Showing posts with label campak. Show all posts

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK  LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI. Lama kan aku tak bertukar jadi cik minah gebu dapur sekangkang kera ni kan.. Bukan tak memasak kadang2 mood malas nak ambil gambar masakan.. Kadang2 masakan yang dah ada aku share resepi kat blog takkan nak tulis 2 kali resepi yang sama kan.. Nak2 lagi sekarang sibuk dengan In Law sakit bagai.. Cuma minggu ni rehat sekejab dua tiga hari dari berulang alik ke hospital cuma kirim makan kat suami je hantar kat Mak mertua.


Hari ni sebab nampak ada santan & serai dalam peti ais.. Ada ikan kembong. Kalau tak masak ikan & santan tu rosak kan.. Nak masak kari macam tekak tak rasa nak makan jer.. Jadi marilah kita melemak cili apikan dia.. Sebab malas nak kekedai.. so bahan bahan yang aku guna apa yang ada dalam rumah jer.. Antara bahan bahannya adalah..

Ikan Kembong
Santan
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Asam keping
Cili Padi
Kunyit hidup (kalau tak ada guna kunyit serbuk)

Cara nak memasak dia jangan terkejut ok.. Ni kategori kau campak2 jadi je. Memang senang sangat.

Mula2 blend/kisar Bawang Besar, Bawang Putih.Halia,Cili Padi,kunyit hidup & serai. Serai tu ada orang suka ketuk2 jer.. Tapi aku suka blend halus nanti kuah dia lebih pekat & sedap.. Yang tu terpulang pada pilihan masing2.

Lepas dah blender halus semua bahan.. Letak kuali masukkan bahan blend/kisar tadi bersama asam keping. Kalau ada daun kunyit boleh simpul campak jer dalam kuali tapi sebab aku tak ada stok jadi aku tak masukkan. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan. Biar dia masak sekejab masukkan ikan. Masak sampai ikan masak tutup api. Dah siap..

Masak lemak cili api ikan kembong

Walaupun simple percayalah sedap ok! Yang suka makan pedas boleh lebihkan cili api. Memang berasap telinga masa makan. hehehehe...

Jadi pada yang baru belajar masak atau penghuni rumah bujang nak jimat kos boleh la mencuba masak lemak cili api ikan kembong ni.

PENGUATKUASA CAMPAK BARANG JUALAN PENJAJA MURUKU

PENGUATKUASA CAMPAK BARANG JUALAN PENJAJA MURUKU. baca tajuk entri kita pun mula la maki hamun penguatkuasa sebab kita dah terdidik di laman sosial semua kakitangan kerajaan, badan beruniform, penguatkuasa,polis, askar, tentara, menteri, kabinet dapur bagai semua jahat2 & kejam. Memang yang kerja dengan kerajaan nak2 penguatkuasa ni memang level syaiton nirrojim katanya...

gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bawak mengucap 2 kalimah syahadah wahai umat alam maya... Manatau tengah marah sangat, sedap dok maki hamun tetiba kena serangan jantung terus Innalillahiwainnalillahirojiun. Bila otak kita ni dah setting.. kerajaan adalah UMNO. UMNO adalah parti politik paling bangsat dalam Malaysia maka kita akan mendidik hati kita membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan 'Kerajaan' sedangkan.. yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan tu cuma manusia. hakikatnya kakitangan kerajaan ni bukan semua pun sokong UMNO. Secara logiknya... Takkan semua yang bekerja dengan kerajaan tu jahat Na'uzubillah. Bukan 10 atau 20 orang malah.. banyak. Tak terkira dengan bulu kaki & tangan banyaknya. Jadi dalam ramai ramai tu.. ada bermacam perangai, sikap, sifat & perwatakkan. Yang pasti bukan semua yang berkhidmat bawah kerajaan terus auto bertukar jadi iblis.

Bila kita dah mendidik hati kita membenci kerajaan atau apa saja berkaitan dengannya.. Maka inilah yang berlaku. Kita hanya mencari 1 je alasan untuk kita menghentam,melayak sehingga lumat lunyai. Bila terbaca viral pasal 1 gambar untie india bersama penguatkuasa yang memerhati barang jualan dia bertabur kat atas jalan.. dengan caption mula2 konon penguatkuasa la yang buang barang jajaan dia tu. Nak raih simpati orang ramai & meraih maki hamun haters kerajaan. Tapi apa yang sebenarnya berlaku Untie india tu sendiri yang buang barang jualan dia tanda protes sebab di tegur penguatkuasa sebab berniaga di tempat larangan.


Cerita yang sebenarnya Auntie maruku dan penguatkuasa
Auntie ni sendiri yang taburkan maruku atas jalan kononnya sebagai tanda protes. Sedangkan penguatkuasa hanya menegur elok-elok dan tidak pun bertindak kasar.-sumber Afiq KLtown-

Aku bukan penyokong tegar kerajaan.. Tapi sebagai manusia aku tak gila lagi la nak jadi taksub sampai apa yang datang dari kerajaan tu semua kejam & tak berperikemanusiaan. Depa tu manusia kot.. Apa ingat syarat jadi penguatkuasa mesti kejam macam Israel ke?? Yang pakai baju penguatkuasa bukan robot yang dah kerajaan setting tapi manusia. Ada yang masih menjalankan tugas dengan amanah, tanggungjawab & masih berperikemanusiaan walau kadang2 perikemanusiaan tu buat mereka terpaksa melanggar etika kerja. Sebab mereka masih manusia kadang2 kalah dengan perasaan simpati. Bukan semua yang jahat macam syaiton Nirrojim...

Moral of the story... Berhati2 dengan butang share anda di Facebook. Jadilah pengguna laman sosial yang bijak. Fikir guna akal bukan lutut.


AZANIS PENANGGAL PARUT LAMA DAN BARU

Penternak parut kudis,jerawat,parut demam campak,parut pembedahan atau apa saja parut kecuali parut di hati kesan luka sebab putus cinta je tak boleh. Yang lain2 spesis parut semua sila ambil perhatian entri ni. Jangan menyesal kalau korang tak baca.. Sapa suka berparut even kat bahagian tubuh yang bukan tontonan umum sekalipun. Semua orang mengimpikan kulit licin tanpa sebesar zarah pun parut lebih2 lagi tang muka la. Muka aset paling penting katanya...


Yang selama ni menjadi pengumpul parut tegar tak kira kat mana2 bahagian tubuh, muka ke badan ke kaki ke.. kat memana je la hari ni den nak kenalkan korang dengan satu serum penanggal parut. Rasanya ada yang pernah dengar produk Azanis tapi cuma tak ambil pusing jer sejauh mana keberkesanan produk ni. Aku ada tanya kawan aku sebelum dapat serum ni, ok ke? Dia kata not bad.. hilang jugak parut2 jerawat kat muka.

sebagai seorang yang berparut ni.. Excited jugak la aku nak membasmi parut dengan Azanis ni. Azanis scar serum ni lelaki perempuan boleh pakai sebab dia bersifat khunsa katanya. Mana2 jantina kulit pun boleh jer. hahaha.. Gurau jer. Kang ada yang lurus bendul salah faham pulak perumpamaan khunsa yang aku guna. Maknanya laki perempuan boleh pakai. Parut yang berusia lebih dari 10 tahun pun, Insya Allah boleh di hilangkan dengan penggunaan Azanis scar serum secara betul & consistent. Bukan untuk parut jer.. untuk masalah kulit kering, tona kulit tak sekata & mengatasi penuaan kulit.

Kesan yang korang boleh nampak lepas pakai Azanis scar serum ni selepas 30 hari tapi bergantung pada parut korang jugak. Ada cepat ada lambat tapi kena consistent la. Kalau seminggu sekali jer kau sapu.. maka kesan dia pun lambat ikut tahap kemalasan kau jugak la. Tapi aku dah try seminggu memang ada parut2 jerawat dah hilang. Maybe sebab parut agak baru dalam 3 4 bulan umur parut tu sebab seminggu pun dia dah mula nyah dari wajah seram aku ni. Sebotol Azanis scar serum ni tahan sebulan. Jangan risau produk ni mendapat kelulusan halal JAKIM.

Testimoni . Sumber google

Cara nak guna dia pun senang, just sapu secara membulat ke kawasan berparut tu. Sebaiknya guna dua kali sehari untuk mendapat kesan yang lebih cepat. Kalau parut tu masih belum kering luka, tunggu sampai luka betul2 sembuh tau baru sapu Azanis scar serum ni. Semua peringkat umur boleh guna Azanis scar serum ni. Jangan terkejut masa sapu tu dia rasa macam panas2 sikit tapi bukan la panas macam air panas, just rasa suam2 macam tu la tapi jangan risau tak menyebabkan kulit melecur ke, merah ke hapa. Sekejab jer tak sampai seminit pun.


Jadi pengumpul parut sekalian kalau minat boleh PM lelaju Emma Diana kat FB & whatsApp : 01138843062 sebab kalau beli dengan dia dapat diskaun 20%. Harga pun mampu milik, Insya Allah. Boleh jugak skodeng Instagram : emma_dianamazlan & emma_projecthouse

Moral of the story.. Jangan biarkan diri anda di selubungi PARUTTTTTTTTTTTTTTTTTTT! sekian terima kasih. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com