Aku sebenarnya nak gelak je baca status sultan melaka yang membalas balik status dari Saiful Nang yang tetiba petik nama dia. Yelah.. tak pepasal kan petik nama orang untuk menyindir. Lagipun Sultan Melaka (Parody Account FB) tu bukan la publick figure ke sapa.. dia just di kenali dengan status2 lucu dia jer. Aku pun enjoy baca status2 dia.
Dalam hidup ni takkan setiap masa kita nak serius keras kejung macam tiang letrik yang tak goyang langsung. Ada ketika kita kena bagi sedikit ruang untuk diri kita senyum, gelak & gembira. Tak tau la apa motif Saiful Nang nak petik nama Sultan Melaka semata2 nak menyampaikan sindiran tu pada dua ahli politik yang maybe bagi dia macam orang bodoh even dia gunakan kiasan LUCU tapi kita faham la kan.. kalau kita anggap seseorang tu lucu kita akan rasa terhibur & kita tak rasa benda tu macam annoying sangat melainkan kita guna bahasa sindiran. Cakap jer lucu padahal dia nak gambarkan orang tu seseorang yang bodoh.
Sumber dari FB Sultan Melaka
Aku sebenarnya tak berapa kenal siapa saiful nang ni yang aku tahu memang dia di kenali & nama dia menjadi sebutan cuma aku tak berapa sure apa kehebatan dia tapi yang pasti aku tau apa kelebihan sultan melaka yang hanya dengan status2 dia boleh buat aku tergelak & hilang stress. Ingat yer adik2, abang2,kakak2,makcik,pakcik sekalian.. dalam hidup ni sebagai manusia yang normal kita kena ada semua rasa ni.. saya suka, rasa sedih, nangis & ketawa. kalau takde salah satu tu berlaku dalam hidup kita agak tak normal la diri kita berbanding orang lain.
Rupanya bukan sekali Saiful Nang dok petik nama Sultan Melaka.. Patut la sultan melaka bersuara. Status ni panjang selebihnya korang baca kat sini >> SULTAN MELAKA <<
Kesimpulannya status Saiful Nang ni macam sengaja cipta permusuhan dengan orang yang tak pernah cuit dia pun. Motif kan?? maybe dia rasa annoying kot dengan lawak2 Sultan Melaka.. well kalau rasa terganggu jangan baca sebab ada orang rasa terhibur. hahahahaha
P/S : Buat status secara general la senang. Sapa makan cili dia terasa pedas. Kan??
P/S : setinggi mana pun kita belajar tapi kita kurang ilmu 'adab' tetap orang panggil kita kurang ajar jadi sia2 la segala mak nenek sijil ijazah degree PHD master bagai yang kita ada kalau kita takde adab. Peace