... Yelah sangat kan?? hehehehehe


Katanya minah retis ni dia meng upload satu video yang mendesak Pakcik Najib letak jawatan.. So, di tegur la Presiden persatuan Karyawan.Katanya.. sebagai retis dia tak sepatutnya keluarkan statement macam tu. Lagi bagus fokus dengan kerjaya seni masing masing. Konon yang menjadikan dia semakin tak layak mengkritik kerajaan sebab dia banyak berada kat taiwan jadi dia tak tahu politik negara. What the lawak of the day punya statement la.. meh kita gelak hahahahaha. erk... jadi retis memang auto sain kontrak tak boleh cakap pasal politik negara nak2 lagi yang tak menyokong kerajaan ke??

Hello... retis pun rakyat Malaysia yang berhak menyuarakan pendapat dia tentang apa saja termasuk politik. Selagi pandangan dia tu tak menyentuh sensitiviti agama atau kaum. Jadi tak salah kot.. Hak dia bersuara sebagai rakyat Malaysia. Kepada pakcik pendi penendes tu kalau kau nak membodek parti kerajaan pun tak payah la keluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri. Kalau betul artis tidak sepatutnya campur hal politik negara kenapa yang lantang bersuara mengkritik pembangkang tak pernah pulak kena tegur?? Boleh la pulak. Patut kau keluarkan kenyataan teguran tu macam ni.. artis tak boleh mengkritik kerajaan atau parti kerajaan. Baru la tepat sikit maksud yang kau nak sampaikan.

Moral of the story.. Aku tengok orang yang terlalu backup pemerintah yang tak berapa betul cara pemerintahannya ni semakin hari semakin hilang kebijaksanaan. Asal keluar je kenyataan mesti jadi isu untuk di perbodohkan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com