ISU NORA DANISH,FASHA SANDHA & JEJAI TAK PERLU PANASKAN
Kesian kan?? dah nama retis ni.. Benda yang dah jadi abu pun orang nak sensasikan lagi even perkara tu dah pernah jadi kontroversi & hot isu tapi bila ada je point cerita tu boleh di hangatkan kembali mesti ada yang akan ambil kesempatan mendidihkan benda yang dah jadi sejuk beku. Yelah.. nak buat macam mana cerita retis ni memang ada value. Even kita tak suka pun bila keluar tajuk hot & spicy tetap kita nak baca, ye dak??Kenapa nak jadi batu api pada mereka yang dah berbaik |
Aduhai... Benda ni dah lama kot. depa semua pun dah berbaik. Yang hangpa nak korek cerita nak bagi panas tu pasaipa? Nak bagi depa kembali bermasam muka ka? Semua orang buat silap.. kita pun ada kesilapan tapi bila kesilapan tu di perbetulkan dengan masing masing berdamai & memaafkan sesama sendiri apa nak kecoh lagi. Masing2 pun dah ada kehidupan sendiri yang bahagia. Abis dah takdak isu ka hangpa nak pancing pembaca??
Kadang2 sebab kita yang mensensasikan isu yang sebenarnya dah lama mereka lupa mungkin bakal buat hubungan yang baik antara mereka kembali renggang. Sebab tu retis ramai bercerai.. kadang2 kerana penulisan pihak media yang membesarkan isu kecik. Orang gaduh laki bini pun depa nak kalut cerita satu Malaysia.. Macam la depa tak pernah gaduh laki bini. Gamaknya dengan memecah belahkan hubungan orang pihak media (tak kira media elektronik atau media cetak atau wartawan blog) memberi keuntungan besar pada depa kot sebab tu depa suka sangat membesarkan isu kecik.
Moral of the story.. Isunya cuma peminat tegur fasha sandha kat Instagram katanya kat IG family jejai katanya banyak gambar dengan nora tapi takde gambar dengan fasha.. Isu dia kecik jer tetiba sampai melarat kisah cerai berai bagai. Yang salah orang yang mensensasikan cerita tu kalau takde orang sensasikan isu tu confirm takde jadi kontroversi.
P/s : Simpati la sikit pada Ibu mengandung fasha sandha tu.. Emosi dia mempengaruhi anak dalam kandungan jugak.