KELAB SUCI DARI DOSA CONFIRM AHLI SYURGA
KELAB SUCI DARI DOSA CONFIRM AHLI SYURGA. Ada ke kelab macam tu? Sapa kata takde ada.. cuma namanya je lain. tak berani la aku nak sebut kang kena saman. kelab2 nametag ni bahaya kalau di sebut2 nanti angkut semua bala tentera nak serang, Biasa la kelab paling loser memang macam tu. Jenis suka serang musuh yang sorang secara beramai ramai.Kelab nametag ni memang anti aku.. Tu tak pelik la. tapi yang pelik isu dengan orang lain pun tetap nama aku di sebut sebut. Depa tak macam aku jenis kalau nak cakap up terus kat FB aku yang memang bukan je friends yang tak friend pun boleh baca & komen. Public 100%. Sebab aku bukan takut pun orang nak stalk aku. takde aku nak cerita pasal laki ke, family ke hapa. Semua yang banyak aku tulis kalau tak isu2 semasa, isu2 sekitar alam maya. Apadahal.
Dapat satu khabar seorang makcik berprofesion cikgu dari geng nametag ni sempat lagi mengumpat aku ketika mengadakan sesi membebel gaya orang tua nyanyuk dengan seorang blogger yang di tuduh mengaibkan geng nametag. Padahal blogger tu sebut nama individu bukan nama geng samseng mana2 pun. tapi tak tau la apa cerita belakang tabir kecoh la geng nametag ni sebar fitnah katanya blogger ni mengaibkan nama pertubuhan nametag depa. Padahal aku pun baca jugak komen blogger tu. Dia sebut nama individu yang di katakan menipu tu bukan nama geng nametag mana2. Siap ugut nak boikot lagi tu. tapi dalam ayat yang tak sebut perkataan boikot la.. ayat lebih kurang macamni.. jangan sampai geng nametag menjauhi Jemah nanti. Macam orang kesah sangat kena boikot dengan geng depa. Ingat semua blogger under geng nametag gamaknya. Lawak giler aku baca. ahahaha
Dalam kes tu tetiba sempat dia menyelitkan nama paling hot & spicy ni untuk di jadikan bahan umpatan. Dituduh meroyan, gila bagai tu biasa la oleh geng2 nametag. So,takde apa yang mengejutkan sangat dengan tuduhan meroyan ni. Nama je pendidik tapi moral pun sama je macam tak terdidik jugak. Kiranya yang ada masalah dengan geng nametag kat alam maya ni aku sorang je kot bagi depa. Sebenarnya aku je tak takut dengan geng nametag ni.. Belakang tabir depa tak tau ramai lagi yang sedang menyatakan perasaan tak puas hati cuma depa tak macam aku suka kecoh. hahahaha.
Pada pertubuhan nametag paling terkenal di alam maya tu.. Gamaknya hangpa rasa kelab hangpa tu suci dari dosa & confirm ahli syurga kot sampai kalau orang tegur sikit terus angkat bala tentera nak serang. Sepatutnya hangpa siasat dulu sebelum tuduh orang mengaibkan hangpa. Geng hangpa tu bukan terdiri daripada malaikat tapi manusia termasuk ketua darjah hangpa tu. Jadi tak mustahil dalam ramai jemaah hangpa tu ada sorang dua perangai yang memalukan geng nametag. Aku memang mengaku bukan baik.. Tapi hangpa yang baik pun dok mengumpat aku secara tertutup macam tu, renung renungkan. Baik sangat ke hangpa. ke kita sama je level. hahahahah
P/S : tapi bukan semua geng nametag macam tu. Ada yang lebih terbuka & tak taksub sangat boleh bergaul dengan aku tanpa ada masalah.