Showing posts with label gombak. Show all posts

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK.  Hari jumaat malam sabtu kembali bersiaran kisah seram serik lekatlekit setelah lama menyepikan diri. Almaklum la pentulis kisah seram sekarang ni ada sedikit kemalasan untuk pergi berburu cerita cerita seram. Mood tu on of jer.. Malam ni pun malas malas rajin tapi tetiba rasa rindu bertamu di ruang hati yang kosong tak berpuaka sejak dua menjak ni.. Buat aku gigih jugak mengarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Malam ni kita cerita aku nak share satu kisah seram yang berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah agama di Gombak. Aku tak tau la berapa banyak sekolah aliran agama kat Gombak.. Yang aku tahu cuma satu. Tu pun selalu jer ternampak.. Selebihnya nanti aku interview laki aku. Untuk memastikan sekolah mana yang di maksudkan.. Kalau satu satunya sekolah aliran agama kat Gombak tu ada.. bermakna kejadian tu berlaku kat sekolah yang selalu aku nampak tu la kan..

Kisah ni berlaku kat budak ni semasa dia bersekolah kat situ. Katanya masa tu dia tingkatan 1. Kira baru melangkah ke sekolah menengah la ni. Dia duduk asrama. Walaupun jarang nak dengar kisah2 seram yang berlaku kat asrama lelaki.. Tapi tak semestinya makhluk2 ni tak berminat nak menyakat bebudak lelaki ok! Baru2 ni yang berlaku kejadian histeria beramai ramai kat sekolah di bangi pun dia pukul rata semua. Lelaki perempuan kena jugak.

Budak ni duduk asrama di tingkat 5. Kira paling atas la. Kisahnya bermula di satu malam yang sepi.. pi.. pi.. (baca dalam nada bunyi gema.. hihihi). Time tu bebudak asrama tu dah nak tidur. Dah pukul 1 pagi la katakan.. Takkan nak main dam ular lagi kan. Ada yang kena sebat dengan warden asrama pulak nanti. Katanya masa dia nak tertidur tetiba dengar bunyi ayam berkokok.. Jadah ayam berkokok tengah malam. Ayam salah setting alarm gamaknya. Lepas bunyi ayam berkokok dengar pulak bunyi macam ada something tengah cakar dinding tapi budak cuba buat tak tahu & tidur. Tapi tetap dia backup juga la dengan bacaan ayat kursi.. Bagus dik.. Kalau kau buat terlebih tahu pergi siasat bagai takut kena sorok dengan hantu pulak memalam buta.

Esok harinya dia cuba tanya dengan kengkawan dia lain samada dengar bunyi apa2 tak malam tadi tapi tak ada sesiapa dengar apa2 jadi dia ambil keputusan tak berkongsi kisah bunyi bunyian yang dia dengar malam tadi.

Kira malam pertama tu just dia warm up jer kat bebudak tu... Malam kedua bukan sorang je yang kena. Melibatkan 1 dorm pulak.  Tiba2 bekalan elektrik terputus kat dalam bilik depa ni. Dalam keadaan gelap gelita bagaikan dayang senandung... tetiba masing2 terasa macam angin bertiup kuat masuk dalam asrama mereka. Masing2 mula cuak tapi nasib baik ada seorang yang berani pergi ke kotak suis utama & on kan balik. Selepas dua minit macam tu.. Asrama mereka kembali bercahaya dengan sinaran lampu. Tapi benda tu katanya berlaku berulang kali.. sampai 3 kali jadi dalam satu malam

Malam keempat agak ganas sikit.. Salah seorang dari penghuni dorm tu kena tampar dari belakang & dia mengadu sakit. yang lain bila nampak kejadian macam tu semua jadi panik & ingat budak tu kena renjatan elektrik so depa pakat bawa kawan depa nan sorang ni keluar dari bilik menuju ke dewan. Kat dewan baru masing2 nampak terdapat kesan lebam pada leher kawan yang katanya kena tamparan misteri dari belakang tu. Masing2 jadi blur.. sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat bilik asrama mereka

Jadi 4 daripada yang ramai - ramai tu ambil keputusan untuk kembali ke dorm menyiasat. Sampai je dalam bilik masing2 nampak satu lembaga yang menyeramkan bertenggek atas kipas dalam bilik mereka. Apa lagi masing lari lintang pukang sampai ada yang tak sedar pakai selipar lain lain. Turun tangga pun main lompat jer nasib baik tak jatuh tangga. Sampai je kat dewan so di canangkan la pada yang lain apa yang depa nampak

Maka mereka sepakat semua naik ke dorm & membaca ayat kursi serta salah seorang dari mereka melaungkan azan. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali baik. Nasib baik bebudak ni dah ada asas agama. Tahu jugak la nak buat apa bila berlaku perkara perkara macam tu ye dak.. So, jadikan pengajaran yer mak bapak dia luar sana. Jangan sibuk nak anak pandai membaca sebelum 4 tahun.. terlupa nak ajar mengaji. erkk.. mengata diri sendiri ke ni? hihihi

Katanya.. itu bukan malam terakhir mereka di ganggu. Malam seterusnya sorang lagi pulak kena. Almari sebelah dia tetiba berbunyi & pintu almari terbuka sendiri. Asal asrama je mesti hantu nak main dengan pintu almari kan? Yelah tu je perabot yang ada selain katil kan.. Sebab takut dia tarik selimut sampai tutup muka tapi menatang tu tarik kaki pulak. Sampai pagi tak tidur di buatnya budak tu. Sampai sudah katanya dia tak buka mata sebab tak berani nak tengok benda yang ganggu dia malam tu walau dia tak dapat tidur.

Bila pernah jadi budak asrama.. Antara kisah yang mungkin berlaku adalah gangguan mistik macam tu.. Memang popular sangat la kan. Cuma kadang2 tak ada gangguan pun boleh rasa macam ada gangguan bila terlalu taksub dengan kisah generasi ke generasi pasal cerita seram yang berlaku di asrama. Almaklum la budak asrama memang jadi rutin kot kumpul ramai2 kemudian bukan cerita hantu.Bila dah bosan tu la kerja dorang. Lepas ni bebudak yang duduk asrama kalau bosan sangat jangan nak buat forum cerita seram sangat.. korang tukar buat benda - benda ni pulak >> Ni Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Bosan Tanpa Mengeluarkan Budget <<

Moral of the story.. jin syaitan ni bersepah. ada je kat mana mana.. So, tak mustahil dia boleh menjelma kat mana mana untuk menakutkan manusia lebih lebih kat asrama sekolah dimana ramai budak budak baru nak up acah acah dewasa.hehehehe

INILAH BUKIT BERDARAH DI MALAYSIA

INILAH BUKIT BERDARAH DI MALAYSIA. Ada ke bukit berdarah kat Malaysia? Ada tapi bukan namanya bukit berdarah tapi di istilahkan atau di umpamakan sebagai bukit berdarah. Adakah sebab ada darah yang keluar dari bukit tu mengalir macam larva gunung berapi? Apakah kisah di sebalik bukit ni berdarah? Nak tahu meh la baca... Jangan malas2 kalau nak tahu.


Bukit berdarah yang aku maksudkan adalah bukit tabur yang terletak di taman melawati, Gombak. Antara lokasi yang menjadi tempat untuk orang buat aktiviti hiking @ mendaki. Bukit tabur mula mendapat perhatian pada tahun 2006 sebab keindahan di puncak bukit tersebut. Waktu tu memang ramai jurugambar amatur mula mengambil gambar & menyebarkan di laman sosial.

Tapi sayangnya Bukit tabur banyak berlakunya kes kes kemalangan yang menyebabkan kematian pendaki yang pernah datang ke situ. Antara kes kematian yang pernah berlaku melibatkan pendaki adalah

- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

- 17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

-sumber  Bukit Tabur ‘bukit berdarah’-

Sebab tu pentingnya kita kalau nak mendaki ni pergi secara berkumpulan & dengan orang2 yang memang mempunyai kepakaran dalam aktiviti lasak macam mendaki ni. Untuk mengelak kejadian2 macam ni berlaku sebab laluan nak daki bukit tabur ni apa yang aku baca memang agak bahaya & licin. Jadi kalau korang memang peminat aktiviti lasak macam mendaki korang kena tahu 16 Groups ni supaya korang boleh melakukan aktiviti lasak korang dengan kurang risiko. Nak tahu apa 16 group tu meh tengok kat sini >> 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem <<

Moral of the story.. jangan memandai mandai kalau tak pandai sebab punca kemalangan berlaku kebanyakkan sebab kita memandai mandai kepada perkara yang kita tak arif.

AKIBAT CELUPAR DI TEMPAT BERPUAKA

Orang tua2 selalu pesan.. kalau ke tempat2 yang 'keras' katanya mulut jangan celupar. Jangan nak dok buat lawak bodoh dengan makhluk ghaib.. cakap bukan2 atau cabar macam ilmu penuh di dada. Tapi budak2 sekarang ni.. apa yang orang tua2 dulu pesan depa rasa macam satu amalan @ petua kuno yang tak relevan nak ikut lagi. Maka berlaku la perkara yang menyusahkan orang lain..

Sumber google

Begitulah yang terjadi kat 3 orang budak lelaki yang konon geng puaka X menjalankan aktiviti paranormal dengan cara bertentangan dengan amalan2 yang di petuakan oleh orang dulu dulu. Tagline depa 'kasi redah'.. Akibat celupar sangat mempertikaikan kewujudan makhluk halus kat salah satu balai polis terbiar membawa padah. Nak tau padah apa depa dapat kena tengok sendiri filem seram terbaru bertajuk Puaka Balai Gombak yang dah pun start tayangan pada 29 Januari 2015.

Sumber google

Cerita ni katanya berkonsepkan Mockumentari yang di lakokan semula oleh pelakon2 baru. Alah cerita ala2 highland tower la.. kekonon pergi buat aktiviti paranormal dengan cara rakaman tu seolah2 rakaman real & life yang takde suntingan atau editing. Takde action & cut la.. lebih kurang camtu la konsep filem ni. Aku baca review kat SINAR HARIAN katanya filem ni.. ok ok.. jer. Kira ok la tu.. Boleh jugak la try tengok. ye dak? Kalau tak tengok tak boleh komen best ke tak.
Puaka Balai Gombak

PENGARAH : Wan Mohd Hafiz Wan Hussein.
PELAKON : Hazwan As’ari, Shukri Mohd Tahir & Farhaziq.
GENRE : Seram
DURASI : 1jam 18minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 29 Jan 2015
Ok.. selain Villa Nabila.. filem ni terlist untuk koleksi DVD. Lambat atau cepat je. Misi memburu hantu akan di teruskan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com