INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA
Gambar karipap lawa ni google je ni. Bukan aku punya. Pinjam Jab tapi sekadar hiasan |
Inilah karipap yang masih rare sebab belum di popularkan lagi. Karipap Bihun @ mee hoon pulak muncul. Gamaknya dah tak rare sangat kot makan karipap inti kentang,ayam,sardin,daging bagai tu. Setakat karipap macam tu bersepah jual kat tepi jalan & gerai2 kuih muih katanya. Ni karipap bihun @ mee hoon. Kau pernah makan? Tak pernah kan??
Karipap Bihun |
Aku ni kan rajin membaca. Hari2 aku membaca & menulis. Asal aku baca je mesti dapat idea nak menulis. Pendek kata kalau aku baca je mesti aku tulis... Tadi terbaca satu artikel 10 kombinasi makanan & minuman. Macam mana di kombinasikan tu. Contoh macam karipap bihun @ mee hoon ni la. Karipap + Mee hoon @ bihun. Kita pun tak pernah terfikir nak buat karipap kombinasi dengan makanan2 lain sebelum ni selain kari daging/ayam/kentang, sardin ni kan?? Tak pernah kita rasa nak try tukar inti dia jadi nasi lemak ke, mee goreng ke, spaghetti bolognoese ke kan padahal... boleh je. Yelah.. kadang2 kena ada seorang pencetus baru kita terfikir... Ooo... boleh rupanya gabungkan benda ni dengan benda ni. Rasa dia takde la pelik sangat. Lagipun karipap inti luar dia cuma tepung kan.. So, rasanya mudah nak padan kan inti dia dengan banyak jenis makanan. Maybe karipap durian atau karipap ais krim ke kan?? hahaha... mati la over idea aku.
Tu salah satu contoh dari 10 makanan & minuman yang telah di kahwinkan dengan makanan yang kita tak pernah terfikir rasanya boleh ngam sebelum ni. Kalau korang nak tengok apa 10 jenis makanan & minuman yang di kombinasikan boleh tengok kat sini. Mungkin memberi anda idea untuk menyediakan hidangan yang rare kat rumah. Manalah nak tau nak cuba makan ikan masin dengan strawberi pulak kan?? erkk.. macam pelik tapi memang ada tak caya tengok kat sini >> Kombinasi Menarik 10 Jenis Makanan & Minuman <<
Moral of the story.. menyediakan makanan @ minuman ni pun perlukan kreativiti jugak untuk buat menu kita sentiasa sedap & ada kelainannya. Nak2 lagi pengusaha makanan.. Inilah masa bereksperimen dengan menu2 anda.
yelah...memang lain dari yang lain..akak tak pernah jumpa lagi karipap mee ni
ReplyDeleteKFC rice wrap tu pun tak gamak nak makan..karipap mihun lg le idok
ReplyDeleteCamner rasanya yer?? Ermmm
ReplyDeletekatanya karipap ni berasal dr sabah..utk budak2 yg tak tahan pedas katanya, tp tak tau la..pakcik kawin dgn org sana tu la yg tau tu..
ReplyDeleteda pernah rasa. . mak cik kita selalu buat masa kenduri.
ReplyDeletemenarik 1st time aku tau natang ni .... natang akte ko eima... hahhaha kuih ...
ReplyDeletePebret aku ni taim d sandakan...pas gigit sket..cecah plak cili dlmnya..perghhhhhh..hahaha rasa mau buat plak ni
ReplyDeleteKalau kat Sabah,ni antra menu breakfast yg mnjadi pilihan kitaorg..x kir masa pun sbnrnya..hihi...dia kena makan dengan sambal pedas..sambal dia buat drpd lada kecik,sedikit garam dan cuka..nyamann dimakan x kira masa..
ReplyDeleteFebret niii...
ReplyDelete