KISAH PENGAWAI BANK DI BURU SYAITAN LAMIA
KISAH PENGAWAI BANK DI BURU SYAITAN LAMIA. Amboi awal sungguh segmen seram serik lekat lekit bersiaran hari ni. Pepagi lagi kau dah nak memomokkan orang dengan kisah hantu bagai kan. yelah.. kesian ada orang suka baca kisah seram tapi takut so dia pilih waktu siang la nak mentelaah cerita seram. Orang penakut ni kadang2 tengok magic macam ni >> Juara Silap Mata Dunia Bongkar Trick Paling Mudah Buat Magic << pun dia dah rasa takut apatah lagi tengok cerita seram, kan? Jadi sekali sekala segmen seram serik lekat lekit berkumandang awal sikit apa salahnya, kan?Bulan ni memang bulan berpesta dengan filem seram kat tv9 & ntv7. Hari ahad je pukul 10 tv9 akan tayang filem seram tak sempat nak habis cerita kat tv9.. ntv7 pulak akan tayang filem seram pada pukul 11. Sepanjang oktober setiap minggu memang ada filem seram.
Semalam memula tengok la jugak sekejab kat tv9 filem seram korea berkonsepkan dokumentari The Haunted House Project. Serius aku memang tak berapa mampu layan filem dokumentari seram ni. Aku rasa serabut dengan shoot yang tunggang langgang. Almaklum la nak bagi nampak benda tu rakaman sebenar kan. Tapi layan jugak la sejam kisah group paranormal yang menyiasat aktiviti paranormal yang berlaku kat sebuah bangunan lama. Lepas tu pukul 11 tukar channel ntv7 layan Drag me to hell. Ni filem rasanya 6 tahun lepas kot. Tapi walau dah lama & dah banyak kali rasanya tayang kat tv tetap mampu feel seram bila tengok. Maybe kena dengan taste seram aku kot hahaha.
Kisahnya seorang pengawai bank cantik yang di datangi perempuan gipsy tua yang hodoh lagi comot nak minta bantuan supaya rumahnya tidak di rampas oleh pihak bank. Tapi pegawai bank tu tak dapat nak tolong sebab bos dia tak approve permohonan wanita tua tu. Akibat marah perempuan tua tu mewarisikan pegawai bank ni dengan satu sumpahan. Dia pun tak sedar dia terterima sumpahan tu melalui satu butang baju. Alah.. kalau orang melayu ni macam wariskan saka la.
Sumpahan tu adalah perjanjian dengan syaitan yang bernama lamia. Perempuan tu akan mati dalam masa 3 hari & roh dia akan menjadi makanan pada lamia. Macam2 la perempuan ni cuba buat untuk menamatkan sumpahan dia tapi malangnya ending cerita ni dia tak mampu nak wariskan sumpahan tu pada orang lain & dia mati. Jalan cerita dia dari starting sampai ending memang buat anda terpacak macam di salut gel rambut Gasby katanya. Selagi tak habis selagi tu rasa tak nak bangun dari depan tv kecuali nak terberak atau kencing je. Hahahaha. effect2 seram dalam filem ni ok aku mengaku kadang2 bergegar jugak jantung.
Filem ni aku tak ada koleksi DVD sebab filem lama kan. dah selalu sangat tayang kat TV. Jadi kalau korang belum tengok boleh je cari kat online @ youtube. Filem lama Insya Allah boleh tonton secara online.
Moral of the story.. Jangan terima sesuatu yang pelik dari seseorang yang mencurigakan. Ingat kadang2 saka boleh kita warisi tanpa sedar bila kita terima sesuatu barang lebih2 lagi barang antik. Ni bukan cerita dogeng ini memang betul boleh berlaku.