Showing posts with label lelaki sasa. Show all posts

HUKUM LELAKI MEMAKAI PAKAIAN KETAT & MENUNJUK OTOT

Lelaki kalau cakap bab aurat perempuan khatam sungguh.. sana sini dia nampak silap. Tapi dia lupa pulak nak study aurat dia. Mungkin ada sesetengah lelaki rasa dia lelaki &i dia tak payah pakai tudung.. takde benjolan2 kat badan.. pakai apappun ok je, kan?? Walhal kita semua tahu lelaki pun ada auratnya jugak.

Pinjam dari blog : Pakar Cinta
Sebenarnya ramai lelaki tak sedar cara berpakaian dorang selama ni salah dari sudut agama dan Salah satu pakaian lelaki yang tak menepati syariat adalah.. Mengenakan pakaian nipis dan ketat. Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.  Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.   (Untuk info penuh tentang kesalahan lelaki dalam berpakaian clik kat SINI )

Wahai lelaki walaupun lelaki tak wajib pakai kopiah/songkok/sarban macam perempuan pakai tudung tapi ketahuilah.. dalam kaum lelaki yang asyik menyindir/perli pasal perempuan tak tutup aurat ni apakata ambil masa sekejab je belek pakaian yang melekat kat badan korang. Tengok dari hujung kaki sampai hujung kepala.. dah sempurna ke aurat tu tertutup??

Entri bukan la serangan balas pada kaum lelaki yang asyik point aurat perempuan jer tapi sekadar perkongsian ilmu hasil dari berguru dengan google. Apa salahnya ilmu yang secubit ni di kongsi untuk memberi manafaat pada yang membaca. Jadi kaum adam jangan la terasa entri ni menyindir lak kalau terkena batang hidung. Anggaplah ia satu kebetulan jer yer...

Sekadar peringatan : Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa seperti gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com