Showing posts with label roti. Show all posts

AWAS! JANGAN BUANG MAKANAN NI WALAU DAH EXPIRED

AWAS! JANGAN BUANG MAKANAN NI WALAU DAH EXPIRED. Dah kenapa pulak tak boleh buang kalau dah sejenis makanan tu melepasi tarikh luput @ expired. Benda dah tak selamat di makan katanya.. still nak simpan jugak ke? Kan tarikh luput @ expired tu penentu samada makanan tu masih boleh di makan atau tak.


Ada la sebab kenapa tak boleh buang. Bukan semua makanan yang dah expired tu kita kena terus buang. Tak semua makanan yang dah expired tu merbahaya & tidak boleh di makan. Tu la orang Malaysia ni terlampau mewah dengan makanan.. Asal expired jer terus buang beli yang baru. Tengok negara2 yang mengalami kebuluran tu.. Dia tak tengok tarikh dah. Sampah pun depa makan.. sebab kalau tak makan depa akan mati kebuluran. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang masih cukup makan pakai ni Insaflah...

Membazir tu amalan syaitan jadi kita perlu belajar macam mana nak jadi umat yang tidak mengamalkan amalan amalan syaitan. So info ni aku rasa sangat berguna pada korang semua supaya korang tahu tak semua makanan yang dah expired tu tak selamat di makan. Ada  11 benda yang kalau expired pun boleh makan lagi. Insya Allah tak menyebabkan keracunan makanan ke hapa kalau di simpan dengan baik. Benda2 ni selalu ada kat rumah kita sebagai stok.. Kadang2 tak sempat nak makan, bila tengok dah expired jadi penting untuk korang tahu perkara ni. Kalau korang seorang yang peka terhadap penjimatan elok baca ni >> 11 Benda Yang Masih Boleh Di Makan Walau Dah Expired <<

Jadi lepas ni tak ada alasan terbuang makanan makanan tersebut sebab tak tahu masih boleh di makan walau dah melepasi tarikh luput. Ada jugak antara makanan yang tersenarai ni aku masih makan tanpa tengok expiry date dia. Sebab entah la aku confident jer selagi rasa & bau dia tak berubah.

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED. Apa benda yang dah expired korang selalu makan? Kalau aku roti la.. Selagi tak tumbuh cendawan lepas tarikh luput sehari dua tu aku belasah je lagi. Setakat ni takde la cirit birit atau keracunan makanan ke hapa. Roti ni salah satu sebab expired dia pendek adalah kerana dia jenis tak tahan lama. Tapi selagi dia masih dalam keadaan baik,rasa pun masih sama.. Memang masih boleh di makan.


Tapi kalau darurat rasanya bercendawan pun orang makan jugak. Nama pun darurat kan.. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh makan walau dah lepas tarikh luput @ expired date. Kena tulis jugak dalam bahasa omputih sebab almaklum la.. Kadang2 ada orang certain2 benda dia memang tak faham bila tulis bahasa melayu walau first language dia melayu je. Dah biasa sebut expired date tetiba orang cakap tarikh luput.. Ting tong kejab dia jadinya. Jadi untuk bagi semua orang faham maka aku kawen campurkan bahasa dalam blog ni macam sembang santai kat cafe. hahaha

Alamak.. terkonar baring pulak. Berbalik kepada kisah benda yang masih boleh di makan walau dah expired yang selama ni kita tak tahu & mungkin kita terkejut sebab selama ni tak pernah tahu benda2 ni still boleh makan kalau masih dalam keadaan baik even expired date dia dah lepas. Mesti rasa nyesal giler kan kalau pernah terbuang benda2 ni bila check dah expired.. Takpe barang yang lepas jangan di kenang nak nak lagi yang dah kena buang. Tak payah nak kutip balik. hahahaha

Untuk tidak buat korang sakit hati dengan lebih lanjut baca blog lekatlekit.com ni.. Yang Mukadimah dia pun dah boleh cerpen sementara nak sampai ke point penting. Jadi marilah den bongkarkan apa benda yang masih boleh makan walau melepasi tarikh luput.. sila la baca senarainya kat sini >> 11 Benda Ni Masih Boleh di Makan Walau Dah Melepasi Tarikh Luput. So Jangan Buang <<

Nampaknya benda2 yang di senaraikan ni kebanyakkan ada stok dalam rumah aku. So, boleh la buat rilex2 kalau masih elok. Tak payah la terkebil2 setiap kali nak makan kena check expired date. Dah la kadang2 susah nak cari kat packaging dia. Almaklum la.. makin tua penglihatan pun semakin mengecil katanya. Kembang kuncup biji mata nak baca tarikh luput.

Moral of the story.. Bagus info info macam ni kita sebarkan untuk di kongsikan dengan mereka yang tak tahu. Jadi kalau korang rasa artikel ni menarik sila share. hehehehe

MAKANAN PALING SERAM ROTI MONA FANDEY

 Untuk segmen seram serik lekat lekit malam ni aku taknak cerita pasal hantu. Dah tak rare sangat cerita seram hantu ni. Malam ni kita cerita pasal makanan paling seram pulak.. Roti Mona Fandey. Kau hado? ado bran ekau makan roti ni? hahahahaha


Kalau kita ke restorance mamak biasa kita dengar roti canai, Roti telur, roti banjir bagai tapi ni roti memang sangat2 rare & menyeramkan. Roti Mona Fandey katanya. Masa mula2 aku baca artikel ni rasa tak ada apa yang best even ada special2 menu yang jarang kita dengar & makan.

Antara menu2 special tu Roti Tsunami Roti Maggi Roti Scrambled Roti Beckham& banyak lagi la. Kejab lagi aku bagi link korang baca sendiri.. Tapi hujung2 artikel ni tulis pasal Roti Mona Fandey paling aku tak tak tahan. Nak tau kenapa Roti canai ni di gelar Roti Mona Fandey sebab roti canai yang di potong 18 kemudian dia letakkan sambal. hahahaha.. Maka dia di panggil roti Mona fandey. hahahahaha. Boleh baca kat sini >> Roti Tsunami, Roti Jantan, And Other Roti's That Will Change Your Mamak Trips... Forever

Aduhai.. Macam mana la sekarang ni. Hope korang tak rasa seram la yang selama ni korang makan adalah Roti Mona Fandey. 


PAKISTAN KERJA 7ELEVEN KURANG AJAR BALING ROTI PELANGGAN

Ni aku dapat dari someone yang inbox aku kat FB. Katanya dia dapat post ni dari kawan dia kat FB. Diceritakan kat sini seorang pelanggan 7 eleven pergi beli roti & sekaya tapi sebab dia nak bayar guna duit RM100... Seorang pekerja warga pakistan membaling roti & sekaya dia.. Bila dia tanya pakistan tu orang mana.. dengan bangganya tanpa rasa bersalah pakistan tu menjawab orang pakistan sambil telefon kat telinga (sambil bergayut la kot)

Kenyataan ni cuma dari sebelah pihak.. Moga Kalau ada pihak 7 elevan yang terbaca sebaran ni tolong siasat. 

Aku tak tahu sejauh mana berlakunya kejadian ni.. Pihak 7 Eleven rasanya boleh menyiasat perkara ni melalui rakaman cctv la. Kalau betul berlaku, kena segara ambil tindakkan. Tapi aku tak pelik kalaupun kejadian ni benar benar berlaku sememangnya warga asing yang datang cari makan kat Malaysia ni dah macam Taiko besar. Tahap kebiadapan depa.. Macam kita warganegara pulak yang menumpang cari makan tempat depa.

Aku pun pernah kena dengan bangla stesen minyak BHPetrol dulu. Aku pernah cerita kat blog. Boleh baca kat sini >> Bangla BHPetrol Yang Kurang Ajar << Sebab aku tumpang cuci muntah anak aku & basuh sikit seat kereta yang kena muntah tu terus kena sound dengan cara sombong. Bangla tu beb! Alasan bawah paip air ni katanya ada saluran minyak ntah hapa.. Abis tu kalau hujan air kau tadah dalam besen ke hapa tak jatuh ke bawah. Tukang cuci kat tempat aku tinggal ni warga indonesia.. Pun suka bergaduh. Pantang orang tegur cara kerja depa yang cuci macam tak cuci mesti melawan & bergaduh. Tapi aku tak pernah bergaduh dengan tukang cuci indon tu tapi dengar dia bergaduh dengan orang je la.

Bukan la nak suruh layan pendatang ni macam sampah tapi kadang2 tak boleh jugak bagi muka sangat. Bila rakyat asing terlalu banyak kat Malaysia.. Depa dah rasa kuat untuk buat apa saja termasuk jenayah. Setakat kurang ajar apa lah sangat kan? Depa pun dah boleh angkut geng sekarang ni. So, kerajaan sila kurangkan warga asing kat Malaysia. Ni kalau pelancong datang KL.. dah tak macam Kuala lumpur.. Dah ada kawasan depa sendiri pulak. Punyalah Samseng depa sekarang. jangan sampai jadi macam cameron highland baru la nak benteras. Habis di toreh gunung ganang buat pertanian haram.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com