Showing posts with label bibik. Show all posts

KERANI DI MALAYSIA SAMA TARAF DENGAN BIBIK INDONESIA

Ni bukan menghina atau memandang rendah pada sesiapa atau apa2 pekerjaan yer tapi hakikatnya sekarang dah nak jadi macam tu. Cuma beza nak jadi kerani paling2 kena pandai typing surat menyurat, buat filling, koman2 kena pandai basic computer & tahu cara menjawab telefon & greeting dengan betul. Tapi kalau setakat nak jadi bibik @ orang gaji.. depa tak minta sijil sekolah apatah lagi sijil computer bagai. Cuma kau perlu mengaku reti buat kerja rumah even sebenarnya kau tak reti pun dah lulus jadi bibik.

Apa korang ingat semua bibik expert dengan kerja rumahtangga ke? Tapi yang expert mengerjakan rumahtangga orang sampai telingkup dah makin ramai. Yang berlagak pandai dari majikan pun dah semakin membiak. Tu tak cerita lagi yang rajin curi tulang, dera anak orang & caras laki orang atau caras harta benda majikan.

Bayar ribu riban dapat amah gila camni. Lambung2 anak orang hempas ke lantai lagi nangis

Tapi bukan la nak cerita yang buruk2 pasal bibik ni.. cuma tetiba kecoh satu alam maya katanya gaji bibik @ pembantu rumah indonesia bakal dia naikan sehingga RM1200. Dah sama level rate gaji kerani kat Malaysia tu. Silap2 ada tempat gaji kerani pun lagi rendah dari tu. Takkan kot kerani kat Malaysia harga sama jer dengan dengan bibik indonesia. Alahai kesiannya. Nak jadi kerani pun sekurang2nya SPM jugak tapi nak jadi bibik tak pernah kenal sekolah pun boleh.

Makin demand pulak depa sekarang. Kalau bayar mahal2 tapi perangai macam bibik kak LydiaMiza, dengan majikan pun kurang respect, kerja pun asyik nak curi tulang, hari minggu asyik nak ajak pergi Mall mau migrain majikan. Bayar mahal2 sekadar untuk menyusahkan makan hati majikan di buatnya.

Kalau ikutkan bibik ni tempat tinggal, makan semua majikan sediakan.. Bila nak up gaji lagi jadi bebanan jugak la. Dah nak kena bela makan minum bagai.. Nak kena bayar gaji mahal pulak. Kerani pun takde bos tanggung makan minum & tempat tinggal. Alahai sedih sangat Malaysia ku ooi!!

Moral of the story.. Kalau dah basic bibik sama dengan kerani makesure bibik tu sekurang2nya lulus SMP ke SMA sekolah menengah depa.. aku pun tak berapa tau sangat. At least boleh jadi cikgu tuisyen sekali kat anak2 majikan. Baru berbaloi bayar ribu riban.. ye dak? kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com