Showing posts with label says. Show all posts

CERITA SERAM LEKATLEKIT DALAM ARTIKEL SAYS

CERITA SERAM LEKATLEKIT DALAM ARTIKEL SAYS. Kalau biasa baca artikel2 di says.com maka tahulah kewujudan says ni. Dia ada relate juga dengan 8share sebab sebelum di wujudkan 8share semua artikel & iklan di letakkan kat page says.com. Tapi maybe depa rasa semak sangat kot tu yang depa pecahkan. Says.com cuma untuk artikel2 & 8share untuk iklan2 yang boleh menjana pendapatan.

Di pendekkan cerita.. ternampak tetiba dapat kat reffering site ada traffic masuk dari link says.com. Cuak jugak aku. Spy 8share ke hapa. Normally kalau pihak security 8share melawat blog ni mesti ada apa2 tak kena dengan perkongsian link 8share sebab tu walau traffic dari says pun aku cuak. Depa kan adik beradik. Manalah tau kan. Jadi aku tak suka sangat la buat spekulasi sendiri tanpa usul periksa. Satgi jadi fitnah pulak jenuh nak minta ampun katanya. hahahaha

maka edisi siasat pun bermula. Tak susah.. aku clik jer says.com. Kot2 ada apa2 yang best di link kan ke blog aku. Rupanya pasal cerita seram je. Depa ambil sumber cerita seram tu dari blog aku masukkan dalam artikel mereka yang bertajuk 10 Koleksi Cerita Hantu 'Urban Legend' Yang Menghantui Setiap Pelajar Di Asrama. Salah satu cerita seram kat di selitkan adalah dari blog aku la. Tak sangka pulak penulis says ni boleh sampai jugak kat blog picisan macam aku ni kan.


Walaupun pernah satu ketika dulu aku di sindir suka tulis cerita hantu tapi ada aku kesah?? hahahaha... aku tulis apa aku suka. Sebab aku memang suka cerita seram maka aku tulis la untuk semua yang suka baca. Yang tak suka tak ada sapa paksa letak pisau kat leher pun suruh hangpa clik blog aku. Kan?

Moral of the story.. terima kasih says sebab sudi bagi publisiti untuk blog lekatlekit.com ni. Kalau boleh lain kali bagi lagi hahaha.

GAMBAR BLOGGER MELAYU DALAM ARTIKEL SAYS

GAMBAR BLOGGER MELAYU DALAM ARTIKEL SAYS. Aku ni memang rajin baca artikel2 dari says sebab kadang2 ada artikel yang menarik boleh share kat blog jugak. Nak jadi blogger bukan je kena rajin menaip entri kena rajin membaca jugak. Selain mencari sumber idea menulis.. Kita kena ambil tahu jugak info, isu semasa tak kira luar & dalam negara. Nak2 lagi blogger macam aku ni.. Dalam blog aku boleh sumbat apa je isu sebab konsep aku menulis ikut suka hati aku nak tulis pasa apapun.


Tadi dok tengok2 iklan kat 8share terclik satu artikel says ni. Salah satu tips nak menulis iklan 8share korang kena rajin baca iklan tu dulu. Kalau setakat just copy link & share memang korang takkan tahu apa isi kandungan iklan tu & korang takkan dapat idea caption2 menarik untuk di tulis tentang iklan tu. So, kena rajin sikit kalau nak earning maintain 3 angka setiap bulan yer...

Bila aku clik artikel says tu awal2 lagi dah keluar gambar sekumpulan blogger ni. 2 orang jer blogger yang aku kenal & ada dalam friendlist aku. Wah... bukan calang2 blogger boleh masuk dalam artikel says ni. hebat la mereka mereka itu. Jadi aku hulurkan dahi untuk dapatkan autograf dari depa... hahahaha

Tahniah la pada kumpulan blogger melayu ni...  Depa ni blogger yang aktif join aktiviti @ event luar berkaitan blogger jadi tak pelik la tetiba nampak muka depa terselit kat mana2 artikel, majalah, atau keluar TV. Blogger retis katakan... mesti Bro Framestone suka ni. hahahaha. Kalau hangpa nak tengok artikel says yang mana ada muka blogger lesung pipit dua ketol ni meh tengok kat sini >> 9 Fun Things You Need To Check Off Your To-Do List And Experience This August <<

Moral of the story.. Pi main2 kat kidzania pun boleh masuk artikel portal popular.. Ok aku pun nak pi main2 kat kidzania jugak la. hahahaha

AWAS DENGAN 13 PERKARA NI KETIKA PERGI MELANCONG

Dah dekat2 hujung tahun, cuti sekolah pun tak lama lagi mesti ramai dah rancang percutian kan? Yang kaya raya tu maybe ada niat nak bercuti jauh sikit katanya.. Jadi meh sini den nak share sikit info untuk mengelakkan anda jadi mangsa orang2 jahat bila pergi bercuti...


Kat sini ada 13 jenis penjahat yang tak nampak seperti penjahat yang perlu korang hati hati..

1. Penjual gelang persahabatan yang kebiasaannya anda akan jumpa di Paris,Rom,Barcelona & kaherah
- Taktik dorang sangat simple, mereka akan datang pada anda kemudian memakaikan gelang tersebut ke tangan anda & kemudian minta anda bayar sambil mengambil kesempatan menyeluk saku anda. Hati hati.. dia cari income 2 dalam satu.

2. Penghibur Jalanan yang kebiasannya banyak terdapat di Paris, Perancis dan London, England. 
- Taktik mereka adalah mereka akan membuat persembahan silap mata sambil ahli kumpulan mereka yang lain menyamar sebagai pelancong yang menonton untuk menarik perhatian anda untuk turut sama menyaksikan persembahan mereka. Bila anda asyik menonton persembahan mereka waktu tu mereka mula mengambil kesempatan menyeluk saku/beg anda.

3. Pemuzik Jalanan di New York City dan Los Angeles, Amerika Syarikat.
- Taktik mereka, Seorang lelaki yang peramah akan mendekati anda & meminta anda untuk mendengar muziknya sebelum memberi CD seolah olah ianya percuma kepada anda. Dia akan cuba memberi tahu betapa menarik muziknya bila anda menerima CD daripadanya dia akan memaksa anda membayar dan sekiranya anda enggan membayar mereka akan mengugut anda.

4. Menyamar sebagai Pengedar Pil Khayal @ Dadah, Koh Phangan, Thailand
- Kebanyakkannya di lakukan oleh Pemandu teksi atau tuk tuk menawarkan korang pil khayal atau dadah. Selalunya orang yang ke sana untuk tujuan berhibur menjadi target mereka. Apabila anda membeli dari mereka akan datang seseorang yang menyamar sebagai polis yang kononnya akan menangkap anda yang melakukan kesalahan meminta wang denda untuk mengelakkan di penjara.

5. Pemandu Teksi Pelancong yang biasanya terdapat di Las Vegas, Amerika Syarikat.
- Kebiasannya bila sampai di airport anda pemandu teksi yang akan menyambut anda & membawa beg2 anda masuk ke dalam bonet teksi. Apabila sampai di destinasi anda dia akan berpura2 terburu buru sambil mengeluarkan barang2 anda & cepat beredar tanpa anda sedari dia telah membawa lari salah satu beg yang paling kecil milik anda.

6. Penjual Peta yang biasanya di Eropah
- Taktik mereka simple. Datang kepada anda menawarkan peta sambil menunjukkan peta  hampir dengan muka anda sambil menyeluk saku anda.

7. Wanita Penggoda di Athens, Greece.
- Target dia selalunya lelaki yang melancong seorang diri. Dia akan hampiri anda dengan cara bermain mata dan menawarkan anda ke ke pusat2 hiburan bersamanya.. dan sekiranya anda bersetuju pada selepas berhibur dengannya dia, anda terpaksa membayar bill yang sangat tinggi

8.  Taktik Kamera Rosak yang boleh di jumpai di mana2 saja seluruh dunia
- Taktik mereka akan berpura pura minta anda tolong mengambil gambar kumpulan mereka dengan kamera mereka yang rosak. Bila anda menyerahkan kembali kamera tersebut mereka akan menuduh anda merosakkan kemudian menuntut ganti rugi daripada anda.

9. Panggilan Palsu Dari kaunter Depan Hotel ini jugak boleh berlaku di mana mana saja
- Mereka akan menghubungi bilik hotel anda & menyamar sebagai petugas di kaunter hadapan. Berpura2 seperti ada masalah & minta anda memberi butir2 kad kredit anda. Selalu panggilan yang di buat mereka adalah waktu tengah malam kerana kebiasaanya waktu itu pelanggan tidak akan turut kebawah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka cuba adakan.

10. Menu Takeaway Palsu kebiasannya berlaku di Amerika Syarikat 
- Mereka akan menghantar menu2  dengan cara menyelit di bawah pintu bilik hotel anda untuk memudahkan anda memesan makanan sekiranya anda malas untuk keluar. Setelah anda memesan bukan sahaja makanan tidak sampai tapi selepas mereka memproses maklumat kad anda akan sampai penyata bank yang mengejutkan.

11. Menyamar sebagai pelajar yang ingin belajar Bahasa Englis kebiasannya di Shanghai dan Beijing, China. 
- Lebih kurang wataknya sama macam perempuan penggoda cuma taktiknya berbeza sikit. Gadis2 ini akan datang pada anda meminta anda mengajar mereka bahasa Inggeris. Selepas tu akan mengajak anda makan bersama mereka di cafe sebagai tanda terima kasih & anda akan di kenakan caj yang tinggi selepas tu & gadis itu akan menghilangkan diri.

12. Money Changer penipu yang banyak terdapat di Bali Indonesia
- Mereka akan menawarkan padan pelancong dengan tawaran penukaran mata wang yang menarik.. bila anda meletakkan wang di atas meja kaunter dengan secepat mungkin mereka akan mencuri sedikit wang pertukaran anda tanpa anda sedari.

13. Pemandu teksi mengenakan caj berlebihan katanya kat Malaysia banyak camtu.
- Seperti kita sedia maklum kat memana jer pun pemandu teksi selalu mengambil kesempatan pada pelancong bukan je kat Malaysia. Mereka akan kenakan tambang yang tinggi atau mengambil laluan yang jauh untuk meningkatkan jumlah earning pada meter mereka. 

So, pada anda yang merancang percutian keluar negara moga info ni dapat membantu anda supaya tak jadi mangsa penyeluk saku atau penipuan lain.

P/S : Sumber dari Says tapi artikel asal dalam english. Poning jugak den nak translatekan ke bahasa melayu. Rupanya tak senang jugak nak buat entri copypaste. Erkk copypaste ke ni?? Rasanya tak copy paste sangat la.. kena menaip jugak dari awal hingga titik yang terakhir. 

PERBUATAN YANG TAK SENONOH TAPI KREATIF

Manusia ni kadang - kadang nak cipta kelainan sampai jadi pelik. Kadang2 perbuatan tu sampai di luar manusia normal terfikir nak buat. Tapi tak semua perbuatan pelik tu tak elok ada jugak memberi inspirasi pada orang lain untuk buat even nampak tak senonoh atau kelakar.

Ni aku dapat dari Says. 10 perbuatan yang bagi aku kreatif tapi tak berapa senonoh sikit la. Meh kita tengok..

1. Ikat belon pada kura kura supaya senang nak jejak dia kalau lepas berkeliaran dalam rumah


2. Jadikan troli sebagai grill untuk memanggang. Hahahaha. serius yang ni tak senonoh tapi kreatif


3. Letak botol berisi batu depan pintu rumah bagi mengantikan fungsi loceng rumah. Orang datang goncang je botol tu. Ok jugak tu.


4. Yang ni totally memang tak senonoh langsung. Panggang sosej guna penyapu/penyakar sampah besi. Hak tuih punya idea. hahahaha


5. Nak senang bangun pagi bila jam loceng bunyi.. try letak paku payung dekat button untuk tutup bunyi loceng jam tu. Confirm takde 5 minit.. 5 minit dah. Bangun terus. Hahahaha


6. Ni aku tak tau idea bodoh sapa. Letak ubat gigi dalam makanan untuk memastikan nafas sentiasa segar.


7. Sebagai penganti Handfree.. Jimat tak payah beli ikat je tel ada dengan getah kat telinga. Idea lapuk dah ni.


8. Ni kalau time2 emergency tengah2 jalan lampu kereta rosak boleh jugak guna pakai. Boleh guna lampu suluh untuk temporary.


9. Ni tahap bakhil ni kalau buat. Beli pisau cukur tapi batang dia tak beli. Guna garpu plastik pengantik batang pisau cukur tu.


10. Kalau takde tempat nak parut keju buat camni pun boleh. Tak kisah la benda apa janji dia ada permukaan berlubang2 camni. hahahaha


Memang tak berapa senonoh perbuatannya tapi kadang2 time terdesak boleh jugak guna idea2 ni kan? tapi kalau sesaja nak buat tu..mungkin tidak. hahahaha

Sumber : Says


DENGAN 8SHARE SETIAP BULAN BOLEH CASHOUT

Dah lama nak share benda ni.. mungkin juga dah ramai yang tahu & join tapi tak mustahil ada yang belum tahu & ada yang tahu tapi belum join sebab belum tahu sejauh mana ia mampu & berkesan dalam mencari pendapatan sampingan.

Jom sang lekit share sikit.. sang lekit memang tak nak share la kalau tak cuba & tak nikmati sendiri hasil dari sesuatu tu. Kang cakap je gempak alih2 takde apa - apa pun tak guna jugak. Memandangkan sang lekit dah join benda ni dah dekat 2 bulan lebih kurang, nampak hasil & rasa lebih berhasil berbanding nuffnang & chrup chrup yang sang lekit pernah sign up tu.

Kalau dengan Nuffnang tu.. harapkan BE je kalau nak duit masyuk lebih. Kalau dulu meriah jugak dengan BE & bila dapat BE.. iklan BE pun selalu jenguk blog tapi sekarang nak dapat BE tak senang macam dulu.. kalau adapun dia bagi BE.. alahai segan2 je nak jenguk blog kita ni jadi bila BE ada tapi iklan BE jarang2 muncul maka earning tu pun malu2 siput sedut sikit la nak bertambah. Yang pelik kalau dulu traffic blog takde la serancak sekarang.. banyak & selalu pulak dapat BE tapi sekarang bila blog ni pun Alhamdulillah banyak jugak la orang views & baca tapi BE pulak yang malu2 nak menyinggah. Kalau dia singgah pun duduk diam2 je dalam rumah, tak nak muncul2 kat blog. Takpelah mungkin rezeki dengan nuffnang setakat tu untuk masa sekarang.

Jadi bagi yang agak kecewa dengan nuffnang.. Yang rasa rugi jugak dok online tapi tak buat apa2 yang boleh dapat duit boleh join benda alah ni. Konsep dia sama jugak macam chrup2 tapi entah kenapa sang lekit rasa dengan says ni lebih mudah nak menabung. Walau 1 clik di bayar 20sen tapi senang sikit kot nak menarik perhatian orang untuk clik. Yang penting rajin, usaha & kreatif je. Sama la dengan apa2 jenis iklan yang memerlukan kita share.

Cashout pertama pun sang lekit dah dapat selepas lebih kurang sebulan join 8share. Bukan cashout RM50 tau.. Ratus2 jugak la hasil sebulan tu. Boleh la.. untuk pertama kali cuba. Untuk yang kedua ni Insya Allah button cashout akan di tekan pada hujung bulan dec. Cepatkan tabung 8share ni.

Jadi pada mereka2 yang mata mula berpinau dengan $ boleh la sign up kat sini >> 8SHARE <<. Free je sign up jangan risau. Op's tak semestinya yang ada blog jer.. yang takde blog pun boleh asalkan ada acc Facebook atau twitter jer atau sewaktu dengannya. Pada yang masih ragu2 takut status pada keahlian Nuffnang bertukar.. ketahuilah wahai pembaca sekalian, iklan 8share ini berbentuk share bukan banner macam Nuffnang jadi share iklan 8share sedikit pun tak menganggu status Glitterati Nuffnang korang.

Cara nak dapatkan earning senang sangat.. Lepas sign up kat SINI  tengok kat paparan atas tu clik SPECIAL.. kat dalam tu ada iklan yang kena share. Clik je kat iklan tu nanti keluar la lin url iklan, korang copy & paste la kat memana korang suka.. status FB ke, twitter ke..

Tutorial ringkas untuk korang share iklan special 8share

Sebahagian earning untuk hari ni (22.12.12). walau 20sen je 1 clik tak bermakna tak boleh dapat ribu riban. Terpulang pada usaha sendiri la.

P/S : Ni bukan entri menunjuk tapi entri berkongsi . moga takde yang salah faham. Peace


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com