PEREMPUAN SANGAT SENSITIF ISU KONGSI SUAMI
Kecoh la semalaysia pasal kes hanes Suraya caras laki orang. Sana sini sinun orang update. Susah la nak jumpa manusia yang backup hanes & Romi tu. Semuanya lebih bersimpati dengan nasib Liyana yang suaminya telah di caras oleh retis putih gebu itu.
carian goggle
Yang terbaik Hanes Suraya buat adalah diam & biar isu tu reda. Kau dok gigih sangat pertahankan diri kau yang terang2 agak salah di mata orang pun tak guna jugak. Even ko rasa bukan kau punca keretakkan rumahtangga depa.. tapi kau hadir di tengah mereka sedang menghadapi krisis rumahtangga adalah satu kesilapan terbesar yang kau buat. Orang tu dah memang ada masalah kau pulak masuk jarum.. memang kau la terima bahananya. Kalau ye pun kau sangap nak naik ferari tunggu la sapa depa bercerai dulu.. time tu sapapun tak pertikai ko nak pergi holiday berkepit dengan jantan tu pun.
antara komen2 isu hanes suraya dengan laki orang ni. aku select yang tak berapa ngeri je komen2 ni. tahap maki hamun tu tak sampai hati la nak tayang kat blog aku ni
Isteri pertama kebanyakkan terima suami dari 0 to hero.. tapi bila dah jadi hero laki nak cari heroin lain pulak mana tak hangin kan? Yang menerima kita saat susah itulah akan bersama kita dalam susah & senang.. tapi yang datang dalam hidup kita masa senang kebanyakkan tak boleh terima kita bila dah jatuh susah. Jadi.. hargailah orang2 yang bersama kita saat jatuh & bangun.. dari kita jalan kaki sampai kita naik ferari. Kerana mereka menerima kita seadanya.
Jadi pada semua perempuan di luar sana.. ingat nak menumpangkan suami orang mungkin manis.. tapi nak bagi tumpang tu telan tak lepas dari tekak,nak bernafas pun rasa tersangkut kat hidung apatah lagi nak senyum rasa bibir tersepit celah gigi jer... Kalau boleh elakkan.. elakkan la kalau dah tak boleh mungkin itu dah jodoh. Soal jodoh dah di luar kuasa seorang manusia.