Showing posts with label memberi. Show all posts

JANGAN MENYESAL KALAU TAK TAHU APA ADA DI SEBALIK SARAPAN

JANGAN MENYESAL KALAU TAK TAHU APA ADA DI SEBALIK SARAPAN. Aku masa kerja memang jarang skip sarapan ni. Kalau tak makan kat opis.. Kalau awal mesti singgah makan kat mana2 kedai atau restoran. Masa office kat Ara Damansara ada satu restoran tu memang hari2 aku & asben makan. Sampai muka aku dengan laki aku familiar sangat dengan akak2 yang kerja kat situ. Sampai resign aku dah tak pernah jejak kaki kat situ.

Sapa punya breakfast  lah ni.. Rasa tak lepas nak telan. hahaha

Tapi sejak jadi surirumah ni asyik skip sarapan je. Tak pun aku just minum jer masa pagi. Ikut perut la.. Kalau malam tu banyak makan.. Pagi tu selalu aku skip je sarapan sebab kenyang. Almaklum la.. Kerjaya sebagai surirumah ni.. Nak makan time bila pun suka hati la. Kalau kerja tu dok buat suka hati makan ikut timing sendiri.. Tak lama la tu.

Ramai sebenarnya suka skip sarapan. Depa suka pakejkan sekali dengan makan tenghari. Almaklum la pagi.. Kadang2 tak sempat nak sarapan dah masuk tenghari. Bagi yang suka tak ambil sarapan pagi elok la hangpa baca ni sebelum menyesal >> 4 Perkara Yang akan menyebabkan Orang Tak Ambil Sarapan Pagi Akan Menyesal <<

Lepas hope ramai yang ada kesedaran. Sarapan pagi ni selain bagus untuk kesihatan dia bagus jugak sebab akan buat orang bangun awal. Kalau bangun matahari dah terpacak atas kepala tu dah tak nama sarapan dah.. Jadi dengan mempratikkan diri ambil sarapan bukan je dapat mengurangkan risiko serangan jantung malah mendisiplinkan manusia supaya rajin bangun awal pagi. hehehehe

Moral of the story... Ok esok mula skip makan malam untuk membiasakan diri bersarapan... ye ye je kan? hahahahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com