Showing posts with label soalan hari raya. Show all posts

CARA YANG ANDA TAK PERNAH TERFIKIR UNTUK BUAT BAGI MENGELAK DARI JAWAB SOALAN BILA NAK KAHWIN

CARA YANG ANDA TAK PERNAH TERFIKIR UNTUK BUAT BAGI MENGELAK DARI JAWAB SOALAN BILA NAK KAHWIN. Soalan keramat.. soalan puaka.. soalan cepumas.. soalan menyakitkan hati.. apa lagi gelaran yang di berikan pada soalan bila nak kawen ni. Ramai yang bujang cukup rimas bila orang kerap tanya soalan ni. Sekarang ni bukan golongan makcik makcik je suka jadi kaknam.. Hat muda mudi pun sama naik. Nak2 lagi yang dah kahwin atau kawen muda. Jadi macam satu benda wajib pulak tanya kat orang belum kawen soalan2 macam ni.


Soalan bila nak kawen ni pernah jadi isu besar jugak tau.. Sebab soalan ni dia jadi macam pembuka bicara kepada adegan sindir menyindir & adegan merendah rendahkan orang. Aku pun pernah melalui situasi macam tu sebelum kawen dulu tapi maybe sebab aku jenis selamba badak aku tak rasa soalan tu jadi satu masalah pun pada aku. Jawapan aku memang sempoi jer.. muka huduh, takde orang nak. Memang la akan ada jawapan balas.. Jual mahal bla.. bla.. dot com dot my tapi statement2 selepas tu selalunya aku tak berapa layan dah kecuali melampau2 la. Contoh bila aku jawab muka tak lawa, tak ada orang berkenan.. dia mula bukan cerita anak2 dia semua ringan jodoh, kawen awal bla.. bla.. bagai. Time tu nak buat dia sedar diri kau cakap je.. Untung la anak makcik semua lawa cutting model muka retis. Berebut rebut orang nak. Confirm yang paham maksud tersirat sentap sampai ke tulang sum sum.

Tu cara aku la.. Sebab aku malas nak semakkan kepala otak dengan isu remeh soalan bila nak kawen. Biarlah depa nak tanya pun.. Tapi sekarang aku dah 7 tahun pun kawen. Soalan lain pulak la yang di tanya. Macam biasa aku masih bersikap rilex padang kota katanya.. Tanyalah aku jawab straight to the point. Contoh pasal anak.. Simple. Aku tak planning pun nak beranak banyak banyak. Kalau depa kata rugi muda2 tak beranak banyak.. Tanya balik aku beranak depa mau ka mai tolong jaga, tolong bagi duit belanja & tolong urus anak aku? Kalau rasa tak sanggup.. Tak payah nak banyak soal sangat. Rahim aku suka hati aku la nak mengandung sekali ke dua kali ke.

Tapi tak semua orang macam aku ye dak.. Yang jenis tanya je pasal kawen terus sentap sampai terbelit usus perut.. menangis belakang pintu bagai jangan risau.. Ahkak boleh bantu bagi tips paling sempoi untuk hangpa pratikkan nanti. Terutama masa raya la.. Antara soalan popular makcik2 bawang. Nak tau macam mana nak elak dari kena jawab soalan bila nak kawen meh baca kat sini >> Malas nak layan soalan yang sama setiap kali balik raya? Cuba 5 tips ni, confirm lepas! << Memang superb la taktik ni. Confirm raya 2017 menjadi raya paling heaven bagi golongan bujang hehehehe

Moral of the story.. tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. So selamat mencuba.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com