![]() |
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa.
Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.
Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:
1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA).
2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.
Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.
Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan.
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.
Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la.