Showing posts with label rumah banglo. Show all posts

BANGLO PENGUSAHA DODOL DI KELANTAN DI KATAKAN MACAM TOKONG

BANGLO PENGUSAHA DODOL DI KELANTAN DI KATAKAN MACAM TOKONG. Semalam Page THR Gegar ada kongsi satu banglo mewah milik pengusaha dodol & serunding terkenal di kelantan. Macam macam komen boleh baca ada yang puji & tak kurang ramai yang macam nak bagitau tak cantik, design berserabut & paling rasa tak berapa sedap nak dengar katanya banglo mewah tu seakan akan menyerupai rumah ibadat kaum lain. Rumah orang melayu Islam tak silap pengusaha dodol & serunding ni.. Jadi kalau nampak macam rumah ibadat kaum lain memang tak berapa elok la kan.


Aku tak nak la komen sangat walau dari pandangan mata kasar aku kalau pandang seimbas lalu memang nampak macam tu.. Yelah, sekarang ni kalau kau komen yang ada unsur2 mengkritik melibatkan orang kaya auto akan di cop dengki. Kalau nak komen kena puji sampai ke langit ke tujuh.. bukan je tak di cop dengki malah tak di tuduh mengampu pun walau pada pandangan mata kau sebenarnya nampak buruk giler.


Kita tak tau pemilik banglo mewah ni dapat Inspirasi dari mana masa nak buat & cat banglo dia ni. Memang meriah karipapusing la rumah dia. Design dia bagi aku sarat sikit.. Tak berapa kena la dengan taste aku. Sebab aku suka design rumah2 papan jenis lama. Macam rumah minangkabau atau rumah2 yang selalu aku nampak kat perkampungan daerah bota, perak. Memang cantik giler. Tapi zaman sekarang kalau nak buat rumah papan yang cantik macam tu rasanya lagi mahal dari rumah batu. Jadi berumah dalam mimpi je la buat masa ni. hahahaha


Selain di katakan macam rumah ibadat kaum lain.. Ramai jugak berpendapatan design rumah ni agak berserabut. Tapi ramai jugak mengakui pemilik rumah ni sangat baik, peramah & tak sombong. Bagus la.. bersifat macam padi. Makin tunduk bila berisi. Tang rumah tu.. Masing2 ada citarasa sendiri. Tak cantik bagi kita tak semestinya tak cantik bagi orang lain jugak kan. So, kesimpulannya.. citarasa kita berbeza.

Moral of the story.. Cakap lebih2 pun tak guna sebab mesti ada yang akan jawab. Dia punya duit dia punya suka la nak buat apapun..  kan? hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com