DATO SITI NURHALIZA SAHKAN KANDUNGAN 2 BULAN KEGUGURAN
Takpe la Dato siti mungkin rezeki tu bukan yang terbaik lagi sebab tu Allah tarik balik. Insya Allah.. suatu hari nanti dia akan bagi yang lebih baik dari apa yang diambil. Kalau orang yang tak kuat iman ni boleh tekanan jugak. Tapi Dato Siti Nurhaliza sesungguhnya seorang insan yang sangat kuat & tenang. Dia mampu membuat kenyataan untuk perkara tu di media sosial. Kalau kita rasanya nak hadap media sosial pun dah tak ada mood.. Tu kalau aku la kan. Orang lain tak sure la. Sebab ada jenis orang dia memang tak kira dalam apa situasi pun dia suka ber sosial di laman sosial.
Walaupun keguguran, Insya Allah kasih sayang dato K takkan terkurang pada wife dia yang comel lagi lemah lembut tu. Tak payah nak test2 kat sini >> Cara Nak tahu sejauh mana anda menyanyangi & di sayangi seseorang << Dato K rasanya dah buat lebih dari itu untuk isteri tercinta. Takpe dato siti jangan sesedih yer.. Abang Misai akan sentiasa ada disisimu. hehehehe
Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat Dato Siti Nurhaliza. Semoga dia di kurniakan kebahagian & kasih sayang berpanjangan. Semoga ada rezeki Dato Siti memiliki zuriat sendiri satu hari nanti.
Salam takziah buat Dato' Siti..
ReplyDeleteRezeki sementara singgah 2 bulan di rahim dato siti tu..
InshaAllah akan dikurniakan rezeki yg baru..
sedihnye..:(
ReplyDeleteKesian Dato Siti. Padanlah dia tak mahu mengiya atau menidakkan pun bila berita tersebar. Memang respek dengan Dato Siti ni sebab pandai menangani isu semasa. Takdalah cepat melenting dan memaki hamun peminat bila tak suka.
ReplyDeleteTakpalah, manalah tahu lepas ni Allah nak beri rezeki zuriat buat diva pujaan ni. Mana tau hilang satu, dapat 2,3 lagi pada masa mendatangkan. Kita doakan yang baik-baik ajelah untuk mereka.