Showing posts with label tunding jari. Show all posts

SIKAP TUNDING JARI

Semalam sang lekit ada buat satu entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR yang mengundang sedikit salah faham dari 2 3 orang blogger yang baca entri tu. Komen dorang seolah - olah nak cakap sang lekit ni tak sensitif atas kesedihan yang menimpa orang lain.


Itu pendapat dorang, sang lekit terima. Mungkin dari kelemahan penyampaian sang lekit sendiri menyebabkan apa yang sang lekit nak sampaikan tak sampai kepada 2 3 orang pengomen ni. Disini sang lekit nak jelaskan bukan lah niat sang lekit nak bertepuk tangan atas musibah yang menimpa orang lain atau mengambil kesempatan atas isu tu untuk di jadikan pelaris pada blog sang lekit. Apa yang sang lekit cuba sampaikan dalam entri tu adalah sikap suka tunding jari masyarakat kita bila terjadinya sesuatu perkara.

Masa belum berlaku, semuanya baik. Kalau tak masakan Hubungan arwah gadis yang di bunuh kejam & teman lelakinya di restui keluarga, betul tak? Kalau tak di restui masakan dorang berani keluar dengan pengetahuan keluarga. Masakan keluarga arwah menyifatkan arwah seorang anak yang mendengar kata & baik. Taknak sentuh dah pasal gadis malang tu kang jadi pertikaian lagi.

Tapi bila terjadi sesuatu yang buruk masing - masing cari kesilapan orang lain untuk di tunjuk. Mempertikaikan semua perkara yang di lakukan. Dengan cara mencari kesalahan orang lain tak menyelesaikan apa - apa masalah & takkan menghidupkan mereka yang telah mati. Apa yang sang lekit nak sampaikan dalam entri yang sebelum ni adalah.. Tak guna kita memburukkan orang lain untuk menutup kesilapan sendiri sebab benda ni akan buat yang buruk bertambah buruk.

Pihak yang mengeluarkan kenyataan & pihak yang di kecam.. kedua duanya adalah manusia, berperasaan & ada keluarga. Yang mengecam pun akan terkena tempias sebab yang membaca kenyataan mereka bukanlah budak tadika. Yag di kecam sudah tentu la mendapat malu bukan saja diri dia sendiri malah keluarga dia juga. Sudah jelas apa yang berlaku adalah dari kesilapan & kelalaian semua pihak. Yang terjadi dah pun terjadi apa yang penting kita ambil iktibar.

Sang lekit mohon maaf sekiranya entri sebelum ni & entri ni menyentuh perasaan mana - mana pihak. Bukan niat sang lekit untuk menambah kesedihan orang lain sekadar memberi pandangan peribadi dari isu semasa yang berlaku. Harap takde yang salah faham lagi.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com