Showing posts with label payudara. Show all posts

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU. Kecoh la bila satu keratan akhbar tersebar kes seorang ibu yang baru bersalin.. Katanya tertekan sebab tak mampu susukan anak terus terjun dari tingkat 26 rumah dia. Maka jadilah pendebatan hangat antara ibu yang obses dengan breastfeeding & ibu yang tak ada rezeki susukan anak dengan susu badan. Kes wanita tersebut mungkin bukan sebab tak mampu menyusukan anak jer.. Mungkin banyak sebab lain tapi tak mustahil itu jugak jadi salah satu faktor yang menyebabkan dia jadi tekanan.


Kalau buat status kat FB ramai yang akan salah faham dengan statement aku. Terus terang aku seorang ibu yang di berikan rezeki menyusu badan anak aku. Masa anak aku lahir susu aku melimpah ruah tanpa milk booster pun. Sampai kena pump keluar jugak sebab jadi bengkak susu. Tapi boleh cari mana2 post aku.. Insya Allah tak ada aku post gambar hasil memerah aku tu. Sebab aku rasa tak perlu kot aku nak tunjuk hasil perahan dengan alasan nak berkongsi ilmu & info tentang kebaikkan susu ibu. Tu cara aku.. Aku dulu nak breastfeeding anak aku pun kalau kat luar aku sedaya upaya cari tempat paling privacy kalau takde pilihan baru la aku menyusu anak aku tempat awam. Bukan cara aku nak rasa bangga tak tentu pasal sebab aku mampu bagi anak aku susu badan. Patut aku lebih rasa bangga dalam tubuh kenit, kecik yang orang selalu fikir tak mampu beranak bagai.. mampu menyusukan anak dengan susu Anugerah Allah yang bukan semua orang dapat. Tapi itu bukan cara aku nak berlagak tak tentu pasal. Aku tetap rasa segan walau di beri kelebihan ini.

Semua wanita ada payudara tapi bukan semua perempuan mampu memiliki susu setelah melahirkan anak. Jadi susu ibu bukan pilihan tapi ia berkaitan dengan rezeki jugak. Ada orang memang tak ada rezeki susu ibu & ada orang tak ada rezeki nak menyusu anak dia sebab masalah kesihatan & sebagainya. Aku bukan anti ibu2 yang breastfeeding malah aku sokong mereka yang berusaha menyampaikan info tentang kelebihan & kebaikkan susu ibu tapi ingat cara kita tu jangan sampai jadi riak & bongkak. Merendah rendahkan orang yang tak mampu. Jangan over show off yang kalau boleh tetek kau yang bengkak susu pun kau nak tunjuk. Setakat ni tak jumpa lagi la macam tu tapi kalau tak di beri peringatan awal tak mustahil akan datang ibu2 breastfeeding ni jadi terbuka sampai semua dia buka. Yelah.. alasan dia nak mengalakkan penyusuan ibu katanya. Apa yang tak perlu.. tak payah share kat media sosial. Kecuali la perkara tu perlu untuk memudahkan orang lain faham ilmu yang nak kita kongsikan.

Moral of the story.. Ada orang rasa macam urban sangat bila dapat menyusu anak dia kat tempat awam atau tempat terbuka sebab tu dia paling excited kalau ada aktiviti2 menyusu anak beramai ramai kat tempat awam. Baru trendy katanya.. Sorry belum cukup trendy & stylo ok.

ARTIS TAYANG PAYUDARA MARAH BILA ORANG MENGATA

Sebenarnya aku bukan minat sangat isu pasal payudara orang apatah lagi payudara retis cantik ni tapi aku ada juga baca & tengok kat Galaksi TV9 isu pasal size payudara sorang retis ni yang menjadi kontroversi. Kononnnya dulu comel jer.. sekarang dah gebu sikit. Lantak la kan... Nak seciput ke.. nak segunung ke. Aku bukan obses sangat benda2 camni.

Tapi bila terjumpa status yang di tulis oleh seorang retis cantik Malaysia yang komen pasal isu payudara orang lain yang di jadikan berita sensasi, Hot & spicy ni rasa macam gatal2 jari pulak nak taip entri pasal ni. Cuba tahan diri pun tetap rasa nak jugak berucap sepatah dua kata. hahahahahaha

Sumber ROTIKAYA

Bukan la nak cerca sehingga berhujan airmata.. tapi nak cakap sikit jer. Hangpa tu retis.. kalau hangpa kentut pun orang boleh buat isu apatah lagi kalau hangpa dok mendada tunjuk size gunung susu hangpa tu of course la jadi isu. Nak2 lagi bila gunung susu hangpa tu berubah size dari S ke L.. confirm la jadi berita yang terlajak laris. So moral of the story kalau taknak orang menyibuk hangpa pun tak payah la menunjuk.. pandai2 la sorok. Jangan hangpa dok tayang semalaya bila orang cerita hangpa nak melalak.

Nak besaq ka.. nak kecikkan ka.. nak ratakan terus ke gunung hangpa tu.. tu hak hangpa takde sapa boleh halang atau larang tapi hak mata orang melihat dengan hak mulut orang bercakap hangpa kena jugak ambil kira. Jadi renung renungkan.. Selamat berfikir guna akal bukan lutut. Sekian makaseh. Peace No War!


ASYIK DIRABA, TERPAKSA KECILKAN BUAH DADA

Ada orang suka sangat menunjuk & menonjolkan buah dada.. walau dah cukup cantik size nya tetap ada yang rasa tak puas hati nak besarkan lagi agar nampak lebih menarik & jadi perhatian orang lain.

Lain pula cerita seorang gadis ni yang memiliki buah dada yang besar secara semulajadi tapi baginya jadi satu masalah pula & mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan mengecilkan buah dadanya kerana sering menjadi perhatian & mangsa raba tak kira lelaki atau perempuan yang tidak percaya ianya asli.

Bukan semua orang suka menjadi perhatian lebih - lebih perhatian yang di berikan mengundang bahaya kepada tuan empunya diri. Kalau sang lekit pun rimas.. sebab sang lekit juga tak suka orang bagi perhatian lebih - lebih. Terasa macam aneh kalau orang asyik pandang - pandang. Tu baru pandang.. kalau lebih dari pandang lagi la tak suka.

Moral dari kisah ni.. Kalau kita pandang sesuatu yang lain kat fizikal orang lain jangan la terlalu pandang sampai orang yang di pandang tu perasan diri dia di perhatikan lebih - lebih lagi kepada insan yang kekurangan sebab mungkin dengan pandangan kita tu walau kita memandang dengan rasa simpati akan di salah anggap seperti pandangan mengejek.

GEMMA WESTMORELAND selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara.

Rujukan : Kosmo

p/s : Entri ni di kupas kupis bukan la berniat menjana traffic semata2 tapi lebih kepada mengingatkan kepada semua berdasarkan dari pengalaman sendiri (bukan pengalaman kecikkan buah dada yer) yang tak suka terlalu di perhatikan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com