INI SEBAB ANDA TAK PERLU BELI CHEESY WEDGES KFC LAGI
INI SEBAB ANDA TAK PERLU BELI CHEESY WEDGES KFC LAGI. Sapa yang suka makan cheesy wedges? Aku suka jugak.. Selalu kalau makan kat KFC la.. yelah orang tak berapa ada ada setakat KFC je la mampu makan katanya. Hahahaha... Tapi bukan la tiap - tiap minggu pun makan kat KFC. Muak beb kalau makan tiap tiap minggu melainkan laki aku je tak reti jemu makan ayam. Sekarang ni je kurang sikit dia beli KFC tu.. kalau dulu rasa macam nak menangis bila terpaksa makan kfc seminggu lebih dari sekali. hahahahaKalau korang suka makan cheesy wedges lepas baca ni entri korang dah tak perlu beli kat KFC lagi. Aku nak share resepi paling senang di muka bumi ni untuk buat sendiri cheesy wedges ni. Kau makan la sampai muntah keju katanya.. Kos nak buat sendiri of course la lebih jimat kalau di masak dalam jumlah yang banyak. Maybe untuk jamuan hari jadi kecil kecilan kat rumah ker kan.. Atau korang nak buat sebagai jualan untuk tambah sumber pendapatan sampingan pun boleh.
Kat sini untuk memudahkan korang nak buat sendiri cheesy wedges aku share tutorial melalui video kat bawah & kalau nak ambil resepi bertulis boleh ambil kat sini >> [VIDEO] Resipi Cheesy Wedges <<
Senang kan nak buat cheesy wedges sendiri? Kata kunci dia cuma RAJIN je semua pun boleh jadi ye dak? Kalau malas jangankan nak buat cheesy wedges, nak goreng telur mata pun memang tak terbuat punya. hehehehe. Apapun selamat mencuba resepi mudah ni..