Showing posts with label Nabila huda. Show all posts

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA. Nabila Huda antara pelakon yang berbakat walau masa mula2 kemunculan dia di dunia lakonan agak kayu jugak. Tapi boleh nampak improvement dia dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ni tak siapa boleh kata Nabila Huda tak pandai berlakon. Bagi apa saja watak, Insya Allah tak mengecewakan langsung.


Semua orang rasanya tahu nabila huda ni anak kepada Penyanyi & Vokalis Otai Search, Amy. Cuma bakat dia tidak dalam bidang nyanyian macam bapak dia.. Dia terarah ke bidang lakonan.

Semalam jadi viral juga satu screenshot di mana pelakon Nabila Huda sekolahkan seorang Agent or maybe seller satu jenama produk kecantikkan untuk putihkan kulit. Nabila Huda ni kulit dia tak macam bapak dia Amy Search, putih. Nabila Huda ni mempunyai kulit yang sawo matang tapi nampaknya Nabila huda tak berminat untuk menjadi 'Orang Putih'. Dia lebih bangga dengan kulit asalnya.. Nabila Huda sejenis manusia yang suka berjemur macam mat saleh. Mustahil la dia suka nak cloroxkan kulit dia sampai jadi putih gebu macam Emma Maembong. Emma Maembong memang gen dia putih melepak..

Tetiba kau datang IG orang menumpang iklan percuma mendapat la. Nabila Huda bukan jer sekolahkan dia tentang bahaya produk pemutihan kulit untuk jangka masa panjang malah bagitau dia kulit orang melayu ni la kulit paling cantik pada pandangan mata orang luar negara.


Orang luar rasa kulit kita cantik.. Dah kenapa pulak orang melayu tetiba nak jadi mat saleh pulak kan. Setiap bangsa & etnik tu ada la identiti dia tersendiri.. Tak perlu sangat la kau nak jadi macam bangsa lain. Berbanggalah kau jadi orang melayu yang kulit sawo matang macam den ni.. Den dulu pun terpengaruh juga sebab yelah.. Mentaliti masa tu fikir putih tu cantik padahal cantik itu bukan di nilai dari warna kulit. Kalau putih je cantik.. Orang negro memang semua hodoh 2 lah yer takde yang cantik.

Lambakkan produk kosmetik terutama produk pemutihan kulit tak kira dalam bentuk skincare untuk di sapu pada kulit atau di ambil sebagai supplement.. Kita sendiri pun kadang2 tak tau mana ok mana yang tidak. Ikut saranan doktor pakar memang kita tak perlu ambil supplement. Amalkan pemakanan & gaya hidup sihat dah cukup. Paling penting minum air putih secukupnya.. Ikut doktor rafidah tak payah nak sukat2 berapa air nak minum.. Asal cukup jer.

Dan sebab banyak sangat produk yang mencurigakan di pasaran walau berdaftar dengan KKM.. den stop sekejab ambil sebarang produk kosmetik & supplement untuk review.. nak declare stop terus tak berani la kan. Tengok juga pada produk macam skincare tu. Kalau produk yang cukup kriteria seperti berdaftar dengan KKM, ada ujian clinical atau lab test terhadap produk tu, ada RND, di keluarkan dari pihak2 yang punya tauliah dalam bidang tersebut minta den review Insya Allah.. Den ambil la review tu tempek kat blog. Kalau setakat produk tengok packaging setakat ada nama produk NOT KKM, alamat pengilang pun takde.. Malas la dulu. NOT KKM tu bukan jaminan selamat pun.. Yang menentukan selamat atau tau adalah ujian clinical atau lab test terhadap produk tersebut. tengok berapa lama depa buat RND pada produk tu sebelum di pasarkan.

Kesimpulannya.. Hapuskan mentaliti putih itu cantik. Kecantikkan adalah dari badan yang sihat & insya Allah kulit pun akan cantik. Kau nak putih sampai mana kalau dah lahir coklat.

Moral of the story.. Saya dulu pun saya tak faham sangat tentang produk ni. Saya dulu ambil review & ikut je apa client minta saya nak. Saya tak faham tentang overclaim apa bagai.. Tapi bila kita dah ada info sikit sikit ni, saya cuba ubah. Yang lepas tu jadikan pengajaran.. Duit ni kalau kita kejar memang sampai bila2 kita akan terus kejar sebab kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. So, tepuk dada tanya selera.

GAMBAR! NABILA HUDA SELAMAT BERNIKAH

GAMBAR! NABILA HUDA SELAMAT BERNIKAH. Tahniah kepada pelakon berbakat besar & kontroversi pun tak kurang besar sebab dah selamat di nikahkan bersama pasangannya katanya tokei restoran yang kacak lagi terpacak. Cantik Nabila dalam busana nikah dia yang putih suci murni bagai minyak yang melalui pemeringkatan dua kali. hehehe


Walaupun dia pelakon seksi & kontroversi tapi bertudung jugak di hari pernikahan dia. Ada sesetengah retis umur dah senja nan merah pun menikah ala2 minah saleh, Bergaun kembang bagai.


Hope perkahwinan Nabila huda untuk yang kedua kali ni berkekalan hingga akhir hayat. Di kurniakan rezeki zuriat, rezeki bahagia.. Semoga ikatan perkahwinan kali ni mampu menjadikan Nabila huda insan yang lebih baik dari sebelumnya.


PELAKON NABILA HUDA & ANAKNYA KEMALANGAN

Baru terbaca kat Oh!Bulan katanya Nabila Huda kemalangan jalan raya kat karak katanya. Seram jugak bila terbaca anak dia pun ada sekali.

Untuk artikel penuh clik je Oh!Bulan

Den memang minat dengan lakonan Nabila huda ni walau den tak berapa suka dengan kehidupan sosial dia. Tapi bab berlakon dia di antara pelakon yang hebat sekarang ni yang boleh bawak macam2 watak dengan jayanya. Tak kira la watak baik atau watak Jahat. Kalau dia kurang kontroversi & perbanyakkan kain pada baju seluar @ kain dia tu rasanya lagi bagus. Dia akan lebih popular sebab dia memang antara artis yang bermula dari 0 to hero bagi den. Mula2 dia berlakon memang la ada kekayuannya tapi makin lama dia makin improve & sekarang lakonan dia memang mantap.

 Jadi sebagai peminat den harap Nabila Huda & anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Akhirkata  kurang kontroversi tingkatkan pretasi.. hati2 di jalan raya yer Nabila Huda.

Update terkini :

Difahamkan bahawa pelakon Nabila Huda dan anaknya, Keisha telah terlibat dengan sebuah kemalangan di Lebuhraya Karak sebentar tadi. Daripada apa yang dibaca di MIG Online, Keisha dilaporkan tercampak keluar daripada kereta namun hanya patah tangan sahaja. Namun begitu keadaan Nabila Huda masih belum diketahui lagi.
 Sumber Beautifulnara

P/s : Den menulis entri ni sebab den memang minat dengan lakonan Nabila Huda. Kira peminat jugak la kan walau aku pun kadang2 mengutuk dia jugak kalau ada kontroversi yang tak senonoh pasal dia atau pasal baju2 dia pakai.kekekekeke

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH.. BALASAN AYU TAK CUKUP AZAB

Drama bersiri yang di adaptasi dari novel Teduhan kasih dah abis tayangannya semalam. Penuh wall FB dengan macam2 update pasal drama tu. Ada yang cuba kondem.. ada yang emosional ada yang rasa biasa jer.. Den pun tengok juga walau banyak episod yang skip. Den ni nak kata sampai nak clik tonton.my semata2 nak tengok espisod yang ter skip tu minta maaf la yer.. Den tengok kalau sempat tengok. Tak sempat lantak ler.. Tapi dalam skip2 episod tu boleh paham lagi la jalan cerita dia.


Watak jahat paling popular dalam drama tu Ayu & kaklong. Paling otai jahat Ayu la kan.. Tapi kaklong timbalan ketua penjahat tu pun tak kurang jahat. Jahat kaklong sebab dendam lama dengan si mak si iffa yang rampas laki mak dia kan?? Jadi motip dia cuma nak tengok iffa sentiasa hidup dalam kesusahan.. kalau si iffa tu senang, dia jadi tak senang hati. Berbanding dengan Ayu yang jahat tu memang dah semulajadi dalam hidup dia kot. Walau iffa tu kawan baik dia tetap dia rasa tak senang duduk kalau iffa bahagia & lebih senang dari dia. Kira Ayu punya jahat ni lebih kepada sifat dengki yang melampaui batas kemanusiaan jugak la.

Ramai yang dok cakap padan muka kaklong kena madu. Laki cari lain sebab tak pandai jaga laki. Tak ambil peduli hal rumahtangga. Kesian pulak kaklong di caci camtu. Sejahat2 kaklong la kan.. dia tak pernah terdetik nak curang dengan laki dia sepanjang episod drama tu tau. Tapi yang tak langsung di jentik atau di kutuk laki dia yang dalam diam2 pasang sorang lagi. Laki ni asal ada alasan je nak buka cawangan baru. Jahat2 kaklong dia tak curang dengan laki dia tapi laki dia tu sah2 curang dengan bini dia. Dalam kehidupan kita seharian pun kita jarang dengar cerita lelaki gantung tak bertali.. kes2 camtu selalunya perempuan jer yang kena. Tapi bila tang pompuan abai rumahtangga.. tu dia berapi mulut kita punya mencaci & memadan muka, kan??

Ending si Ayu jadi gila lepas excident tu macam tak berapa azab pula balasan dari kejahatan dia sepanjang episod drama tu bersiaran. Simple sangat la ending dia. Lepas kantoi.. dia keluar jalan kat parking park lepas tu kena langgar.. Kalau gila dia dah tak feel derita.. Cuba buat lepas excident dia jadi cacat anggota ker.. muka jadi buruk ker.. nampak azab & menderita la sikit. Baru puas hati penonton tengok watak ayu tu terima balasan, kan?? Biar dia rasa derita macam mana dia pernah buat orang lain menderita, kan?? hahahahaha.. tu dia nampak sangat tak puas hati dengan watak ayu tu.

Itulah komen den yang sempat jugak tengok episod akhir Teduhan kasih. Moral of the story bagi keseluruhan cerita ni adalah bermula dari mak si Iffa seorang GRO yang rampas laki orang punca dendam kaklong & mak dia.. Bila mak si iffa meninggal iffa tempat dorang untuk lepaskan segala dendam & kemarahan. Jadi.. pada si bujang2 di luar sana tak kira anak dara mahupun mak janda.. Ingat!! Jauhi dari suami orang kecuali kalau suami orang itu memiliki isteri yang hati sebaik baik wanita yang rela,redha & ikhlas di madukan. Tapi bukan laki saya.. sebab saya tak berapa baik kalau bab nak share2 ni suami. Peace!!!


  ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com