Showing posts with label raksasa. Show all posts

MAKSUD TITANIC BUKTI KEANGKUHAN MANUSIA

Semalam tv2 ada tayang filem Titanic. Filem yang masih tak jemu di tonton sebab penghasilan filem ni bagi aku antara filem yang terbaik & berkualiti. Babak2 dalam filem ni buat kita sentiasa terpacak dengan skrin. Dan orang yang jenis jiwang2 ni dah tentu kisah cinta Jack & Rose la buat depa terlentok kan? Tapi bagi aku filem ni yang buat aku tersentuh sebab kemanusiaan yang di tonjolkan.. Nak2 part kapal ni nak tenggelam & selepas tenggelam. Serius menusuk ke hati. Berpuluh kali tengok pun jiwa seram aku ni tetap tersentuh katanya.

Sumber Google

Ok.. ok.. kang jadi pertikaian. Walau filem ni dia katakan base on true story @ di adaptasi dari kisah benar tenggelamnya Titanic, dari sudut sejarah sebenarnya filem ni banyak tokok tambah atau di ubahsuai maybe untuk tujuan komersial. Jadi aku pun tak anggap apa yang di paparkan dalam filem ni adalah kisah benar cuma Kapal Titanic di jadikan tema kisah dalam filem ni.Dari sudut Islam pulak.. Ada kisah & alasannya tersendiri berdasarkan tertulis dalam Al Quran.

Maksud titanic.. adalah raksasa. Kapal titanic di gambarkan besar seperti raksasa yang pada mulanya mereka dengan yakin kapal ni takkan tenggelam. Dari info yang aku baca.. ada cerita yang mengatakan.. ada awak kapal dengan angkuh mengatakan Tuhan pun tak mampu menenggelamkan Titanic. Dari ke angkuhan manusia,Allah menunjukkan kekuasaannya.. Maka tenggelamlah titanic bersama ribuan manusia akibat keangkuhan mereka sendiri. Dari yang sumber yang aku baca, dalam surah Yaasin ( ayat 41-44) mengambarkan tentang kisah titanic ni.

41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Kapal ini digambarkan penuh muatan mungkin seperti kapalnya Nabi Nuh A.S.
Untuk Kapal Titanic, Allah SWT ternyata berkehendak, “Kami tenggelamkan mereka”, maka tenggelamlah kapal Titanic beserta sebagian besar penumpangnya. Tetapi Allah juga berkehendak, “Kami selamatkan mereka”, sehingga ada juga penumpang yang selamat yaitu sebagian besar wanita dan anak-anak.

Moral of the story dari kisah Titanic ni.. jangan sesekali merasa diri kita lebih berkuasa & hebat melebihi kuasa Allah kerana tiada satu kuasa pun di alam ni walau sekumit pun mampu menandingi kuasa pencipta seluruh alam.

sumber : Catatan Cinta abi


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com