Showing posts with label roslina shaharuddin. Show all posts

HATI HATI DENGAN BLOGGER NI KATANYA...

Blogger ni kerja dia takde lain.. cari kelemahan, kesilapan & kesalahan orang jer kemudian up kat blog bajet dia gud gud sangat. Hati hati la dengan dia jangan sampai hangpa pulak jadi mangsa dia.. mulut dia lazer.. Ramai orang yang tak suka. Dah la penulisan macam novelis murahan. Ramai yang suruh aku boikot.. ramai yang suruh aku berhati hati dengan dia... bla.. bla... jahat.. bla.. bla.. mulut puaka.. bla.. bla..

Sumber google

Itulah kata kata pernah aku terima. Tapi.. ada ku kesah sangat? Aku ni banyak tulis pasal isu2 semasa tapi bukan copypaste berita. Aku lebih suka mengopek sesatu isu dari sudut pandangan peribadi aku sendiri. Isu2 tu tak semestinya keluar akhbar jer.. tak kira la apa2 isu yang menarik perhatian aku untuk aku kupas kupis.. aku tulis je kat blog tapi bukan semua pun  nak memburukkan orang. Salah satu pasal isu Kak Roslina Shaharuddin yang di tuduh menghina surirumah sebenarnya hanya salah faham. Aku ada tulis pasal tu kat entri ni Penjelasan Roslina Shaharuddin 

Maybe kak Roslina terbaca blog aku dia ada PM aku kat Facebook memberi penjelasan yang lebih terperinci sebab yang screenshoot perbualan dia dengan seseorang tu katanya bukan penjelasaan & masih ada yang tak faham & bagi komen negatif so dia jelaskan pada aku supaya aku boleh tolong sebarkan.

 Apa yang aku faham kak Roslina hanya menulis balik penghinaan yang dia terima dalam komen yang menjadi viral tu menyebabkan salah faham berlaku sebab memang pedas sangat ayat dia. Korang boleh rujuk entri ni Penjelasan Roslina Shaharuddin

Hope yang mana masih salah faham dengan kak Roslina Shaharuddin ni jelas dengan sejelas jelasnya & bagi mereka yang anggap aku blogger yang hanya reti tulis buruk orang pun jelas jugak la kan. Yang buruk aku cakap buruk.. yang baik aku cakap baik.. Yang tak betul aku cakap tak betul. Sapa2 yang rasa perlukan aku untuk membetulkan keadaan.. nak2 lagi yang jadi mangsa viral atas salah faham pun boleh je kalau nak aku up dalam blog tepian longkang ni. Aku tak minta bayaran pun. Janji cukup bukti... Simple.

P/S : Even sipolan yang cakap tu sorang dua.. namun tetap perkataan ramai di gunakan untuk menunjukkan betapa ramainya orang tak suka den. Takpe den faham tu namanya strategik menjatuhkan orang. hahahahaha
 *Kak roslina entri tu tak boleh saya padam nanti orang jadi tak faham cerita so saya link kan entri tu jer dari sini supaya orang yang tak faham nanti dia boleh rujuk semula. Sebab tu saya tulis semula penjelasan akak*


PENJELASAN ROSLINA SHAHARUDDIN TENTANG KOMEN HINA SURIRUMAH

Zaman media sosial ni semua pun pakai taip takde nada yang ada cuma ayat yang boleh jadi macam2 maksud. Kadang2 maksud kita lain tapi cara penyampaian kita salah maka jadi salah faha, Yelah.. takde bernada la katakan. Nak2 lagi ayat2 sindiran ni.. Bukan semua orang paham ia cuma satu sindiran. Kadang2 orang paham apa yang tertulis tu je


Macam tu jugak yang berlaku pada akak sorang ni yang komen dia semakin jadi viral sebab katanya menghina surirumah.. Rupanya akak ni pun seorang suri rumah apa yang dia komen cuma macam nak sindir orang2 yang pernah ucapkan kata2 macam tu kat dia hanya kerana dia surirumah




 Kita terima yang psoitif sudah la. Hentikan menyebar salah faham ni.

Kesian pulak.. den pun tersalah paham jugak mula2. Yelah tak tau hujung pangkal tetiba orang sebar screenshoot komen dia yang agak pedas jugak la bila kita baca nak2 kita ni surirumah kan.

Moral of the story.. Berhati hati nak menulis di laman sosial ni.. kalau nak perli @ sarcasm ni makesure orang faham benda tu satu sindiran sebab kalau berlaku salah faham akan berlaku la perkara perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri. Yer Allah tahu niat kita tapi kita kena jugak protect diri sendiri. Moga jadi pengajaran pada kita semua yang bersosial di laman sosial


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com