AFIQ MUIZ TAK KISAH IBUNYA DI SAMAN?? IENA ANGGAP IBU AFIQ TAK SIUMAN
Meleret leret pula kes depa ni kan?? Ni la padahnya bila libatkan media dalam masalah keluarga. Benda sepatutnya tak jadi masalah besar dah jadi sebesar2 besar Malaysia. Dari berbalas kenyataan.. dah masuk kes nak saman menyaman.Memang dalam entri sebelum ni (boleh baca kat sini >> Anak derhaka Vs Ibu Derhaka) daku tak meletakkan kesalahan ni hanya pada si Afiq (selaku anak) tapi daku melihat puncanya dari mak dia & tetap bagi aku dua beranak ni ada salah depa masing masing. Tapi masing2.. atas kepala batu jugak duduk.. maka masing2 tak nak mengalah. Dalam kes ni aku juga rasa yang patut mengalah adalah si anak.. Ingat yer nak sejahat jahat ibu, syurga tetap di bawah tapak kaki ibu.
Tapi nampaknya si Afiq pun dah macam takde belas kasihan kat mak dia & menyokong pulak tindakkan makwe dia si eina tu untuk saman ibunya sendiri. Oh! Dunia... lihatlah! Dalam kes ni memang rasa nak jatuh ayaqmata jugak la kenang nasib si ibu beranak kan si anak macam tu. Dei! tambi.. yennadei?? Lupa ka wei.. sapa beranakkan hang?? Sapa susukan hang?? Sapa jaga hang sampai besaq panjang lebaq lagu la ni?? Kalau bukan mak hang.. Bukan mak makwe hang ok jauh sekali makwe hang nak tolong cuci berak hang masa kecik!! Kenang semua tu wahai anak?? tolong la kenang jasa & bakti ibu kamu walau dia ada buat silap jugak. Tapi kesilapan dia rasa terlalu kecil berbanding pengorbanan dia selama ni.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut...sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini, (Rujukan Sinar Harian Online)
Statement yang agak melampau dari Eina bagi daku la. Kalau ko dah rasa dia tak siuman, ko yang siuman nak saman orang tak siuman pehal??
Yang si Eina dah boipren pun support apa lagi.. benda kecik pun nak bawak ke mahkamah. Macam ni ke calon bini si Afiq nak pilih?? awal2 lagi dah tunjuk jalan ke neraka.. Sepatutnya eina & keluarganya eina sedarkan Afiq.. seburuk manapun ibu dia, dia tetap ibu yang tak boleh Afiq belakangi. Biar je orang cakap mak dia tak siuman.. Pedihnya hati ku yang juga seorang ibu. Hancur kecai lumat hati seorang ibu nak..
Sekarang sentiasa disisi.. esok lusa belum pasti.
Wahai Afiq.. mohon ampun la kepada ummi kamu secepat mungkin takut tak sempat pulak. Yelah.. kita tak tahu nyawa kita sekarang dah sampai takat mana. Untuk eina & family.. sudah sudah la.. Yang mengalah tak semestinya kalah. Tau korang banyak duit boleh upah lawyer ter best dalam Malaysia tapi lebih nampak tinggi darjat korang sekeluarga kalau sudi maafkan ibu si Afiq & tolong bimbing budak tu untuk jadi anak yang soleh & jangan ajar dia membelakangi keluarga. Masalah keluarga Afiq ni cuma boleh selesai bila Afiq balik rumah & berbincang dengan keluarga dia bukan Afiq asyik berkepit dengan makwe & keluarga makwe dia. Jalan terbaik.. Afiq balik la rumah. Minta maaf kat mak & selesaikan secara baik. Tak kesian ke kalau mak kalah kes.. tak dapat bayar saman.. kena penjara ke hapa ke.. tak kesian ker??
Moral of the story.. sebenarnya benda ni takkan jadi besar kalau takde campur tangan pihak media. Kesilapan bagi daku tetap berpunca dari mereka sendiri. Bila dah jadi isu yang semua orang pun dah tahu.. kena ada salah satu pihak yang mengalah untuk jernihkan keadaan. Ingat.. mengalah bukan kerana salah atau kalah.. mengalah kadang2 untuk mengecapi kemenangan tapi mungkin kemenangan yang jauh tersirat bukan tersurat.