MENCARI ISTERI YANG CANTIK ATAU MENCARI KECANTIKKAN ISTERI
Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana?Sang Lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni.
Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik?
Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu buruk rupa parasnya, tapi bab memasak memang cantik. Takde la asyik baca menu kat luar jer kalau nak makan sedap2.
Setiap manusia yang di jadikan ada cantik & buruknya. Mungkin buruk dari rupa parasnya, tapi cantik dari budi pekertinya. Mungkin cantik rupa parasnya tapi buruk sikapnya. Bukan takde yang pakej, cantik luar & dalam. Ada.. Tapi tak semua orang bertuah dapat pakej macam tu. Nak pakej macam tu kena tengok juga pakej yang ada pada diri anda. Kalau dah muka pecah, kerja pun malas.. Nak pakej cantik2 ni, tolong tunjal dahi sendiri & cakap dalam keadaan yang sedar.. " Kau siapa nak demand2?!"