MAYAT BERAT SEBAB JIN MENUMPANG DALAM KERANDA
Sempat layan TV rancangan tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuknya Sakaratul Maut bahagian 2. Tertarik dengan soalan dari penonton & jawapan yang di beri ustaz (Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz) tentang ringan & berat jenazah yang di usung dalam keranda apakah ada kaitan dengan dosa & pahalanya.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Kerana ingin tahu lebih lanjut berkenaan perkara ni sang lekit pun cuba la search berkenaan perkara tersebut maka terjumpa la satu artikel ni yang juga menyatakan mayat berat atau ringan tiada kaitan dengan amalan si mati. Kita sering di dedahkan di dalam filem, drama, surat khabar dengan azab2 di terima si mati yang berkaitan dengan dosa yang di lakukan semasa hayatnya. Salah satunya jenazah menjadi berat buat kadang - kadang pemikiran kita sudah set, ringan jenazah seseorang maka dia seorang yang mulia dalam hayatnya kalau berat maka dia banyak membuat dosa semasa hayatnya sedangkan asas ini tiada dalam syarak. Untuk membaca artikel berkenaan ni sila clik DISINI. sebabnya artikel tu tak dapat sang lekit copy & paste jadi untuk penjelasan lebih terperinci korang clik la link tu yer..
Moga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat kepada kita & menambah ilmu. Sang Lekit pun sebelum ni tak tahu tentang ni. Mungkin ada juga antara kita yang di luar sana pun macam sang lekit jadi rasanya ada baiknya ia di kongsi bersama.