Showing posts with label tate. Show all posts

JOM TENGOK BEDAK TANAKA YANG MURAH DENGAN YANG MAHAL

Setelah aku kaji2 baru aku tau ada bedak tanaka yang mahal & ada yang murah. Yang mahal tu label Nora Danish.. Yang murah bawah label shwe pyi nann mana yang ada kat bekas dia tulis bahasa myamar.

Akibat ramai yang ambil kesempatan bila Nora Danish mengeluarkan bedak Tanaka untuk pasaran tempatan dengan nama T.A.T.E ni dengan menjual bedak tanaka yang bukan dari label Nora Danish dengan harga yang sama macam Nora Danish punya produk maka Pihak Nora Danish dah tukar packaging dia supaya tak nampak sama.

Jom kita tengok bedak tanaka yang label Nora Danish yang berharga RM40++ dengan bedak tanaka label mymar yang harga sebenarnya tak sampai RM10 pun tapi di jual kat online harga sama dengan yang label Nora Danish supaya korang semua tak terpedaya.

Tengok betul2 ni bedak tanaka bawah label Nora Danish pack lama punya.Harga dia memang RM40
Yang packaging macam ni kalau ada orang jual RM40++ sila jangan beli. Ni kat luar rega dia ada yang kata RM5 pun boleh dapat. Apa2 hal pun rega dia memang bawah RM10 je

Ni kalau tak silap Packaging baru dengan formula baru jugak. Rega dia memang RM40++. Bawah label Nora Danish.

Jadi pada penggemar bedak tanaka @ Tate ni sila periksa betul2 sebelum membeli. Jangan terbeli barang RM10 dengan harga 3 kali ganda sudah. Pada peniaga sila jangan ambil kesempatan untuk kaut untung atas angin yer.. Tak baik. menipu tu dosa.


P/S : Den tak sure samada Nora Danish ambil produk yang sama & tukar label saja atau bedak bawah label Danish ni formula dia berlainan dengan produk bawah label shwe pyi nann ni yang pasti harga bawah label Danish ni memang takde RM10 kebawah.. semua RM40++ tapi yang label shwe pyi nann ni korang kena hati2 sebab ada yang jual RM40 walhal harga kat luar bawah RM10

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BEDAK TANAKA TIADA KELULUSAN KKM??

Bab ni aku memula pun tertanya tanya jugak kan?? Yelah.. kewujudan bedak Tanaka kat Malaysia ni sebenarnya dah lama tapi pengguna di kalangan rakyat malaysia ni masa tu tak berapa meluas. Cuma orang2 mymar yang kerja buruh2 kasar je pakai. Standard retis2 mymar tak pernah pulak pakai.. Myamar2 yang golongan ada - ada pun tak pernah nampak jugak depa tempek bedak tanaka ni.

Cuma setelah gambar Nora Danish menempek bedak tanaka tersebar maka ramailah manusia berpusu2 cuba membeli bedak tanaka ni. Rega tak payah cakap la.. macam2 rega ada. Dari rega RM15 hinggalah ke RM40 pun ada orang jual walhal bedak ni kalau kat luar boleh dapat tak sampai RM10 pun seunit.

Bab rega.. tu tak kisah la. Yang sanggup bayar mahal tu suka hati la duit depa kan?? Tapi bedak tanaka ni ada kelulusan dari KKM ker?? sebab ada terbaca dari status hamba Allah ni yang profilenya tertulis salah seorang staff di KKM yang mengatakan produk ni tiada kelulusan KKM.


Sumber dari FB pemilik status

Sang Lekit pun tak berani nak sahkan produk ni samada ada kelulusan ataupun tak tapi orang yang pernah beli & sedang menjual rasanya kena alert la bab ni. Bila keluar cerita2 macam ni pengguna akan rasa was was untuk gunakannya. Yelah.. kang ambil stok banyak tetiba orang dah taknak beli kan rugi. Jadi bila kita ada maklumat lengkap pasal produk yang kita jual lebih2 lagi status halal & selamat yang di sahkan oleh mereka2 yang berwajib kan mengurangkan risiko. Jadi pada peniaga tanaka ni jangan sentap ok.. kalau ada info, bukti atau apa2 yang boleh korang share.. bagitau kalau nak tempek kat entri blog melekit ni. den boleh je tolong sebarkan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com