Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG. Tu dia.. lekatlekit membawang dah katanya.. Bila dia start mengulas kontroversi pasal retis mula la haters muncung bibir memasing. Eleh.. hangpa tu kemain kecam bagai nak rak, den rilex je tak cakap apa. Den baru tulis tajuk Minggu Boikot retis memasing dah buat spekulasi. Dasar bawang holand tak sedap!! hahahahaha


Semua orang tahu minggu ni penuh kontroversi pasal retis wanita bertudung. Kebetulan pulak dua2 memang bertudung. Esok siap la habis semua di kupas kupis & kopek dalam melodi. Tapi melodi sekarang orang dah layan sangat. Lambat nak tunggu Ahad.. Social media terlebih dahulu viral. So kebanyakkan isu2 kat melodi tu semua isu basi je la. Makcik2 yang tak kenal teknologi je layan.. kekekkee

Bukan la nak mengaibkan sesapa cuma tertarik dengan isu ni.. Isu minggu ni semua orang tahu Isu pelancaran Tudung ke turban ke atau serkup kepala jenama seorang retis ni yang kita sedia maklum pengasasnya Pelakon/Pengacara yang cantik bagaikan bidadari turban.. erkk.. Bidadari dunia tu. Isu dia buat pelancaran di sebuah kelab malam & isu ada blogger yang hadir pada malam tu menari tiang yang menghairahkan.. Kontroversi memang melatop kebabom

Sebab ramai yang marah produk ada unsur keagamaan tu di buat pelancaran di sebuah pusat hiburan.. Ada gerakkan menyeru kempen memboikot produk & dia sendiri sehingga Instagram artis tersebut kehilangan lebih dari 100 ribu followers... Bertabahlah nak.. anggap je ia salah satu teguran dari Allah. Kita manusia ni memang tak lepas dari melakukan kesilapan.. Ye dak? So yang mana baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jangan sesedih sangat.. Boikot maybe terkesan sikit tapi takde la sampai buat ekau jadi gelandangan kan. So, lap ayaq mata tu..

Isu kedua paling hangat minggu ni.. Isu Suami kepada seorang pelakon yang katanya menceraikan Isteri pertamanya selepas beberapa bulan.. erkk.. 6 bulan kan bernikah dengan pelakon ni secara senyap senyap. ramai Netizen Anggap.. Punca isteri pertama di ceraikan adalah sebab pelakon ni & depa melabelkan pelakon ni sebagai perampas. Alasan yang di beri si lelaki pulak.. memang agak kejam. Dah tak ada perasaan selepas 5 tahun bersama bekas isteri pertama & selepas 6 bulan kawen dengan bini no 2.

Yelah.. yelah.. sebagai perempuan terkesan juga la di hati kes kes macam ni. Tapi tu la.. tak mustahil kita boleh berada di tempat isteri pertama & kita juga boleh berada di tempat isteri kedua. Perjalanan hidup kita ni masih panjang (Insya Allah).. Cuma apa yang berlaku kita ambil pengajaran. hati manusia ni memang boleh berubah termasuk hati suami/isteri kita. Doa la pada Allah moga di tetapkan hati kita suami isteri pada yang satu (Allah). Kalau hati kita pada Allah.. Insya Allah.. Takde mana2 pihak teraniaya atau di aniaya.

Disebabkan perkara tu.. Nampak kempen boikot pelakon ni juga sedang giat di promosikan di social media. katanya apa juga drama atau rancangan ada muka dia mereka boikot tak nak tengok. sabarlah nak.. Sesungguh tu pun salah satu bentuk teguran dari Allah. Sama sama la kita muhasabah diri. Tu dia.. macam setazah pulak kan.

Boikot sekarang memang akan bagi impak besar jugak.. Contoh kempen boikot yang pernah di buat kepada beberapa jenama terkenal seperti Mc Donald.. Cadbury.. Memang bagi effect juga dari segi jualan. Tapi selalunya bersifat sementara.. sementara tu, berapa lama terpulang la kan. pepandai la kau nak meraih kepercayaan peminat atau pengguna.

Sekian laporan dari wartawan melodisssssssss minggu ini. Selamat berhujung minggu Uolls...

PELIK TAPI BENAR! MASIH TERUNA WALAUPUN DAH BERBULAN MADU

PELIK TAPI BENAR! MASIH TERUNA WALAUPUN DAH BERBULAN MADU. Satgi ada la komen mai dok kata.. Amboi mentang mentang semalam malam jumaat.. pagi ni kemain entri hang na lekatlekit Ooi.. Padia.. hangpa ni. Kami baru 12 tahun, tak tau apa malam Jumaat tu. Yang kami tau Malam jumaat ada hantu ja kena tidoq awai... hahahahahaha (Matilamak kena kecam secara berjemaah)


Sebenarnya cheq tahan jari ja nak cakap isu ni.. Tapi entah kenapa jiwa ini meronta ronta, bagai di suruh suruh jugak menulis dalam blog. Akibat gelodak perasaan yang bergelora bagaikan ombak Tsunami yang menghempas pantai.. Cheq mengulas juga la kan sepatah dua ratus ribu patah perkataan.

Tak mau la point sapa - sapa.. cuma ada terbaca pertikaian dari netizen yang mempertikaikan seseorang lelaki yang sudah di ijabkabul & sudah pergi bercuti bulan madu di awan biru.. tiada yang menganggu... Tapi tup tup mengaku diri masih teruna & belum menyentuh pasangannya. Wow! Salah satu keajaiban dunia yang sukar di temui di mana2 bilik hotel atau penginapan bagi pasangan yang berbulan madu ni..

Ramai yang mempersoalkan.. Habis tu dia pi bulan madu buat apa? Tembak dinding? Kami pun tak tau tembak dinding tu apa sebenarnya.. Kami tulis balik ja apa yang kami baca dari komen komen pengamal media sosial ni. Almaklum la.. kami kan kecik lagi. Hati masih suci... Maafkan kami yer. hehehehehe

Berbaik sangka la.. Maybe depa pi bulan madu sebagai satu langkah untuk duduk berbincang & cari jalan penyelesaian pada masalah mereka kot. Sebab ada keraguan dari pihak suami untuk menyentuh seorang wanita yang pada zahirnya nampak dah jadi isteri dia la kan.. Tapi sebab ada was was kat situ dia risau ijab & kabul tu tidak sah.

Tengok netizen dok pertikai tu ni.. Kesian pun ada. Sebab kita sendiri pun tak nampak apa yang berlaku dalam kelambu depa sepanjang depa duduk sebilik tu. Jadi nak cakap benda yang tak nampak ni agak susah sikit la kan.. Silap cakap jadi fitnah.. Kalau dah tuan badan kata, belum.. belum je la. Belum ke dah bukan ada apa apa masalah pun kat kita. Kita doakan semoga depa ada jalan penyelesaian yang terbaik saja.

Moral of the story.. Semalam berapa juzud hangpa berjaya khatam? kekekeke.. Minta diri dulu lah yer. nak pi sambung kira anak patung RIMAU ni manatau boleh menang kereta sebiji.

ISU NORA DANISH,FASHA SANDHA & JEJAI TAK PERLU PANASKAN

Kesian kan?? dah nama retis ni.. Benda yang dah jadi abu pun orang nak sensasikan lagi even perkara tu dah pernah jadi kontroversi & hot isu tapi bila ada je point cerita tu boleh di hangatkan kembali mesti ada yang akan ambil kesempatan mendidihkan benda yang dah jadi sejuk beku. Yelah.. nak buat macam mana cerita retis ni memang ada value. Even kita tak suka pun bila keluar tajuk hot & spicy tetap kita nak baca, ye dak??

Kenapa nak jadi batu api pada mereka yang dah berbaik
Rasanya ramai tahu isu penceraian Nora danish dengan bekas suami dia iatu suami kepada fasha sandha yang tiba2 cerita cerai berai tu kembali menjadi isu hangat dua tiga hari ni.. Orang mula kembali menyalahkan fasha sandha konon menyebabkan nora danish di ceraikan semasa tengah mengandung. Bila fasha membalas & cuba jelaskan perkara sebenar maka jadi panjang lebar la isu ni.. nak2 lagi isu ni di jadikan bahan cerita dari wartawan.

Aduhai... Benda ni dah lama kot. depa semua pun dah berbaik. Yang hangpa nak korek cerita nak bagi panas tu pasaipa? Nak bagi depa kembali bermasam muka ka? Semua orang buat silap.. kita pun ada kesilapan tapi bila kesilapan tu di perbetulkan dengan masing masing berdamai & memaafkan sesama sendiri apa nak kecoh lagi. Masing2 pun dah ada kehidupan sendiri yang bahagia. Abis dah takdak isu ka hangpa nak pancing pembaca??

Kadang2 sebab kita yang mensensasikan isu yang sebenarnya dah lama mereka lupa mungkin bakal buat hubungan yang baik antara mereka kembali renggang. Sebab tu retis ramai bercerai.. kadang2 kerana penulisan pihak media yang membesarkan isu kecik. Orang gaduh laki bini pun depa nak kalut cerita satu Malaysia.. Macam la depa tak pernah gaduh laki bini. Gamaknya dengan memecah belahkan hubungan orang pihak media (tak kira media elektronik atau media cetak atau wartawan blog) memberi keuntungan besar pada depa kot sebab tu depa suka sangat membesarkan isu kecik.

Moral of the story.. Isunya cuma peminat tegur fasha sandha kat Instagram katanya kat IG family jejai katanya banyak gambar dengan nora tapi takde gambar dengan fasha.. Isu dia kecik jer tetiba sampai melarat kisah cerai berai bagai. Yang salah orang yang mensensasikan cerita tu kalau takde orang sensasikan isu tu confirm takde jadi kontroversi.

P/s : Simpati la sikit pada Ibu mengandung fasha sandha tu.. Emosi dia mempengaruhi anak dalam kandungan jugak.


GAMBAR PELAKON VETERAN RUMINAH SIDEK (MAK MAH) & SUAMI BERSANDING

Jodoh pertemuan ajal maut semua rahsia Allah. Tak kira yang muda rumaja mahupun yang umur dah senja. Kalau Allah dah tulis jodoh tu tetap ada walau dalam usia emas, maka terjadi la jugak pernikahan tu kan. So, tak payah pertikaikan kerja Allah hanya kerana usia yang bagi sesetengah manusia dah tak layak nak kawen lagi.

Selepas sah bergelar suami isteri.

Apapun tahniah pada Mak Mah.. Moga di limpahi kebahagian & rezeki bersama suami yang baru di nikahi tu. Pada yang pandang serong orang tua kawen lagi tu.. apa kau fikir orang tua  takde perasaan ke? Meh kita layan sekeping gambar Mak Mah dengan suami dia yang aku culik dari page ROTIKAYA sebagai hiburan santai hari minggu ni.

Sumber ROTIKAYA

P/S : Walau dah warga emas tetap nampak seri pengantin tu, So sapa kata anak dara je yang ada seri pengantin.


STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA

Harus rasa terhina, ok! atau korang memang suka di hina?? Tu la agung2 kan sangat karya seni seberang, sampai orang pandang martabat dunia seni malaysia ni macam bawah tapak kaki jer..

Buka radio siang malam lagu indon.. buka tv hari2 cerita indon dari pagi sampai malam.. buka pintu pun nampak muka orang indon lagi. Kat Mana2 di Malaysia ni dah macam negara indonesia pulak. Jenayah pun banyak dari orang2 seberang jugak. Apa lagi yang takde kat Malaysia berkenaan indonesia?? Rasa macam duduk kat indon dah walau masih ada kat negara sendiri.

Sang Lekit ada buat entri berkenaan si Julia Perez yang kutuk drama melayu tu.. Tup tup dalam celah tu datang satu komen ber slang indon yang menggunakan identiti Anonymous. Kalau komen anonymous ni memang tak payah tacing sangat.. Kalau nama Anonymous yang mengutuk tak payah kesah sangat sebab dah terang2 nampak jenis penakut. Berani bersuara celah ketiak mak jer tapi komen Anonymous yang satu ni moga penggiat seni tempatan tak kira la artis, penerbit, pengarah, stesen tv, stesen radio atau kawasan kawasan sewaktu dengannya ambil pot. Harus rasa maruah anda di pijak2. Nak tau apa komen Anon Indon ni jom tengok

Well... (rujukan kat entri ni : JANGAN KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA)
Siapa yang angkat sinetron2, lagu2 & bintang2 indonesia kalau bukan korang?? Korang tu siapa?? sendiri mau ingat sampai orang indon anggap kat Malaysia ni dah takde manusia berbakat. Kita yang menombor satukan bakat mereka jadi jangan salahkan depa kalau depa rasa produk seni kita tak berkualiti & hasil seni depa lebih hebat walaupun kita ada hasil tangan yang hebat2. Sebab apa depa tak berapa pandang.. sebab kat indon sana depa tak megah2 dengan produk luar sana sangat kot berbanding kita kat sini (kalau ada pun berapa kerat sangat artis kita yang di kenali kat sana, kan??? filem jauh sekali apatah lagi drama). Jadi renung2 kan lah yer..


CERITA HANTU TERLALU BANYAK BUAT CIKGU PENING KEPALA

Kita sedia maklum kan kat tv, pawagam or kat mana - mana sekarang ni penggiat filem/drama/telemovie semuanya berebut - rebut nak buat kisah hantu/seram bagai ni. Kat tv dah hampir tiap - tiap hari ada drama bersiri seram ni. Budak - budak la paling ghairah nak tengok.. tak terkecuali, kakak budak, abang budak, mak & bapak budak pun turut join sekaki.

Pengaruh cerita seram ni bukan sikit.. kalau tak, takkan stesen tv berebut rebut tayang cerita seram ni kan?? Sebab ada sambutan la dorang tayangkan tapi tahukah korang kesannya pada cikgu di sekolah. Kenapa Sang Lekit highlight cikgu & sekolah?? Alkisahnya bermula dari...


Tu rungutan dari salah seorang cikgu merangkap kawan satu sekolah sang lekit dulu. Mana tak pening kepala cikgu kalau nak pergi tandas dalam satu masa sampai 10 orang dengan alasan takut hantu. Rasanya stesen televisyen Malaysia or penapisan filem Malaysia ni kena kaji balik la tentang lambakkan filem/drama seram yang di tayangkan. Nampaknya ia membawa kesan negatif kepada golongan kanak - kanak & juga pelajar. Kenapa semua ni berlaku..??

Sebab kalau dah terlalu banyak di dedahkan dengan cerita - cerita seram.. pemikiran dorang tak banyak sikit pun terpengaruh juga. Memang tak di nafikan kewujudan jin, syaitan & iblis ni tapi dengan lambakkan filem/drama seram yang di tayangkan tu seolah - olah mengangkat hantu/pontianak/jin/polong & bagai ni sebagai satu makhluk yang amat di takuti sehingga kita terlupa tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.

Rasanya Malaysia patut kurangkan tayangan filem/drama seram ni bagi tidak memberi kesan negatif pada kanak - kanak & pelajar. Dah tu sebab terlampau banyak.. filem/drama seram ni semakin tak berkualiti pula. Sampai dah takde idea nak buat cerita tapi tetap nak buat tu. Macam filem Ratu the movie. Totally filem sampah yang hanya menyemak panggung (lekit tengok kat youtube jer.. nasib baik kat youtube kalau kat panggung dosa maki hamun je dapat). Ikhlas komen sang lekit. Walau bukan filem hantu tapi temanya tetap suspen & seram. Boleh tahan la kalau nak tengok hantu kak limah balik rumah tapi bagi sang lekit filem tu pun belum cukup mantap untuk di katakan filem terbaik walau dah jadi fanemona salah satu watak dalam filem tu iatu usop wilcha.

Wah pada penggiat seni jangan marah Sang Lekit pulak.. ni cuma pandangan peribadi seorang penonton. kekekekeke


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com