EX BOYFRIEND DATO SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA
AKHIRNYA.. DATO SITI NURHALIZA DEDAHKAN WAJAH DAN NAMA ANAK KEDUA
1 DISEMBER 2020 DATO SITI NURHALIZA UMUM HAMIL LAGI
1 DISEMBER 2020 DATO SITI NURHALIZA UMUM HAMIL LAGI. ada juga terbaca spekulasi sebelum ni katanya nampak dalam gambar yang di kongsikan penyanyi nombor 1 Malaysia dato situ nurhaliza nampak baby bump. Tapi tiada kenyataan atau pengakuan dari Dato siti sebelum ni samada dia hamil atau apa kan?
Den ni baca je la. Nak kata excited sangat nak tahu samada Dato Siti mengandung atau tak.. Tak la sangat. Tapi hari ni terbaca kat Fanpage FB Dato siti yang membuat kenyataan bahawa memang dia sedang hamil 4 Bulan.. eh eh tetiba aku pulak jadi excited nak tulis kan blog. Dasar blogger bawang kan?
Apapun Tahniah Dato Siti Nurhaliza atas kehamilan anak kedua. Semoga di beri kesihatan yang baik.. sepanjang kehamilan sehinggalah di lahirkan. Semoga semuanya selamat yer Dato siti.
Si cilik Aafiyah tak lama lagi dah naik pangkat. Dapat title kakak la kan..
Dato Siti even dah cecah usia 40an.. Masih ada rezeki untuk mengandung hangpa yang masih muda tu jangan berputus asa yer. Dato siti pun dulu jenuh juga berusaha nak dapatkan si Aafiyah tu. Sesungguhnya Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk memberi kita sesuatu termasuklah zuriat ni. Perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan kita manusia. Hope bebawang yang suka dok perli & tanya orang dah lama kawen tapi tak ada anak, Insaflah yer. Tinggal sebulan lagi je nak berakhir 2020.. hope perangai cempeqa jonah tu tinggal tinggalkan lah yer.
So buat peminat Dato Siti khabar kehamilan ni mungkin hangpa happy kan.. Yelah, Aafiyah dah nampak rupa macam mana.. Yang kedua ni meh kita main teka teki pulak. Lelaki ke perempuan?? Jeng jeng jeng...
UCAPAN DATO SITI NURHALIZA SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10 TAHUN
Tadi dok scroll Instagram terserempak dengan post Dato Siti kita yang manja lagi romatik ni. Panjang lebar ucapan beliau sempena hari ulangahun perkahwinan yang ke 10 bersama Dato K. Matang sangat ucapan dia. Takde gedik2.. manja2.. tak tentu pasal macam geng2 kawen muda zaman sekarang. Almaklum la orang dah berusia & matang ni memang berbeza. Matang bukan sebab umur dah banyak tapi cara berfikir, bertindak & berkata kata jugak. Rasanya nak sweet2 depan laki sendiri sudah la tak payah nak tulis bagi 1 dunia baca ye dak. Orang tak jeles sebab ada orang lebih sweet dari hangpa tapi tak tunjuk pun sebab bukan satu keperluan atau kewajiban pun nak buat macam tu. Kot2 tak buat jatuh talak aku pun risau jugak, hehehe
Apapun selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 Dato Siti & Dato K.. Moga tahun ke 10 ni Allah kurniakan zuriat. Sama2 kita doakan buat mereka yer.. Doa yang baik untuk orang lain kita pun dapat kebaikkan bersama, ye dak. Jadi jangan kedekut sangat nak berdoa kebaikkan untuk orang lain. Kita doakan orang dapat anak mana tau kita yang ada anak banyak tak cukup budget nak beli smartphone canggih2 tetiba sebab doa kita pada orang lain tu Allah kurniakan rezeki kita dapat hadiah smartphone. Boleh la kerek sikit masa selfie ye dak. hahaha... Ops kerek boleh menjeremus kepada riak. Jadi jauhkan amalan kerek tu. hehehe
Moral of the story.. Sebuah perkahwinan itu tidak semestinya anak ramai akan bahagia, tiada anak kita kurang kasih sayang. Kebahagian sesebuah rumahtangga tu terletak kepada bagaimana kita mensyukuri nikmat yang Allah bagi dalam sesebuah perkahwinan, redha & terima qada & qadar. Insya Allah tiada isu zuriat yang boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah rumahtangga. Tak semua orang berkahwin tu akan ada anak & tak semua orang tak kahwin tak ada ada anak. ops... hehehe
DATO SITI NURHALIZA SAHKAN KANDUNGAN 2 BULAN KEGUGURAN
Takpe la Dato siti mungkin rezeki tu bukan yang terbaik lagi sebab tu Allah tarik balik. Insya Allah.. suatu hari nanti dia akan bagi yang lebih baik dari apa yang diambil. Kalau orang yang tak kuat iman ni boleh tekanan jugak. Tapi Dato Siti Nurhaliza sesungguhnya seorang insan yang sangat kuat & tenang. Dia mampu membuat kenyataan untuk perkara tu di media sosial. Kalau kita rasanya nak hadap media sosial pun dah tak ada mood.. Tu kalau aku la kan. Orang lain tak sure la. Sebab ada jenis orang dia memang tak kira dalam apa situasi pun dia suka ber sosial di laman sosial.
Walaupun keguguran, Insya Allah kasih sayang dato K takkan terkurang pada wife dia yang comel lagi lemah lembut tu. Tak payah nak test2 kat sini >> Cara Nak tahu sejauh mana anda menyanyangi & di sayangi seseorang << Dato K rasanya dah buat lebih dari itu untuk isteri tercinta. Takpe dato siti jangan sesedih yer.. Abang Misai akan sentiasa ada disisimu. hehehehe
Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat Dato Siti Nurhaliza. Semoga dia di kurniakan kebahagian & kasih sayang berpanjangan. Semoga ada rezeki Dato Siti memiliki zuriat sendiri satu hari nanti.
GAMBAR! DAH NAMPAK BABY BUMP DATO SITI NURHALIZA
Tak tau kot2 Dato Siti nak cakap penampakkan tumbesaran perut & badan dia tu sebab gemuk pulak. Tapi nampak susuk tubuh dia memang dah macam orang mengandung. Rasanya Dato Siti pun dah tak nak sembunyikan kandungan dia kot.. cuma dia tak bagi kenyataan untuk perkara tu je. Alah.. kalau memang dah mengandung sampai masa bersalin jugak kan.
![]() |
Sumber beautifulnara |
Apapun kita doakanlah yang terbaik untuk beliau. Dia nak nafikan atau mengaku tu hak dia la.. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa masih tak nak mengaku dia mengandung. Yang pasti bukan sebab tak yang baik.. Sebab mungkin untuk kebaikkan dia yang tengah mengandung. Apapun.. tu la bukti cinta Dato Siti & Dato K.
Ya Allah tak sabar pulak nak tengok anak Dato siti ni. Mesti putih gebu macam mak bapak dia jugak kan?
AHLI KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN
Mesti happy giler Siti Nurhaliza kan? Lama tu tunggu saat2 macam ni.. Orang yang tunggu kehadiran cahaya mata dalam masa yang lama je tahu perasaannya. Orang bunting pelamin bagai.. feel dia takkan sama dengan orang yang kawen bertahun tahun baru dapat merasa nikmat mengandung ni. Selama ni depa pendam je rasa sedih bila dengar khabar gembira orang nak dapat anak.. Bohonglah bagi mana2 pasangan yang dah kahwin tak rasa sekumit pun cemburu pada orang yang rezeki anak dia awal kecuali depa memang tak pernah berniat untuk ada anak.
Sumber Beautifulnara |
Nak bayangkan macam mana Dato siti lepas dapat anak nanti.. Rasanya macam jauh lagi perjalanan dia tu. Tapi adakah Dato Siti akan memewahkan anak dia macam Che Ta. emas berkepok2.. intan berlian bagai?? Hak masing2 nak besarkan anak macam mana ikut kemampuan dia. Mana boleh tegur.. satgi dia jawab duit aku, suka hati aku kita dah tak ada ayat nak reply katanya.
Apapun Dato siti nanti nak bersalin jangan lupa bawa semua barang2 ni tau termasuk telefon. Kalau dulu2 orang bersalin telefon tu tak penting tapi tidak lagi zaman sekarang. Nak tau kenapa mesti ada telefon ketika hendak bersalin meh baca ni >> 15 Barang Yang Wajib Bawa ketika hendak bersalin termasuk telefon <<
Tahniah untuk Dato Siti Nurhaliza.. Moga perjalanan mengandung tu di permudahkan sehingga hari ketibaan cahaya mata.
DATO SITI NURHALIZA BELUM BAYAR HUTANG CIKGU SHIDA?
"Lawok... ape punye jutawan melayu daaaaa... bace dato' bace... jangan tak bace :-P"
Tu bukan kenyataan dari sang lekit yer tapi kenyataan yang di keluarkan cikgu shida & fans beliau dia komen wall Fanpage cikgu shida. Bayaran apa ni cikgu shida Ooi?? Ooo.. Bayaran untuk cikgu shida yang muncul dalam rancangan Dato Siti dulu tu yer.. Bukan jer Dato Siti yang belum menjelaskan bayaran malah ramai lagi yang belum bayar pada cikgu shida ni setelah mempamirkan diri dalam rancangan atau surat khabar mereka.
Kenapa tak bayar lagi? Tak pula cikgu shida bagitau perjanjian bayaran tu macam mana dengan pihak yang berurusan dengan dia. Atau cikgu shida ni terlalu teruja nak masuk tv, masuk majalah & surat khabar sampai tak ambil tahu soal tu kot.. Jadi dia kurang faham la tempoh pembayaran tu di buat. Bila dah selesai semua baru dia terfikir semua tu kot.
Ni Sang Lekit tolong cikgu shida ni mengingatkan mereka2 yang belum bayar tu. Manalah tau blog melekit yang tak seberapa ni dapat membantu cikgu shida kutip hutang - hutang beliau dengan pihak yang pernah berurusan dengan beliau kan??
Tapi Sang lekit tertarik dengan satu statement cikgu shida berkaiatan kes ni..
komen fan dia >> eh rasa2 program2 di atas tu utk promote diri cik shidah kat public kot, so mungkin mmg xde bayaran.... x tanya ke sblm shooting itu hari cik shidah?
Jawapan cikgu shida >>BANYAK LE PROMOTE... teman promote kat YouTube teman je... deme tu yang gunekan teman daaaa... eceh... BERLAGOK LE PULOK
Wah Media gunakan cikgu shida untuk popularkan produk dorang yer. Memang la media akan cari something yang boleh di jual di samping memberi publisiti pada orang yang mampu memberi keuntungan pada mereka. Jangan la sombong sangat yer cikgu shida sampai menidakkan perananan & jasa media. kalau media tak tulis pasal telemovie yang cikgu shida berlakon tu agak2 nya ada tak orang tahu & nak tengok?? Kalau cikgu shida jadi artis pun tetap kena gunakan media. Media adalah penyumbang jatuh & bangunnya seseorang artis/selebriti tu.
Tu cuma teguran secara peribadi dari insan yang tak terkenal macam cikgu shida. Harap cikgu shida terima dengan hati yang terbuka yer.. Bukan dengan hati yang terbakar,Ok.. Jom kita tengok siapa lagi yang masih berhutang dengan cikgu shida ni..
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com