Showing posts with label muncul. Show all posts

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA. Di sebabkan mood nak berseram serik tu tengah on jadi kita memburu lagi kisah misteri & seram. Tau hangpa mesti tunggu kan.. Apa lagi kisah seram seterusnya yang lekatlekit nak momokkan dalam segmen seram serik lekatlekit ni.

Gambar sekadar hiasan

Kalau sebelum ni kita biasa dengar kisah legend Volkswagen kuning kat lebuhraya karak kan.. Tapi kali ni kami nak share dengan hangpa satu kisah pasal Misteri sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat siap ada plat number NS 476 lagi. Kisah dia takde la extreme sangat.. Sangat simple bagi kita yang membaca tapi kami yakin orang yang melalui pengalaman tu rasa kecut juga usus perut. Yelah.. Time tengah malam, sunyi basi macam tu bila berdepan dengan situasi yang pelik, penuh misteri & mistik.. Susah untuk di capai logik akal ni memang mengundang seram juga la kan.

Kisahnya bermula.. Seorang hamba Allah ni dalam perjalanan balik dari melaka katanya. Tak tau la dia pi melaka tu buat apa.. Tak pulak dia cerita so kita pun tak payah la nak jaga tepi tayar kereta dia sangat la kan. Satgi kena lenyek tak pepasal kita pulak ke rahmatullah. 

Walaupun banyak cerita seram dia dengar.. tapi tetap dia guna jalan lama. Lokasi sebenar dia tak nak pulak bagitau cuma dia kata berdekatan dengan pajam. Hek.. eleh.. Tu mesti nak pedajal orang lain juga kan.. Tak aci la dia kecut usus sengsorang. Kena bagi orang lain pun rasa jugak. Kalau bagitau lokasi sebenar satgi lenggang pulak jalan tu tak dak orang guna. hehehehe

Maybe dia nak test power sebab banyak sangat cerita seram orang lain ketika guna jalan tu. Dalam pukul 1.45 pagi macam tu dia drive sengsorang. Dia memandu dalam 70km/j & sempat memotong sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat bernombor plat NS 476. Atas motor tu ada dua orang.. Sorang of course la menunggang & sorang lagi membonceng. Dua2 nampak macam orang tua. Time tu dia takde la rasa apapun. Orang tua bawa motor apa nak pelik sangat. Tak ada apa yang aneh pun bagi sesapa. 

Tapi selang 5 minit macam tu.. Motor kapcai lama yang dia potong tadi ada kat depan dia. Dia dah makesure motor yang sama, no plat pun sama. Memang motor bukan kereta proton yang baru launches ni >> Proton Launches 2017 Model Of Proton Iriz With New And Improved Features << Mak Aii... Motor ni boleh terbang ke hapa. Tak nampak melintas pun tetiba ada kat depa. Sedangkan dia tak ada berhenti kat memana sepanjang perjalanan. Dia mula cuak dah. Tadi boleh la rilex.. Tapi tetiba lepas potong jumpa kat depan lagi ni dah kes berat. Dah macam kisah seram Volkswagen kuning jugak. Lepas potong jumpa balik kat depan.

Sampai sekarang katanya dia tak tahu milik siapa motor & siapakah yang menunggang & membonceng motor kapcai tu. Adakah jelmaan mangsa langgar lari yang meninggal dunia kat jalan tu? Wallahualam.. Yang pasti apa yang dia nampak tu memang tak boleh di terima logik akal. Dia yakin apa dia jumpa bukan manusia dah.. Something yang krik... krik.. krik.. Di tambah lagi tempat tu memang terkenal dengan macam macam kejadian seram. Jadi tak mustahil apa yang dia nampak juga berkaitan dengan misteri & mistik tempat tu.

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu keras tak payah nak test power sangat kalau hati tu tak kental. Ni mujur hati kental sampai rumah juga. Bukan apa takut bila jadi kejadian macam tu keras kat tengah jalan pun payah jugak. hehehehe

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA. amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu.


Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata.. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya...

Kempunan la nak merasa enpon baru. Baru dok bincang2 dengan asben aku semalam nak pergi ambil simcard kat Maxis center.. Ada rezeki nak cari enpon baru bagai.. Dah dia pulang kepangkal jalan. Betul la kan.. kejadian ni betul2 macam aku dok cakap dalam entri2 sebelum ni. Kadang2 Allah hilangkan sesuatu.. Bila kita dah tak mencari lagi tetiba dia muncul semula. Sama je macam kes2 ni >> Kejadian Yang Tak Di Sangka Yang Benar Benar Buat Orang Rasa Syukur Sangat. Mesti Korang Pernah Alami Perkara ni  <<

Memang awal2 aku sedar hilang tu aku cari jugak. Aku dah cari bawah katil, atas katil semua tak jumpa. Tak tau terselit celah bantal. Lepas dah tak jumpa aku redha jer la.. Anggap bukan rezeki aku la. So, aku tak cari lagi. Just fikir nak ambil balik simcard je. Bila kita tenang jer... senang je benda tu muncul semula tak payah cari cari lagi. hahahaha

Lepas ni kalau hilang buat rilex sudah.. enpon aku ni zaman pra sejarah maybe ada saka yang jaga. Hilang kang pandai2 dia cari Tuan dia balik. hahahaha. Apapun.. Alhamdulillah. Budget yang konon nak beli enpon baru boleh la di manafaatkan kat Guardian ker.. The store ke.. hahaha.

KAMPUNG MISTERI MUNCUL WAKTU MAGHRIB DI JALAN PENGKALAN HULU

KAMPUNG MISTERI MUNCUL WAKTU MAGHRIB DI JALAN PENGKALAN HULU. Rasa macam lama pulak segmen seram serik tak muncul kat blog lekatlekit.com ni. Bukan apa kalau hari2 pun cerita seram.. dah takde sumber nak korek. So, kena ada cuti jugak kan. Malam2 minggu ni elok la kita santai2 baca cerita seram. Sebab esok cuti.. so, kalau malam ni takut sampai tak boleh tidur pun ok la boleh cover siang esok katanya. hehehe


Cerita aku nak share ni kisah seorang pemandu yang melalui jalan tu. Katanya jalan dari baling ke pengkalan hulu untuk ke Gerik ni memang bahaya sikit. Sebab jalan dia agak berbukit & banyak kona tajam. So kalau lalu jalan tu tak payah nak buat konar baring sangat la.. Takut terbaring tak bangun bangun pulak. Lain di tuju lain pulak destinasi yang sampai. Menurut cerita dia.. Sebelum sampai ke pekan pengkalan hulu dari gerik akan melalui satu kawasan berbukit yang suasana dia redup sebab banyak pokok2 kat kasawan situ. Normally kalau lalu jalan tu memang signal segala alat telekomunikasi akan hilang dalam 10-15 saat. Kiranya memang takde coverage. Nak di jadikan cerita mamat ni lalu kat jalan tu dah petang.. hampir2 nak maghrib. Sampai satu kawasan kona tu.. dia perasan ada satu perkampungan kecil. Rumah pun dalam 4-5 buah jer. Dia nampak la ada budak2 main tepi jalan & sekumpulan nenek2 lepak kat pangkin (beranda) rumah. Dia takde rasa apa2 pun sebab biasa la kampung. apa nak pelik dengan permandangan macam tu ye dak?

Tapi yang menjadi cerita seramnya esoknya dia lalu balik jalan yang takde coverage apa2 alat telekomunikasi. Dia tengok lain macam jer pokok2 kat situ. tetiba ada pokok tinggi seolah2 macam payung kawasan jalan tu & buat jalan jadi sedikit redup. Tapi kat tepi jalan lain semua pokok menegak. Time tu dia bawak kereta slow sebab ada sepupu dia sekali. So,kena cover la perangai tak semegah masa bawa kereta. Sekali lagi dia jadi pelik.. tempat yang dia nampak ada perkampung semalam, tup tup hari ni dah tak ada. Dia pun tanya sepupu dia yang memang orang situ untuk lebih kepastian..Jawapan sepupu dia bagi cuma 'jangan tegur'. Jadi pepaham je la apa yang dia nampak semalam. -sumber Jalan Berhantu Seluruh Malaysia-

Biasa la dalam hutan.. Memang la ada kampung 'Orang'. Apa nak pelik cuma yang bertuah je dapat nampak. Kalau dia dah tunjuk tu Insya Allah ada moral of the story. Tak paham lagi ke.. Lalu jalan kampung orang tak reti nak bawak slow slow. Kang terlanggar anak pinak 'orang yang tak nampak' tu kena sakit misteri kau nak salahkan depa. hahaha..

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL. Untuk ruangan cerita seram serik lekatlekit hari ni kita balik kedah sekejab yer. Orang orang kuala ketil sila ambil perhatian. Katanya berlaku kat area sana. Alkisah pasal sebuah kedai makan yang pernah wujud 20 tahun lalu tapi telah musnah dalam kebakaran sering muncul beroperasi di tengah malam hari. Katanya ramai dah terkenal dengan kedai makan misteri ni. Alkisahnya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

3 orang kawan kaki pancing ni pergi memancing udang galah kat satu tempat ni. umpan asyik mengena jer tak sedar mereka memancing sampai dah lewat malam. Sedar2 dah 12.30 katanya. time tu pulak cuaca dah tunjuk tanda hendak hujan maka terpaksa la hentikan aktiviti berjoran tu. Terpaksalah 3 sekawan tu meninggalkan tempat yang memberi rezeki udang galah malam tu.

Bila dah angkat joran baru la perut rasa lapar katanya. Masa tengah syok mancing memang lapar pun tak terasa. Almaklum la nak2 lagi pancing asyik mengena. Dia punya excited tu kalau awek cun depa mata pun dia dah tak ada nafsu. Gitulah perangai kaki pancing ni. Fokus kat joran je katanya. Bila dah lapar tengah2 malam macam ni.. mana kedai makan yang nampak dulu kat situ la depa singgah.

Masa 3 sekawan ni berhenti kat sebuah kedai makan.. hujan dah mula renyai renyai. Keadaan kedai makan tu memang sunyi basi katanya. Dengan lampu yang agak malap.. Ala2 nak candle light dinner gitu & semua perlatan & perkakasan dalam kedai tu nampak usang. Vintage sangat katanya. Tak ada pelanggan lain selain 3 sekawan kaki pancing ni masa tu. Tapi 3 mamat ni takde la fikir banyak.. Mungkin depa rasa tak ada apa mencurigakan kot dengan permandangan macam tu.

Datanglah seorang awek mengambil order dengan muka macam minta selipar je. Tak senyum langsung walau ada yang cuba jugak nak menggatal. Dia buat derk je katanya. Memang kalis ayat la kot minah ni. Muka minah tu agak pucat tapi depa just anggap mungkin penat kot kerja. Lagipun dah tengah malam. Bila pesanan dah di ambil, gadis tu berlalu tapi meninggalkan satu haruman yang sangat wangi & kuat baunya. Pun depa tak syak apa2. Biasa la perempuan pakai perfume boleh tahan 48jam katanya. Nak2 lagi baju basuh dengan downy. Memang wangi manjang je.

Tak sampai 5 minit tetiba minah tu muncul dengan makanan yang di pesan. Terkejut beruk la 3 sekawan ni. Cepat sungguh. Kalau masak maggi pun tak secepat ni walau maggi tagline dia cepat di masak sedap di makan. Ni dia guna boboiboy kuasa tiga ke hapa cepat sangat masak. Tapi sebab malas dah nak fikir panjang.. depa terus makan tanpa was was. Sambil makan salah seorang dari 3 sekawan ni sempat jeling kat minah tu yang duduk di kaunter pembayaran. Tajam sungguh renungan dia sampai jadi takut di buatnya. Garang sangat katanya.

Dah siap makan semua.. maka pergi la depa membayar. Sekali lagi minah tu buat kejutan bila semua makanan depa cuma harga RM5.00. Mak aii.. zaman sekarang sepinggan mee goreng pun dah RM5 apatah lagi 3 pinggan masakan panas macam tu. Takkan semua baru RM5. Tapi sebab malas nak fikir banyak depa pun beredar.

Nak di jadikan cerita.. dua hari selepas malam tu salah seorang 3 sekawan ni datang lagi ke kedai tersebut. Tapi dia datang sorang je. Dia jadi bodoh sekejab bila sampai ke tempat tu tak ada sebarang kedai makan. Jangankan kedai, tiang pun tak ada padahal baru 2 hari lepas dia datang. Dia memang betul2 pasti dia tak silap tempat. Dalam kebinggungan tu tetiba ada seorang pakcik naik motor berhenti bertanya samada dia sesat jalan ke hapa dok tergaru2 kepala tepi jalan macam tu. Dia pun cerita panjang la dengan pakcik tu pasal kedai makan yang pernah dia makan 2 hari lepas. Mengucap panjang orang tua tu dengar cerita mamat ni.

Menurut cerita pakci tu.. 20 tahun dulu memang ada kedai makan yang di usahakan oleh dua beranak. Mak & anak perempuan tapi malangnya berlaku kebakaran dua beranak ni tak sempat selamatkan diri & meninggal dalam kebakaran tu. Kata pakcik tu.. ramai yang dah terkena kat situ. Banyak yang termakan cacing & benda2 kotor kat situ. Secara automatiknya mamat ni terus rasa morning sickness di samping bulu roma pun memainkan peranan nak menunjukkan perasaan seram. Tak terbayang apa yang mereka jamah tengah malam 2 hari lepas.

-sumber - Kisah seram Kedai Makan Misteri -

Moral of the story untuk kaki kaki pancing.. kalau memancing tu ingatlah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum senja yer. Sampai tengah malam baru nak ingat rumah.. kan dah kena dajal dengan hantu setan. Selama ni hangpa dok umpan cacing sekali hangpa kena umpan cacing dengan hantu baru berakai.

P/S : Baca kisah ni teringat kisah seram restoran adik manja kat kuantan. Korang tahu kisah tu? Alah.. majoriti semua orang tahu cerita restoran adik manja ni

KECOH PASAL SUPERHERO MUNCUL DI KUALA LUMPUR

Superhero ni selalu yang kita tengok dalam filem jer.. Tetiba ada superhero kat tengah bandar Kuala Lumpur ni apahal pulak? KL bakal di serang raksasa ke? Siapa pulak yang tetiba datang mengaku superhero ni? Mesti korang pun macam aku tertanya tanya apa kes tetiba kecoh pasal superhero ni. Maka setelah di siasat.. Ni info yang aku dapat pasal superhero yang menjadi bualan ramai..

Gambar pinjam kat blog ni :  http://www.rafzantomomi.com/

Superhero ni di kenali sebagai EffortlessMan. Nama kemain mat saleh.. superhero oversea ke hapa ni. Dia akan muncul di KL bukan la sebab di serang Alien mahupun raksasa. Dan takde kena mengena jugak dengan isu rombakkan kabinet yang berlaku baru baru ni. Dia tak campur hal politik negara katanya... Dia muncul adalah kerana... untuk contest yang sedang berlangsung di Lazada Malaysia sekarang. La... sesusah je kan datang jejauh semata mata untuk contest lazada Malaysia. Makaseh bebanyak la EffortlessMan yer..


Contest ni bertujuan untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale yang sedang berlangsung di Lazada. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga super sale!! Yang pantang dengar sale tu elok la korang tengok kat sini supaya tak langgar pantang korang yang pantang tak beli kalau ada sales katanya... hehehehe clik disini : http://www.lazada.com.my/effortlessshopping/

Tak payah sesusah karang ayat jiwang nak goda superhero tu.. Ni peluang untuk kaki selfie jugak yang suka berselfie tak kira tempat atau masa. Inilah masanya membuktikan hobi berselfie korang tak sia sia.. caranya mudah saja


Contest Pertama Hadiah RM100 untuk 2 pemenang setiap hari
  • Selfie bersama EffortlessMan (hint:beliau akan berada di sekitar KL atau ketahui update
    di Facebook Page/Instagram Lazada tentang lokasi EffortlessMan)
  • Upload gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt dan
    #LazadaMalaysia
  • Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masingmasing
Contest KeduaHadiah
  • RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari
  • Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortlessmanhunt/
  • Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi.
  • Siapa dapat teka betul or paling hampir dengan lokasi sebenar berpeluang untuk
    menang. 

Korang boleh tengok aksi superhero kat sini. Awas! Unsur lawak mungkin buat anda terkencing semasa menonton. Atau boleh jugak tonton episod sebelum ni  & tinggalkan komen anda kat SINI

Ya Allah senang sungguh nak menang. Rugi la sapa2 tak join. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check Lazada Malaysia Instagram, Facebook dan Twitter.

https://www.facebook.com/LazadaMalaysia
https://twitter.com/LazadaMY
https://instagram.com/lazada_my


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com