Showing posts with label bihun. Show all posts

RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA

RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA. Mesti ada mencebik.. Alah. Bihun goreng pun nak share resepi. Aku sambil pejam mata je pun boleh masak... Bukan sambil pejam mata jer sambil berzumba pun aku boleh masak. yer.. yer.. chef2 sekalian memang bihun goreng bagi hangpa semua macam goreng telur mata jer tapi bagi orang yang baru belajar masak bihun goreng pun depa rasa macam nak masak kari kepala ikan punya payahnya. Jangan ingat remeh bagi kita remeh jugak bagi semua orang. Masak nasi pun ada orang separuh abad hidup pun masih tak tahu jadi tak mustahil ramai kat luar sana tak reti goreng bihun.

Resepi bihun goreng kering segera ni (nama harus gempak ok!) memang sesuai sangat untuk pelajar2 yang menyewa atau geng2 bujang. Sebab apa kalau duduk asrama ni mana boleh masak ye dak. Sebab sesuai sangat untuk budak2 ipt ni adalah kerana bahan bahan dia senang nak dapat. Tak payah nak blend cili bagai. Beli je yang instant. Sebab tu aku namakan bihun goreng kering segera sebab guna bahan2 segera je. hehehe

Ni rupa packaging cili giling puteri. Boleh jugak guna untuk masak sambal tumis atau apa2 masakan berasaskan cili. Bagi aku ni jenama Puteri lebih sedap berbanding jenama lain yang kebanyakkan terlebih masam cili dia. Kalau malas2 nak blend cili boleh guna cili giling segera ni

Bahan bahan dia..
Cili giling puteri. Boleh beli je kat kedai. Kenapa cili giling puteri? sebab cili dia cukup rasa pedas & tak over sangat masam sesetengah cili giling segera jenama lain.
Sos cili
Kicap manis & kicap masin
Ayam/Udang/Sayur (yang tu ikut suka la)
Fish cake & fish ball (ni pun ikut suka la nak masuk boleh taknak pun takpe)
Bawang merah & bawang putih
minyak masak
Bihun

Cara nak buat dia
Rendam bihun dalam air panas sekejab bagi lembut. Sekejab jer jangan lama2 nanti lembik.
Bancuh cili giling dengan kicap manis & masin & sos cili. Buat macam pes.
Aku suka goreng dulu ayam bagi masak. kemudian dah masak angkat dulu.
Tumiskan bawang merah & putih. Dah naik bau baru masukkan cili. Masak sekejab baru masuk udang,fish cake, fish ball & ayam yang dah goreng tadi. Tak payah masak lama2 cili tu sebab dia memang dah masak. Agak - bahan mentah tu dah masak baru masukkan bihun yang di celur lembut tadi. gaul rata. masukkan sayur. Masak sekejab agak2 sayur dah masak. Boleh la di hidang. Untuk buat bihun kering jangan letak banyak minyak.


Senang tak?? Senang jer sebenarnya. Kadang2 sebab kita tak pernah cuba masak kita rasa macam susah sangat padahal sambil goyang inul pun boleh masak. Jadi pada adik2 yang baru berkenalan dengan bakal mertua tu boleh la pratikkan masak bihun koreng kering segera ni. Bukan apa kalau berminyak sangat tak elok nak jamu kat mertua yang dah tua. Nanti kolestrol tinggi katanya. hahaha

Bagi yang ada housemate yang kaki makan boleh la korang try masak masakan yang korang belum expert atau tak pernah masak. Sebab spesis kaki makan macam ni sedap ke tak sedap kadang2 dia belasah jer asal bukan racun sudah. So tak membazir kalau resepi korang tu kurang menjadi. Hahahaha. Tapi kalau tetiba depa jadi kurang makan atau bersikap pelik terhadap makanan korang kena tahu itu dorang sebenarnya sedang bagitahu korang sesuatu. Nak tahu meh baca kat sini >> Yang Ada Kawan Kaki Makan Kena faham Jika kawan Anda Buat Perangai macam ni <<

Aku share resepi simple2 jer sebab aku tau dah banyak orang share resepi berat2 yang kadang2 budak2 baru belajar masak ni rasa tak confident nak buat. Kena belajar masak yang simple2, belajar matching rasa & bahan baru la belajar masak masakan berat2.

INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA

INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA.  Apa yang rare sangat setakat karipap tu kan?? Karipap je kot. Yelah.. memang la karipap ye tapi karipap ni aku confirm ramai yang tak pernah cuba lagi termasuk aku. Sebab tu aku kata rare. Benda yang tak banyak orang buat lagi kategori rare la kan. Bukan karipap angin hokay! Tu tak rare tu namanya karipap putar alam shah! Sebab menipu je kerjanya. Ni karipap bukan karipap menipu dengan inti angin hokay. Nak tahu teruskan pembacaan sehingga ke noktah terakhir.

Gambar karipap lawa ni google je ni. Bukan aku punya. Pinjam Jab tapi sekadar hiasan

Inilah karipap yang masih rare sebab belum di popularkan lagi. Karipap Bihun @ mee hoon pulak muncul. Gamaknya dah tak rare sangat kot makan karipap inti kentang,ayam,sardin,daging bagai tu. Setakat karipap macam tu bersepah jual kat tepi jalan & gerai2 kuih muih katanya. Ni karipap bihun @ mee hoon. Kau pernah makan? Tak pernah kan??

Karipap Bihun

Aku ni kan rajin membaca. Hari2 aku membaca & menulis. Asal aku baca je mesti dapat idea nak menulis. Pendek kata kalau aku baca je mesti aku tulis... Tadi terbaca satu artikel 10 kombinasi makanan & minuman. Macam mana di kombinasikan tu. Contoh macam karipap bihun @ mee hoon ni la. Karipap + Mee hoon @ bihun. Kita pun tak pernah terfikir nak buat karipap kombinasi dengan makanan2 lain sebelum ni selain kari daging/ayam/kentang, sardin ni kan?? Tak pernah kita rasa nak try tukar inti dia jadi nasi lemak ke,  mee goreng ke, spaghetti bolognoese ke kan padahal... boleh je. Yelah.. kadang2 kena ada seorang pencetus baru kita terfikir... Ooo... boleh rupanya gabungkan benda ni dengan benda ni. Rasa dia takde la pelik sangat. Lagipun karipap inti luar dia cuma tepung kan.. So, rasanya mudah nak padan kan inti dia dengan banyak jenis makanan. Maybe karipap durian atau karipap ais krim ke kan?? hahaha... mati la over idea aku.

Tu salah satu contoh dari 10 makanan & minuman yang telah di kahwinkan dengan makanan yang kita tak pernah terfikir rasanya boleh ngam sebelum ni. Kalau korang nak tengok apa 10 jenis makanan & minuman yang di kombinasikan boleh tengok kat sini. Mungkin memberi anda idea untuk menyediakan hidangan yang rare kat rumah. Manalah nak tau nak cuba makan ikan masin dengan strawberi pulak kan?? erkk.. macam pelik tapi memang ada tak caya tengok kat sini >> Kombinasi Menarik 10 Jenis Makanan & Minuman <<

Moral of the story.. menyediakan makanan @ minuman ni pun perlukan kreativiti jugak untuk buat menu kita sentiasa sedap & ada kelainannya. Nak2 lagi pengusaha makanan.. Inilah masa bereksperimen dengan menu2 anda.

SUP BUNJUT SYIRIK

SUP BUNJUT SYIRIK. Mesti ramai dah tengok viral pasal sup bunjut kan? Zaman sekarang ni berhati hati la nak post apapun pun. Kalau boleh sebelum membuat kenyataan berbentuk pertikaian pada sesuatu perkara atau benda tu mohon la study dulu. Takut sebab kita malas nak gunakan kemudahan yang ada ke jalan yang betul membawa kemaluan paling besar dalam hidup. Dah jadi viral ni bukan senang nak padam semua yang dah tersebar. Nak tak nak terpaksa kau hadap jugak kemaluan besar itu. hahahaha


Contoh macam kisah viral sup bunjut ni. Aduhai... maybe seumur hidup dia kali pertama dia tengok bunjut berbungkus macam tu kot. Confirm la spesis yang masuk dapur untuk makan je. lain2 dia tak ambil tahu. Ni kalau tanya halia dengan kunyit hidup pun memang tak pandai bezakan apatah lagi suruh dia pilih yang mana satu daun bawang dengan daun kucai. Tahap tak tahu dia ni memang agak parah bagi seorang manusia. hahahaha

Yang dia tau berbungkus macam tu mesti orang nak sihir. Yelah.. kan orang nak sihir selalu je bungkus benda2 dalam kain. Tapi selalunya kain kuning sebab amalan bomoh2 khurafat ni memang banyak guna kain kuning sebab guna perantaraan Jin. Tapi bukan semua berbungkus tu ada unsur2 syirik dik Ooi... Sup bunjut memang sejak azali macam tu. Memang boleh jadi syirik kalau dah di jampi serapah dengan mentera semerah padi bagai. Di seru2 jin syaitan bagai & di letakkan bahan2 kotor dengan niat untuk mensihirkan orang lain. Tu bunjut sekadar rempah ratus sup kalau ada pun di hembus selawat & Bismilillah... takde syirik kat memana pun. hahahaha

Sumber Facebook

Aduhai budak.. Tu baru nampak sup bunjut dia dah pelik gamaknya kalau dia tengok karipap bihun ni apa pun persepsi dia. yelah.. karipap bihun kan jarang sangat nak jumpa orang buat atau jual. Mesti kalau terbeli dia kecoh kat FB peniaga karipap tipu karipap inti bihun. hahahaha. Aku sendiri pun tak pernah tahu wujud karipap bihun ni. Ni sebab baca satu artikel ni >> 10 Jenis Kombinasi makanan yang Pelik Tapi Sedap << Lepas baca artikel ni jugak baru aku tau ada orang makan strawberi dengan ikan masin. tapi takde la sampai aku nak rasa benda yang pelik di mata aku tu berunsur syirik & khurafat macam budak ni. takde pulak terus nak jatuh hukum haram di makan walaupun aku rasa macam pelik je. hahahhaha.

Moral of the story.. Kadang2 yang pelik di mata kita dah biasa bagi orang lain sebab tu kita perlu siasat & cari info sebelum mengeluarkan sebarang pendapat atau pandangan terhadap sesuatu supaya kita tak nampak bodoh atau nampak ketinggalan sangat.

P/S : Arwah Ayah aku dulu pakar masak bihun sup utara. Memang bunjut dia buat sendiri. Sampai sekarang takde seorang pun anak dia mewarisi resepi bihun sup paling sedap di kedah. Tak sempat belajar. Dulu Ayah ada lebih selesa ayah masak.. sekarang teringat kesedapannya yang takkan jumpa kat mana2

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com