Showing posts with label roh. Show all posts

5 LAGU SERAM MENYERU MAKHLUK HALUS TIDAK DI GALAKKAN UNTUK DI NYANYIKAN

5 LAGU SERAM MENYERU MAKHLUK HALUS TIDAK DI GALAKKAN UNTUK DI NYANYIKAN.  Bukan sesuatu yang pelik sangat la kalau ada lagu2 di gunakan untuk menyeru makhluk2 halus ni.. Tu perkara yang sejak zaman dahulu kala lagi ada. Sebab tu kadang2 bila kita dengar orang baca mentera2 yang berunsur syirik & khurafat ni macam ada melodi.. Bukan je manusia, hantu pun boleh boleh terpukau juga ok dengan lagu. hahahaha.. Jadi tak pelik perkara tu ada kaitan dengan makhluk halus.


Dulu pernah terbaca satu lagu yang di katakan di nyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia yang dah meninggal dunia. Kononnya lagu tu di rakaman selepas di mati & rakaman tu di temui di tempat dia mati tu. Lagu tu memang agak menyeramkan sebab aku pernah dengar. lagu tu menceritakan pasal satu pontianak.. Akhir lagu tu ada suara penyanyi tu ketawa mengilai ngilai. Tu salah satu lagu yang menyeramkan pernah aku dengar. Tak tau la cerita penyanyi yang dah mati tu nyanyi betul ke tidak.. Saja je aku share nak bagi ada mood seram katanya. ahahaha

Jadi untuk lebih menaikkan mood seram meh la kita tengok carta lagu2 seram. Antara lagu lain yang di kaitkan dengan lagi menyeru syaitan atau hantu ni adalah..

Lingsir Wengi

Menurut kepercayaan sesetengah orang jawa, jika lagu ni di nyanyikan maka tunggu je la satgi Kuntilanak (Pontianak) akan datang kepada hangpa. Lagu ni juga di katakan di nyanyikan sejak turun temurun oleh orang2 jawa tapi tak ada siapa tahu siapa komposer (pencipta) lagu ni. Tak payah teka Aidit Alfian la.. Memang bukan dia. Aidit Alfiat antara lagu popular dia Kalis Rindu yang penyanyi Elyana nyanyi tu. Walaupun di kaitkan dengan perkara mistik tapi lagu ni banyak je korang boleh cari kat internet. Malah boleh download lagi.. Kalau ada nak try test power boleh la dengar & hafal kemudian nyanyi tengah2 malam. Untung datang pontianak boleh paku kemudian buat bini hahahahaha

Asereje Las Ketchup

Lagu ni pernah popular dulu. Tak kira kecik besar tua muda gemuk kurus.. Semua tahu lagu ni. Menjadi siulan muda mudi termasuk kanak kanak. Sebab lagu dia sangat catchy.. Kalau dengar mesti rasa nak hentak2 kaki hahahah... Lagu ni di katakan lagu puja setan (syaitan). Menurut info tak berapa sahih aku baca.. Lirik lagu ni kalau di terjemah dalam bahasa  Amerika Selatan & sepanyol.. ada lirik yang menyebut nama iblis. Kononnnya sapa nyanyi lagu ni akan di dekati Iblis.. Masalahnya tak nyanyi pun ramai dah manusia macam iblis jugak hahahahaha.

Malam Satu Suro

Malam satu Suro ni kalau ikut kalendar jawa.. kira macam tahun baru la. Mereka akan raikan tahun baru jawa ni selepas Maghrib sebab depa percaya hari bermula selepas matahari terbenam bukan tengah malam macam kita ni. Kita masuk pukul 12.01 minit tengah malam dah bertukar tarikh kan. Orang jawa percaya satu suro ni adalah hari keramat. Sebab tu la lagu malam satu suro di anggap mistik & boleh memanggil makhluk halus.

Nina Bobo

Ni bukan bobo si sotong yang buat video miming lagu Sayang tu yer... Jangan salah faham pulak OK! Kalau bobo made in Malaysia tu tak seram tapi gedik je lebih ahahaha. Cuma jadi seram kalau sapa terbuat bini je. hahahaha.  Ni kira macam lagu rakyat Indonesia la.. Hampir semua parents kat sana pernah nyanyikan lagu Nina Bobo ni kepada anak anak mereka. Lagu ni kisahnya bermula.. kononnya selalu di nyanyikan seorang ibu kepada anaknya yang berketurunan Indonesia - Belanda yang bernama Helenina Mustika yang susah nak tidur. Lagu ni di ciptakan oleh ibunya sendiri. Alkisahnya budak ni dah terbiasa di dodoi dengan lagu ni sebelum tidur maka setiap kali nak tidur dia kena dengar lagu ni. Budak ni mengidap penyakit kronik. So bagi menghiburkan anaknya.. si ibu menanyikan lagu Nina Bobo ni.Dijadikan kisah sedih.. si anak meninggal dunia. Tapi selepas di meninggal dunia si ibu sering dengar anaknya menangis minta di dodoikan dengan lagu tu.. Maka setiap malam si ibu akan menyanyikan lagu Nina Bobo walau anaknya dah meninggal dunia.

Malam Jelangkung

Lagu Malam Jelangkung ni di nyanyikan bila bermain sebuah permainan yang memanggil roh. Alah maybe lebih kurang macam permainan spirit of the coin tu la kot. Peralatan permainan ni menggunakan patung kayu, kertas dan pensil. Nak main permainan tu kena nyanyi lagu tu dulu. Mungkin berfungsi sebagai mentera untuk menyeru roh la kot. Tak tau la samada permainan ni betul2 boleh panggil roh.. Tapi mana ada roh orang mati balik ke dunia ye dak. Kalau yang datang tu dah tentu jin & syaitan jer. Permainan ni agak popular di Indonesia.

Kebanyakkan lagu - lagu menyeru hantu ni adalah dari negara Indonesia. Maka dengan ini Indonesia menjuari kategori lagu seram paling popular. Tahniah kepada komposer lagu2 tersebut yang tak tau ntah siapa. Walaupun lagu depa popular tapi kesian tak dapat royalti. hehehehe.

Moral of the story.. Kalau lagu2 yang ada unsur2 menyeru jin & syaitan memang tidak di galakkan di nyanyikan takut rosak akidah pulak walau sekadar suka suka pun. Alahai banyak lagi kot lagu yang best2 kau boleh nyanyi.. Takde sangat lagu nak nyanyi.. nyanyi ke lagu selimut putih. Insya Allah bukan takat seram maybe anda menggigil ketakutan & terus Insaf tak berani tinggal solat lagi. hehehehe

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI. Entah kenapa mood nak menulis kisah seram sekarang ni macam on off je.. Maybe sebab dok fikir pasal anak nak masuk sekolah tak lama lagi walau baru masuk tadika. Almaklum la kali pertama nak kena berenggang dengan anak buat seketika waktu.. Kali pertama nak lepaskan anak bawah jagaan orang lain. Gila kau tak risau.. Anak kot. Dengan macam2 kejadian sekarang ni.. Ya Allah moga lindungi anak2 kita dari orang2 jahat & sentiasa adakan bersamanya orang2 yang menyanyangi & melindungi dia.


Tapi sebab ada cerita seram baru nak share rasa bersalah pulak tak tulis dalam blog ni. Takut identiti seram jadi suram katanya maka ku gagah & gigih jugak mengarang cerita seram nan satu ni

Alkisahnya seorang peguam ni.. Dia ada kelebihan deria kedua katanya. Boleh melihat roh orang mati & karma seseorang. Nak di jadikan satu kisah dia kena handle satu kes budak bawah umur yang bawa kereta sehingga menyebabkan kemalangan maut beberapa kenderaan lain termasuk sebuah teksi. Yang lain semua mati tapi budak perempuan bawah umur selamat tanpa kecederaan parah. Almaklum la anak orang kaya.. So, boleh upah lawyer terbaik untuk menang kes dia ni. Peguam tu sebab ada sixsense katanya dapat melihat la roh2 orang yang mati masa kemalangan tu dok ikut budak perempuan ni nak balas dendam. So, dia bagitau la budak tu bahawa orang2 yang mati dalam kemalangan tu ada sentiasa dengan dia. So, budak ni yang mula tertarik dengan sikap caring peguam tu ambil kesempatan bila sentiasa minta peguam tu temankan dia dengan alasan takut

Sehinggalah berlaku satu perkara.. Dimana budak perempuan tu hampir terbunuh akibat perbuatan roh2 yang berdendam dengan dia tapi berjaya di selamatkan peguam tu. Semakin berbunga la perasaan cinta dia kat peguam tu. Pada masa yang sama peguam tu sebenarnya dah ada seorang kekasih. Sebab budak perempuan tu asyik nak peguam tu dengan dia timbul perasaan cemburu pada kekasih peguam tu. Kat situ la terbongkar satu demi satu perkara yang mistik & misteri.

Bila kekasih peguam tu mula di ganggu dengan gangguan mistik yang menyeramkan mereka terpaksa melalukan satu ritual untuk mengakhiri karma yang menyebabkan gangguan tersebut. Dari situ la mula terbongkar bahawa kekasih dia sebenarnya dah mati semasa hari berlaku kemalangan maut yang melibatkan banyak kereta yang di sebabkan budak perempuan bawah umur tu. Dalam kejadian tu kekasih pada peguam tu sedang berjalan di sebuah jambatan & ternampak sepasang pasangan pengantin tengah ambil gambar. Tak semena2 semua mereka di langgar sebuah kereta sebelum terjunam dalam sungai. Sebenarnya kematian kekasih peguam tu adalah karma dari perbuatan mereka sendiri. Dulu masa zaman belajar si peguam ni bercinta dengan kawan baik kekasih dia sekarang tapi dia curang menyebabkan si kekasih zaman belajar tu bunuh diri. Selepas kematian kekasih dia masa zaman belajar.. dia terus bersama dengan kekasih dia sekarang yang pernah menjadi orang ketiga dengan kekasih dia yang lama tu. Akibat dendam.. roh kekasih lama dia yang menyebabkan kematian kekasih dia yang sekarang. Kemalangan yang berlaku tu pun di sebabkan oleh roh kekasih lama peguam tu.

Ending cerita ni.. Peguam ni terjatuh dari bangunan ketika menyelamatkan budak perempuan bawah umur yang nak di bunuh oleh roh bekas kekasih lama dia. Masa nak selamatkan budak perempuan tu dia yang terjatuh tapi nasib baik tak mati cuma cedera. So sepanjang dia sakit budak perempuan bawah umur yang jadi kekasih baru dia yang jaga. Tapi hidup dia terus di hantui dua roh kekasih lama dia & terus di karma sampai habis cerita.

Tak tau hangpa paham tak apa aku cerita ni. Tapi itulah kisah dalam filem The second sight.. DVD filem seram Thailand yang aku beli minggu lepas. Filem ni klasifikasi 18 tapi tahap seram dia bagi aku biasa biasa je cuma klasifikasi 18 tu sebab ada adengan seksi meksi yang tak sesuai di tonton kanak kanak bawah 18 la kot. Nak kata best sangat.. boleh la layan. nak puji melambung2 tu untuk filem ni memang tak dapat la.

Gambar DVD Filem The Second Sight ni aku tak ambil guna DSLR dah macam dulu nak bagi nampak sharp & cantik.. Almaklum dah dapat sematpon baru. So, DSLR sila berehat la. 

Moral of the story.. Memang dalam kehidupan kita tak mustahil ada orang yang ada sixsense tapi bukan bermakna dia boleh lihat roh orang dah mati yer adik adik. Tu cuma dalam filem sahaja.. Yang di lihat mungkin makhluk ghaib jer. Memang takde manusia mampu melihat roh manusia lain yang dah mati. Ingat.. Tengok filem2 macam ni anggap sebagai hiburan semata mata jangan terpengaruh sehingga memesongkan kepercayaan anda.

p/s : Apapun hero filem ni hensem yang boleh buat perempuan jatuh cinta dengan watak romantik & caring dia hahaha

KISAH ROH JAHAT YANG MERASUK GADIS YANG DAH MATI

KISAH ROH JAHAT YANG MERASUK GADIS YANG DAH MATI. Kalau barat selalu menggelarkan roh jahat tapi kalau ikut kepercayaan kita orang2 Islam ni.. Roh jahat yang mereka maksudkan adalah dari golongan Jin. Kisah ni adalah tentang satu Jin yang sangat Tua & mempunyai kekuatan & kuasa yang luar biasa & kuat. Dia menjadikan jasad seorang gadis untuk mencapai impian dia untuk menguasi kehidupan manusia.


Seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan & koma. Terpaksa menggunakan alat bantuan hayat dan akhirnya meninggal dunia setelah alat bantuan hayat di hentikan. Setelah di sahkan meninggal tiba2 dia hidup kembali . Sebaik dia sedar dari koma & hidup kembali setelah mati.. Jasad dia di kuasi oleh satu roh jahat yang terlalu tua & berkuasa, membuatkan dia menjadi seorang yang sangat bahaya & akan mencederakan dan membunuh orang di sekelilingnya. Seorang paderi menyedari akan kepelikkan yang berlaku pada gadis tu cuba meminta bantuan dari seorang yang di gelar Vatikan untuk menghalau roh jahat tu dari tubuh gadis tu. Malangnya percubaan mereka gagal.. vatikan yang cuba melawan kuasa roh jahat tu akhirnya mati & seorang paderi yang terselamat. Roh tersebut terus menguasi jasad gadis yang sebenarnya dah mati sehingga ending cerita.

Pendek sungguh review aku kali ni... Sebabnya filem ni pun bagi aku simple sangat. Seram pun tak sangat. Almaklum la filem The Vatican Tapes ni klasifikasi P13 jer.. Belum menetapi piawaian seram aku la. Boleh layan tapi bukan taste aku sangat filem2 macam ni. Tapi takde la rasa bodoh sangat tonton filem ni. Aku layan filem ni lepas habis tengok filem Badi. Sebab malam tu bola takde rancangan best kat TV.. maraton la dua filem berturut.

Dah selesai!

Dah tak banyak filem seram yang best .. Filem seram Thailand yang baru pun tak nampak ada. So, episod minggu depan kita buru je la apa2 filem yang selama ni tak selera nak beli sangat. Manalah tau yang tajuk tak menaikkan nafsu tu cerita dia best kan? Ok la tu.. Dari takde koleksi baru.

Aku nak tengok wayang tak boleh sebab anak aku tak boleh nak duduk lama2 tengok movie yang bukan taste dia jadi aku beli dvd je la. Penting tengok trailer dulu sebelum beli tiket wayang. At Least kita dapat la bayangkan cerita tu macam mana nanti walau selalunya trailer ni tunjuk part yang best best jer.

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI. Manusia ni kadang2 sanggup buat kerja gila bila cinta tu dah menguasi diri. tak boleh terima hakikat orang yang di cintai tu dah mati.. Nak2 mereka rasa bersalah atas kematian orang tersayang tu. Sentiasa di hantui rasa bersalah sehingga menyebabkan mereka sanggup buat apa saja untuk berjumpa dengan roh orang yang dah mati. kalau kita orang Islam ayat biasa bila tak sempat minta maaf dengan orang yang dah mati ni.. merangkak la kau kat padang masyar cari orang yang kau buat salah tu untuk minta maaf. Tapi bagi yang non-muslim ada yang percaya mereka masih boleh bertemu & bercakap dengan orang yang dah mati kat dunia ni cuma perlu mengadakan atau melakukan upacara tertentu.


Macam tu jugak dengan kisah seorang lelaki yang rasa bersalah kerana menyebabkan kematian kekasihnya. Dia cuba sedaya upaya untuk bertemu semula dengan kekasih dia yang dah mati untuk minta maaf. Apa saja cara yang orang cakap boleh temukan dia dengan roh kekasih dia ni, dia akan buat walau bahaya sekalipun. Termasuklah mengumpul semua barang peribadi orang yang dah mati. Kebetulan pula dia bekerja dengan sebuah skuad penyelamat yang memang sentiasa berdepan dengan orang mati dalam macam2 keadaan. Ada mati dalam kemalangan & ada mati bunuh diri. Dari situ dia mengumpul semua barang yang di temui bersama si mati untuk buat dia boleh nampak roh kekasih dia. Walaupun dah di halang kawan2 lain dia tetap meneruskan niat dia sehingga rumah dia di penuh roh2 orang mati yang pernah dia ambil barang mereka untuk di simpan. Kebetulan ada seorang lelaki yang mempunyai deria ke enam yang boleh nampak roh datang mengambil semula barang2 orang mati & di serahkan kepada waris mereka untuk membebaskan roh2 tersebut. Dia berjumpa la dengan roh kekasih lelaki ni yang masih berkeliaran dalam rumah lelaki tu. Disebabkan kata2 terakhir perempuan tu adalah.. Kekasih dia takkan dapat berjumpa dengan dia sampai bila2 sebab tu walau apa cara sekalipun dia buat dia takkan dapat bercakap atau nampak roh kekasih dia sebab kata2 tu dah menjadi satu sumpahan sebab ia kata2 terakhir sebelum wanita tu mati. Tapi lelaki ni tetap tak berputus asa. Dia tetap nak mencuba cara lain. Dia pilih untuk ke satu bangunan usang yang memang terkenal berpuaka & ada sumpahan. Sesiapa yang masuk kesitu jarang boleh keluar dalam keadaan masih hidup. Dia bersama seorang kawan perempuan yang sanggup temankan dia. Kat dalam bangunan tu mereka di serang dengan bermacam macam jenis hantu. Terpaksa dia call & minta pertolongan dari kawan kawan dia. Tapi kesemua kawan kawan lain yang cuba membantu mati hanya dia & seorang kawan perempuan yang temankan dia je boleh keluar dalam keadaan bernyawa. Selepas kejadian tu akhirnya dia dapat melihat kekasih dia & meminta maaf..

watak hero dalam filem ni muka macam pelakon Aiman Mentor. hehehe

Tu secara ringkas kisah dalam filem cinta seram The Eyes Diary. Filem ni kalau nak kata seram sangat bagi aku, memang tak seram. Sebab aku dah tak ada sangat deria seram. Lagipun filem Klasifikasi P13 memang tahap seram dia sederhana bagi yang macam aku. Bagi yang penakut maybe dah seram kot. Perjalanan cerita ni.. starting tu macam slow sikit tapi lama kelamaan dia mula buat kita melekat. Babak seram dia nak kata sepanjang cerita tak jugak tapi seimbang la. Yelah.. tema dia ada cinta & ada seram. Alhamdulillah aku tak rasa membazir beli dvd filem ni. Nak buat macam mana kena terima hakikat filem seram Thailand memang jarang mengecewakan berbanding filem seram melayu. So, peminat filem seram yang belum tengok, aku rekemen tengok la filem ni. Not bad jugak.

Moral of the story.. Kita sekarang nak tengok filem dah senang. Kadang2 kat TV pun melambak boleh tengok. Tak cukup dengan siaran kat TV.. boleh beli dvd lagi macam aku berbanding orang dulu nak tengok tv pun struggle giler. Tentu korang tak sangka orang dulu tengok tv macam ni >> Orang yang suka tengok TV je akan tahu bertapa benarnya 5 perkara ni! << Jadi bersyukur la yer anak anak. Setakat takde astro tu tak payah sesedih. Orang dulu jangankan nak tengok TV nak tengok intisari rancangan tv pun susah. hahahaha

KISAH ROH KANAK KANAK MANGSA CULIK & BUNUH MINTA PERTOLONGAN

KISAH ROH KANAK KANAK MANGSA CULIK & BUNUH MINTA PERTOLONGAN. Dengar je perkataan culik & bunuh jadi trauma sekejab bila ia melibatkan kanak kanak. Aku ada anak, aku ada anak buah & aku melihat ramai kanak kanak di sekeliling aku. Kadang2 bila tengok mak bapak biar je anak dia main sambil depa sibuk dengan smartphone beronline & selfie sedangkan mata tak pandang tu anak kat tempat awam buat aktiviti sendiri, aku tolong rasa risau untuk depa. Aku pulak tolong tengok2 kan sambil pantau anak sendiri. Tertanya jugak aku.. setiap hari boleh dengar & baca pasal budak2 kena culik, bunuh bagai.. tak terkesan langsung ke depa sebagai mak bapak? Kena tunggu jadi kat anak sendiri baru nak take action.

Rasanya Ramai Yang masih ingat kes kanak kanak 2 tahun ni di bunuh dengan kejam oleh seorang kawan kepada ibunya. Jadikan iktibar.. Siapa2 juga boleh buat jahat dengan kita jadi sentiasa berwaspada

Macam satu kisah ni.. Kisah seorang roh kanak kanak yang menjadi mangsa culik & bunuh minta tolong seorang wanita tua yang tinggal sendirian di sebuah kampung. Alkisahnya sejak kehadiran satu kereta yang masuk melalui jalan rumah perempuan tua ni menuju ke satu ladang kelapa sawit & menanam satu bungkusan dalam plastik hitam di situ. Kehidupan perempuan ni sering di hantui perkara2 aneh & mistik. Walaupun dia tinggal sorang2 kat rumah.. selalu terdengar suara budak2 bermain & rumah dia pulak selalu di sepahkan. Dari isyarat yang di beri melalui lukisan yang di conteng pada dinding rumah.. makhluk ghaib tu seolah olah cuba memberitahu sesuatu. Gangguan ni membuatkan perempuan tua ni terdetik nak menyiasat apa yang menyebabkan dia di gangguan oleh gangguan suara kanak kanak tu. Suatu hari dengan pertolongan seorang lelaki pakistan yang selalu berkunjung kerumah dia menjual barang, mereka berdua pergi menyiasat dalam hutan kelapa sawit tu sebab nak tahu apa yang sekumpulan lelaki tu tanam kat situ. Bila di gali.. ada satu mayat kanak kanak kat situ. Maka terbongkarlah satu jenayah penculikkan & pembunuhan kanak kanak. Selepas mayat kanak kanak tersebut di temui.. Tiada lagi gangguan mistik di rumah perempuan tua tu.

Begitulah kisah dalam cerita Selfie suara kubur. Cerita ni agak slow.. tak banyak pelakon & tak banyak dialog. Yang banyak babak mak jah menyanyi lagu2 klasik jer. Cerita ni aku gigih jugak tengok sampai habis walaupun dvd dia dah lama aku beli. First time tengok aku tak tahan sangat mengantuk tengok cerita slow macam ni so aku cari la hari yang betul2 aku takde buat apa untuk tengok.

Misi Berjaya. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku habiskan cerita ni walau dua kali aku try tengok

Ada orang rasa cerita dia best & maybe certain orang akan rasa cerita ni sangat boring tapi mesej yang di sampaikan dalam cerita ni sangat2 berguna kepada mak bapak zaman sekarang. Jangan sesekali biarkan anak anda bermain di taman permaian sendirian sebab ramai penculik yang kita tak tahu bila masa dia akan muncul memerhatikan anak anak kita. Mungkin dengan kelalaian seketika kita boleh rasa menyesal seumur hidup. So keselamatan anak anak pun terjamin bila ibu & anak bermain bersama.

Actually kalau ikut taste cerita2 slow macam ni memang aku kurang minat tapi citarasa setiap orang tak sama. Maybe korang suka cerita2 macam ni boleh la pergi cari dvd dia. Kat astro pun dah tayang kot.

ANAK PATUNG PALING BERHANTU & MENYERAMKAN

ANAK PATUNG PALING BERHANTU & MENYERAMKAN. Walaupun aku tak tukar blog jadi puakalekatlekit.com tapi cerita2 seram terus akan menghantui blog yang dah berdomain www.lekatlekit.com ni. Jadi segmen seram serik lekat lekit terus bersiaran dengan kisah malam tentang anak patung yang di katakan hidup & mempunyai roh yang menyeramkan.

Kita biasa tengok cerita berkaitan anak patung yang di rasuk & jadi benda yang seram & kejam macam filem chucky tu tapi kita tak pernah terfikir sebenarnya ada kejadian seram berkaitan anak patung berlaku. Setan ni nak uji keimanan manusia macam2 cara dia buat nak2 lagi manusia memang suka jadikan objek2 macam patung sebagai perantaraan untuk melakukan ritual2 mistik ni. Tu pasal la anak patung pun jadi berhantu.

Antara anak patung paling berhantu di dunia adalah..

1. Anak patung Harold

Anak patung ni di buat pada tahun 1930. Walaupun keadaan dia dah rosak & kotor katanya patung ni boleh bergerak sendiri & mengeluarkan suara

2. Mandy The Doll

Anak patung sekarang katanya di letakkan di Muzium quesnel, Old Cariboo Gold Rush Trail,British Colombia. Semasa di temui keadaan anak patung tu dah kotor & bahagian kepala pun dah retak. Semasa di jumpa usia anak patung tu dah 90tahun. Orang yang menyerahkan kepada pihak muzium cerita katanya anak patung tu selalu bangun tengah malam & menangis seperti bayi. Setiap kali benda tu berlaku mestu tingkap yang berdekatan anak patung tu terbuka walau dah di tutup. Tapi selepas di serahkan kepada pihak muzium untuk di jadikan pameran kejadian seram macam tu tidak berlaku lagi.

3. The Devil’s Baby Doll

Anak patung ni bersize sama besar seperti seorang bayi manusia. Anak patung ni berwarna merah & matanya berwarna biru terang. Rupa bentuk dia memang seperti seekor iblis yang biasa kita tengok dalam filem2 mat saleh. Anak patung ni memang tidak di galakkan di jadikan permainan untuk kanak kanak  kerana katanya asalnya ia untuk di berikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Anak patung ni katanya boleh bergerak dengan sendiri & sering meraung dengan bunyi yang aneh.

4. Anak patung pupa

Menurut cerita pemilik asal anak patung ni memiliki anak patung ni pada tahun 1920an ketika berusia lingkungan 5-6 tahun. Pemilik asal anak patung ni meninggal pada tahun 2005. Anak patung ni katanya rosak teruk ketika perang dunia kedua. Katanya anak patung ni dah hancur lepas mengalami beberapa kemalangan. Anak patung ni memang sentiasa di bawa kemana saja oleh pemiliknya. Selepas pemiliknya meninggal anak patung pupa ni di katakan sering menolak barang2 yang di letakkan berdekatan dengannya di rumah pemiliknya, Dia jadi sangat aktif seperti minta di lepaskan dari tempat dia di simpan. Katanya dia sering menganggu orang yang menjaganya. Dia sering berubah tempat.

5. Anak Patung Alice

Anak patung ni katanya tinggal bersama pemiliknya  di washington. Menurut cerita kalau korang letakkan telinga dekat dengan mulut anak patung ni dia akan berbisik dengan korang & riak wajah dia akan berubah kalau dia tak suka seseorang. Dia akan mengikut pergerakkan orang dengan matanya. Cerita seram di sebalik anak patung ni katanya dia di rasuk roh teman pemiliknya yang dah meninggal dunia. Ayat yang selalu anak patung ni cakap adalag  "i want to be left alone to suffer".

Cukup la 5 anak patung dengan kisah berhantunya. Yang pasti depa masih belum tau ada sejenis anak patung kat Malaysia yang berhantu. Cerita ni masa aku kecik2 dulu la.. Walaupun aku jenis main semua permainan tak kira permainan budak lelaki atau budak perempuan, anak patung pun tersenarai sebagai permainan aku masa kecik. Almaklum budak kampung memang main segala mak nenek. Kalau yang membesar tahun 90an ni tahu la anak patung kertas. Ada musim dia jugak nak main anak patung kertas ni. Bila tiba musim gila main anak patung kertas maka hari2 la anak patung kertas tu jadi objek permainan dengan geng2 yang lain. Akibat terlalu banyak main anak patung kertas.. pada satu malam tak tau la mamai ke mimpi ke hapa.. aku nampak anak patung kertas dengan koleksi baju2 dia sekali dok terapung sambil menari nari. Masa tu aku tinggal dengan makcik. Aku bagitau makcik aku la.. Tapi biasa orang tua ni suka momokkan budak2. Dia kata sebab simpan anak patung dalam rumah.

Seram tak?? Tak seram kan?? memang tu la motif aku tulis cerita hantu dengan penulisan yang tak menyeramkan. Hahahaha

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN. Garam kasar memang salah satu yang di gunakan untuk rawatan berkaitan sihir & jin ni. Tu aku tak nafikan la. Sebab apa yang aku baca jin memang tak suka dengan garam ni. garam salah satu benda yang boleh menakutkan & mencederakan jin Jadi tak berapa pelik jika garam kasar di jadikan "pemagar" untuk menghalang dari di ganggu makhluk halus @ jin ni.

Macam ni rupa garam kasar yer.. Sumber Google

Tapi ada juga yang aku baca cara ni tidak di gunakan dalam rawatan Islam hanya di gunakan dalam rawatan alternatif yang di warisi dari zaman dahulu kala. Tapi dalam blog Pusat rawatan Islam Al Qayyum mereka juga ada menggunakan garam kasar untuk rawatan memagar dari gangguan jin. Pusat Rawatan Al Qayyum ni aku pernah pergi memang cara dia merawat tak meragukan. Perawat juga terdiri dari kalangan mereka bergelar Ustaz. Bacaan ayat2 Al Quran & cara merawat jugak takde pulak pelik. Sama je macam aku tengok ustaz2 dari Darussyifa merawat. Tak tau la satu blog ni aku baca cakap kaedah guna garam kasar tu cara yang di ajar jin. Jadi untuk lebih kepastian maka korang pergi la merujuk kepada mereka2 yang lebih arif. Kita tidak layak membuat kesimpulan apa yang betul & salah.. ye dak??

Tapi kita jarang sangat nak bawa garam kasar atas tujuan untuk mengelak dari gangguan jin @ orang putih suka gelarkan mereka roh jahat padahal jin ni bukan dari jelmaan roh siapa2 kot. Depa memang wujud sebagai makhluk ghaib bernama Jin. Anak aku pun pernah kena gangguan masa pergi bercuti kat Melaka dulu. Takkan nak ulang cerita yang sama kot. Kalau hangpa nak tau alkisah pasal anak aku kena gangguan dari sebuah hotel kat Melaka ni boleh baca kat sini >> PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA<<

Pun macam tu.. Tak pulak aku rasa akan bawa garam kasar masa pergi bercuti walau ada pengalaman macam tu berlaku pada aku. Tapi jangan tak tahu masih ada orang yang amalkan bawa garam kasar ni sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus. Macam lawak jugak aku baca. Sampai gitu dia takut dengan makhluk halus ni kan. mat saleh yang kita rasa macam moden dengan kehidupan barat style pun ada jugak amalkan benda ni. Tapi berbaik sangka je la. Dia cuma ambil langkah keselamatan dari awal. Yelah.. Jalan jauh tak tau mana tempat kita singgah tidur. Tak tau tempat tu entah2 ada penghuni yang kita tak nampak kan.. Benda tak mustahil boleh berlaku. Apapun sebagai umat Islam kita haruslah memohon perlindungan dari Allah.

Tapi tu bagi aku tak rare sangat la. Ada orang pergi bercuti bawa sekali dvd player Uolls. Aku yang suka tengok dvd cerita seram pun rasanya tak obses nak tengok dvd sampai macam tu sekali. Bukan bawa dvd player je.. Kalau korang nak tahu apa lagi benda yang kadang2 kita tak jangka orang akan bawa bila pergi bercuti korang baca sendiri kat sini >> Inilah barang2 yang kita takkan sangka ada orang bawa dalam Luggage Bags ketika pergi bercuti <<

Moral of the story.. Aku kalau nak pergi bercuti benda paling banyak aku suka bawa pakaian jer kadang2 terlebih pun ada. Macam tak confident je kalau bawa cukup cukup. Hahahaha

VIDEO SERAM ONLINE YANG MEMBUNUH PENONTON UNTUK HIDUPKAN SYAITAN

Hari ni segmen seram serik lekat lekit bersiaran awal sikit. Kesian jugak asyik malam jer baru nak post cerita seram. Ingat semua peminat cerita seram ni berani2 sangat ke? Ada orang minat tapi penakut maka dia pilih time2 yang tak berapa seram untuk baca @ tonton cerita seram. Bukan semua orang macam aku yang kalau boleh bila tengok @ baca cerita seram nak feel seram tu.. tu sebab aku pilih malam. Tapi Malangnya deria seram tu tak jugak sampai.


Hari ni nak cerita satu kisah berkenaan seorang perempuan sihir yang mati di bunuh oleh penduduk setempat kerana membunuh ramai orang dengan sihirnya. Mayatnya di buang dalam sebuah perigi. Biarpun jasad dia dah mati namun Roh dia seolah olah masih hidup. Ada seorang lelaki yang suka menyendiri & mengkritik di laman sosial cuba menghidupkan kembali perempuan sihir ni bagi tujuan membalas dendam pada haters yang mengkritiknya. Dia perlu cari satu jasad yang sesuai untuk Roh jahat ni bagi menghidupkan kembali perempuan yang ada ilmu sihir ni. Banyak yang di bunuh tapi tak ada seorang pun yang sesuai untuk roh jahat ni.

Dia telah mengupload satu video seram di internet bagi memerangkap orang yang menontonnya. Semua yang menonton akan mati selepas tu. Dia buat bagi tujuan mencari jasad yang sesuai untuk menghidupkan semula Roh jahat ni. Sehinggalah seorang guru wanita yang mempunyai kuasa mistik dari kecil.. Dimana dia boleh mengalahkan sesiapa sahaja yang menjadi ancaman kepada dia dengan hanya menjerit. Dan itulah jasad yang di cari Roh jahat tersebut. Dalam pada yang sama ada seorang polis yang menyiasat kes2 kematian misteri yang melibatkan mereka2 yang menonton video tu dapat membongkar misteri tersebut & berjaya menemui tempat semua mayat2 yang di bunuh bagi tujuan mencari jasad untuk Roh jahat ni. Semua yang di bunuh di buang ke dalam sebuah perigi. Tapi polis ni akhirnya terkorban bila di serang hantu kaki panjang yang jalan merangkak. Rupa dah macam belalang pulak aku tengok.

Roh perempuan jahat ni terus berusaha untuk dapatkan jasad cikgu wanita ni akhirnya tewas bila video sumpahan tersebut di musnahkan oleh teman lelaki cikgu perempuan ni pada mulanya jugak di culik untuk memerangkap cikgu perempuan ni. Akhirnya.. Roh jahat tersebut dapat di musnah.

Tu la review filem Sadako cara melekat lekit. Filem ni hantu dia lebih kurang macam hantu filem the Ring cuma beza hantu the ring adalah dari video tape & keluar dari skrin TV tapi hantu sadako dari video yang tersebar di Internet & keluar dari skrin pc @ smartphone untuk membunuh mangsa yang menonton.Tapi dua2 keluar dari perigi jugak. Standard rambut panjang. Yang bosan filem Jepun ni starting dia..  sementara nak tunggu datang babak2 yang best tu Ya Allah bosan tahap kritikal. Majoriti filem seram jepun macam tu. Kena sabar jugak untuk sampai ke part yang best & mendebarkan.

Untuk koleksi peribadi. Doakan sampai aku boleh buka kedai sewa dvd seram hahaha

Kesimpulannya.. Filem ni kategori boleh tonton. Bukan baru sangat tapi sebab tak berapa lama dalam filem 2012 so dvd dia pun senang nak cari. Kalau korang jenis belasah movie kat online jer melambak boleh cari yang full movie.

Moral of the story stok dvd seram untuk tengok dah habis.. next week kena bertapa memburu hantu baru gamaknya. hehehehe

KISAH SERAM JELMAAN ROH KAKAK BALIK RUMAH

Katanya ni kisah benar yang berlaku pada seorang adik. sejauh mana kebenarannya aku memang la tak sure tapi apa yang di sebarkan siap nama penuh arwah si kakak tu aku ceritakan balik la kat blog aku.

Sumber Google

Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran darah berdiri depan pintu. Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik.

Si kakak terus mengurungkan diri dalam bilik air biarpun mak dengan ayah dia panggil berkali kali tetap dia terus berdiam diri dalam bilik air. Dalam celah keadaan panik macam tu tiba2 pintu rumah mereka di ketuk lagi. Bila di buka yang datang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada si kakak. Membawa khabar si kakak kemalangan & terkorban di tempat kejadian. Mula2 si Ayah marah jugak sebab dia beranggapan anak dia yang kata terkorban dalam kemalangan tu ada dalam bilik air tapi bagi memastikan kesahihan khabar yang di bawa si kawan kakak tu, mereka sekeluarga cuba sekali lagi mengetuk & panggil si kakak yang kononnya berada dalam bilik air tapi tetap tiada jawapan. Sebab pintu bilik air di kunci dari dalam terpaksa si Ayah memecahkan pintu supaya boleh melihat keadaan si kakak. Tapi bila pintu berjaya di buka, tiada sesiapa di dalam. Si ayah berkali kali bertanya pada si adik sampai terpaksa si adik bersumpah kakak dia ada balik & terus menguncikan diri dalam bilik air tadi. Kalau bukan si kakak yang masuk bilik air, masakan pintu bilik air terkunci dari dalam. Mak & Ayah  bingung.

Bila si kakak tiada dalam bilik air mereka sekeluarga bergegas ke tempat kemalangan memastikan kebenaran khabar yang di bawa kawan si kakak tadi. Ternyata sememangnya kakak terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia di tempat kejadian tapi semasa mereka sampai kakak telah pun di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

Akibat dari kejadian tu adiknya jadi trauma & bingung memikirkan siapa yang dia nampak dalam rupa kakak pulang kerumah malam tu. Setiap kali bunyi ketukkan pintu si adik sentiasa merasakan seperti kakaknya pulang. Dia terpaksa di bawa berubat untuk pulihkan  diri dari trauma. Sekarang ni tak tahu la samad si adik dah pulih atau belum. Namun si adik sempat berpesan untuk kita semua untuk sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah kakaknya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmi. Semoga Allah mengampuni dosa arwah & semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Kisah ni rasanya dah dekat  7 - 8 tahun dah kot berlaku.

Moral of the story.. Mungkin apa yang si adik nampak adalah jelmaan jin yang mungkin mahu menyesatkan manusia kerana manusia yang meninggal takkan mungkin kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan.

sumber : portal kisah best


GHOST OVERTIME, PRANK SERAM YANG MEMBUNUH

Orang kata buat apapun berpada pada walau bergurau sekalipun. Bila perkara tu over sangat kita buat boleh mendatangkan kemudaratan pada orang lain. Orang yang berada dalam keadaan takut & panik ni kadang2 tindakkan dia di luar kawalan & boleh jadi bahaya jugak. Macam tu jugak dengan satu kisah ni.. Yang mana prank telah membunuh & membuatkan simati menjadi roh yang berdendam.

 Sumber Google

Dah lama rasanya tak review filem seram.. Dok share kisah2 seram je kan. Ni hasil rembat lepas bayar kat e@curve hari minggu lepas. O.T Ghost Overtime ni filem thailand. Filem ni filem hujung tahun lepas bukan filem baru. Berkisahkan seorang majikan yang buat prank hantu kat staff dia yang berkerja overtime. Tujuan nak menakutkan pekerja dia supaya tak buat kerja overtime sebab dia tak nak bayar gaji lebih masa tu. Akibat dari prank tu dua pekerja dia terbunuh jatuh dari tempat tinggi masa tengah panik. Mengakibatkan majikan nakal ni jadi trauma nak guna lift sebab rasa macam di hantui staff dia yang terbunuh dari prank yang mereka buat. Walau macam tu dia tetap tak serik nak prank orang.

Antara babak prank

Masa syarikat dia mengalami kemerosotan & berisiko bankrup datang seseorang menawarkan projek yang meminta dorang buat satu pengambaran 1 malam di 5 buah hotel paling berhantu. Kat situ la penuh prank yang seram melibatkan hantu staff yang mati akibat prank tu. Memang agak sakit hati sebab banyak babak suspend & seram alih2 prank sampai la babak last baru muncul hantu perempuan yang mati akibat prank majikan dia datang. Sebab masa perempuan ni hidup dia pun pernah kena prank konon bos dia suka kat dia.. So, kononnya roh perempuan ni datang dengan cara baik & nak buat perjanjian untuk kehidupan akan datang supaya mereka dapat bersama. Bila roh hantu perempuan ni tahu tu pun cuma prank dia jadi marah. Akibat dari tu dua majikan yang pernah prank dia pun terbunuh dalam prank yang dorang sedang buat di sebuah hotel yang sedang terbakar.

 Geng prank paling melampau dalam Filem O.T Ghost Overtime ni

Filem ni dari starting sampai ending penuh prank seram. Tapi entah kenapa macam enjoy pulak aku tengok filem ni sebab even prank dia buat kita rasa suspend lepas tu rasa nak pijak TV bila tahu cuma prank. Nak kata filem seram sangat rasa bukan kategori horror sangat tapi nak kata komedi pun kita tengok prank2 yang di buat pun tak berapa lawak sebab mengundang panik jugak. Maybe filem ni klasifikasi prank seram kot. hahaha... pening pulak aku nak kategori genre filem ni. Jangan risau orang penakut pun boleh tengok. Boleh di tonton seisi keluarga even klasifikasi 18 tahun keatas. takde sangat la babak seksi atau romen2.

Untuk koleksi peribadi

Moral of the story.. Jangan nak melampau sangat prank orang. Kadang2 benda yang kita rasa enjoy memberi kesan emosi sangat mendalam pada orang yang terkena.


ROH MAYAT YANG TAK RELA JASADNYA DI JADIKAN BAHAN PENGAJIAN

Kita biasa dengar atau sedia tahu ada mayat yang di dermakan @ di jual dengan tujuan untuk di jadikan bahan pengajian di universiti. Aku pun tak tahu sangat la.. Aku belajar sampai U-turn katanya.. Jadi tak sempat sampai Universiti. Mungkin pelajar2 bidang perubatan ni lebih tahu tentang tu. Yang pasti mayat2 yang di dermakan untuk tujuan pengajian ni takde yang dari kalangan orang islam. Tapi dengan syarat harus di persetujui dengan si empunya badan sebelum jadi mayat. Makna kata dia dah wasiat mayat dia untuk di jadikan bahan pengajian. Tapi macam mana pulak mayat yang tak rela atau tak izinkan jasad dia di jadikan bahan pengajian tapi di ambil secara paksa setelah dia mati?? apa yang berlaku??

Sumber google sekadar hiasan

Yang ni yang aku nak share satu story seram.. Kisah roh yang marah bila jasad dia di ambil & di jadikan bahan untuk pengajian di sebuah universiti tanpa kerelaan dia. Alkisahnya pasal seorang pelajar perubatan bernama Mai.. yang di ganggu dengan kejadian2 seram & misteri selepas membuat eksperimen keatas satu mayat semasa sesi kuliah di universiti dia belajar.  Dia di hantui oleh hantu seorang wanita yang selalu muncul di depan dia dalam keadaan yang menakutkan tapi seolah olah meminta tolong. Akibat dari kejadian tu.. Mai susah untuk menumpukan pelajaran semasa di kuliah & sering ketakutan buat pensyarahnya terpaksa membantu dia dalam mengatasi ketakutannya berdepan dengan mayat ketika sesi pembelajaran. Sehinggalah terbongkar hantu yang menganggu dia selama ini adalah salah satu jasad yang bakal di jadikan bahan pengajian tapi tanpa kerelaan tuan empunya jasad tu.

Di pendekkan cerita kematian hantu tu sebenarnya berkaitan dengan pensyarah Mai.. Pensyarah Mai yang membunuh gadis yang jadi hantu tu untuk tujuan mengambil jasad dia dan di jadikan bahan untuk pengajian. Hantu tu sebenarnya salah seorang penuntut universiti kat situ dulu. Bila terbongkar rahsia tu.. Mai pun cuba di bunuh, tapi malangnya yang terbunuh adalah pensyarah yang jahat tu. Akibat kejadian yang berlaku Mai mengalami tekanan perasaan & di tempatkan di rumah sakit jiwa.

Sumber google

Tu la review secara ringkas filem cadaver, Filem seram thailand yang tak silap di tayangkan pada 2006 kot @ 2007 camtu la. Tak berapa sure. Filem ni banyak babak2 suspend tapi tak banyak sangat babak yang hantu muncul. Kira kalau jantung tak berapa sihat, tak di galakkan tengok sebab dia banyak jugak part terkejut2. Filem ni memang perjalanan cerita dia kita tak dapat teka apa sebenarnya berlaku cuma bagi aku cerita dia slow sikit. Kena tunggu sampai ending. Jadi takde la bosan sangat tengok sebab kita nak tahu apa sebenarnya yang buat hantu2 tu kacau dia. Tahap seram cerita ni.. Senang cakap kalau penakut, dah cukup seram. Kalau macam aku.. Aku dah hilang deria seram jadi susah nak rasa seram. Kesimpulannya boleh layan cerita ni. Not Bad.

P/S : Cerita lama tapi aku baru tengok.. kira cerita baru jugak bagi aku.


SERU JASAD ANAK YANG DAH MATI RUPANYA..

Aku ni tak habis2 buat entri kisah mistik, seram bagai kan?? Mesti ada yang baru kenal pelik dengan aku yang obses sangat kisah2 seram ni. Dah nama pun peminat cerita seram kan.. Haruslah kalau ada kisah seram yang nak aku share aku tulis dalam entri. Ok.. hari ni aku nak share satu kisah seram jugak dengan semua... Nak tau kisah apa baca la dulu.

Kisahnya satu team produksi ni buat shooting film seram kat satu kampung yang dah jadi hutan sebab takde penduduk. Masa tengah shooting tetiba ada sorang kru perempuan kerasukkan.. jadi tergendala la shooting tu. Dalam depa dok kecoh sebab sorang kru perempuan ni kerasukkan tanpa sedar ada sorang lagi kru perempuan tetiba kerasukkan & terus berjalan masuk hutan di sedari seorang kru & seorang pelakon tambahan yang cuba ikut & halang perempuan ni dari masuk jauh ke hutan tapi malangnya perempuan tu hilang depa pun sesat entah kemana.


Yang first perempuan kena rasuk tu.. cuba di ubat sepasang suami isteri yang satu2 penduduk kampung tu. Lepas dia ubat tu konon macam ok so depa decide hantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Selepas perempuan tu di hantar ke hospital bermula la adegan2 tak di ingini. Tetiba perempuan yang kerasukkan tu datang balik & bunuh pengarah drama tu, di ikuti tiga lagi kru yang lain. Bila tengok perempuan kerasukkan tu tiba2 jadi tak terkawal.. salah seorang kru terpaksa bertindak memukul sehingga pengsan kemudian ikat dia lepas tu depa berempat pun lari untuk selamatkan diri malangnya kenderaan tak boleh pulak start. Terpaksa pergi cari sepasang suami isteri yang datang rawat perempuan kerasukkan tadi tapi bila sampai kat rumah tu.. Takde orang tapi dalam rumah tu penuh peralatan orang buat upacara pemujaan. Lebih senang macam rumah bomoh ilmu hitam la. Masa 4 orang kru ni pergi cari pasangan bomoh tadi, sorang kru & sorang pelakon tambahan tadi balik ke tempat shootong & tengok ada yang mati & perempuan kerasukkan tadi di ikat dalam keadaan pengsan. Dia cuba nak tolong tetiba perempuan tu sedar & bunuh dia. Yang sorang lagi cuba larikan diri pun terbunuh jugak.


Lepas tu yang 4 lagi kru tadi kembali ke kereta.. last ada salah satu kereta boleh jugak hidup.. tapi malangnya lepas kekalutan berlaku,kereta depa terbakar kemudian  perempuan kerasukkan tu terlepas dari ikatan datang serang & membunuh sampai tinggal seorang KRU.

KRU produksi yang last tak mati tu mula putus asa & cuba buat recording terakhir macam wasit la sapa jumpa video tu suruh serah kat polis sebagai bukti apa yang berlaku pada dorang dalam celah2 dia dok buat recording tu dengar suara orang.. dia ikut suara tu kemudian dia nampak bomoh suami isteri tadi sedang buat upacara pada semua jasad kawan2 dia yang dah mati. Dia cuba menyerang tapi dia kalah jugak. Dan yang menjadi tali barut pasangan bomoh tu salah sorang kru produksi tu jugak. Ending dia.. semua kru produksi tu rasanya mati kecuali sorang tali barut.. tujuan bomoh tu buat camtu semata mata nak hidupkan jasad anak dia yang dah mati. Lepas jasad anak dia bangun dengan mata terbeliak cerita pun habis.

Filem seru ni.. Starting bosan. Pertengah cerita cuma ada adengan mencemaskan sikit tapi bagi aku tak menyeramkan. Ending rasa macam nak bakar tv jer tengok. hahahahaha..  watak seram tu di transfer pada perempuan kerasukkan yang mengganas tapi tetap tak seram langsung cuma mungkin suspend sikit la. Hantu tu mungkin datang dari pemujaan pasangan bomoh tu tapi tak tau spesis apa. Samada dari roh anak dia yang dah mati atau jin.

So, aku rasa filem ni kalau bosan sangat tahap takde channel tv yang best dah nak tengok boleh la layan tapi kalau mengharap kepuasan & keseraman untuk filem ni bagi aku takde sangat la. Tengok sorang2 pun tak datang feel seram tu tapi kalau orang penakut aku rasa bagi depa dah seram kot filem ni. Nak rekemen orang tengok tak berani sangat tapi kalau korang sendiri nak tengok boleh jer. Sebab pandangan setiap orang mungkin berbeza ye dak?? Cuma film ni jalan cerita konon di rakam secara semulajadi bukan shooting la.. So, rakaman dia kelam kabut sikit sebab nak bagi nampak macam real rakaman tanpa editing @ arahan sapa2.

P/S : Ni bukan filem baru ok.. Tapi filem tahun 2011. Aku beli saja nak buat koleksi. Lagipun memang aku tak pernah tengok filem ni.


ROH ORANG MATI MENJELMA SEBAGAI HANTU & PONTIANAK

Dalam filem hantu/seram cukup banyak babak2 macam ni. Orang mati dengan cara ngeri trajidis & teraniaya jadi pontianak/hantu kembali ke dunia membalas dendam sampai aku masa kecik2 dulu pun percaya orang mati boleh jadi hantu. Sampai sekarang pun filem2 seram/hantu melayu masih mengekalkan jalan cerita macam tu. Susah sangat nak jumpa filem hantu/seram yang tak memesongkan kepercayaan orang yang menonton lebih2 lagi kanak kanak. Asal hantu/pontianak je mesti ada cerita trajidis berkaitan kematian hantu tu. Terbaru filem Pengantin malam pun aku baca review pun lebih kurang macam tu jugak konsepnya. Mati kemudian jadi hantu.

Sumber google

Rasanya ramai yang dah tahu tapi tak mustahil masih ada lagi yang belum tahu. Orang yang dah meninggal dunia @ mati takkan mungkin kembali kedunia dalam apa keadaan pun samada baik atau buruk. Makna kata roh dia takkan jadi hantu pontianak,pocong,langsuir,darkula,hantu lompat bagai. Bila Roh & jasad terpisah maka roh dah kembali ke alam barzakh. Yang ada jelmaan macam simati tu bukan roh simati tapi jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.

 Sumber Zaharuddin.net

Tapi kenapa yer.. Filem2 seram Melayu masih membuat cerita yang macam tu? Penapisan Filem pun lulus even bertentangan dengan ajaran Islam. Sebab dalam Islam dah jelas.. Roh orang yang dah mati takkan balik kedunia dalam apa bentuk & rupa pun. Susah nak jumpa filem hantu yang takde kaitan dengan roh manusia yang dah mati. Kalau ada pun filem hantu yang mewujudkan watak hantu, pontianak tu dari jelmaan jin & syaitan.. jumlahnya sangat sedikit tapi yang banyak filem seram ni watak hantu mesti la ada kaitan pasal orang yang dah mati. Perasaan tak??

Tiba masanya pengarah2 & penulis2 skrip drama @ filem seram melayu terutama yang muslim mengubah jalan cerita & watak hantu tu. Tak hilang seram kalau jadikan watak hantu tu dari jelmaan jin & syaitan. Bukan takde yang pernah buat kan.. Tolong jangan wujudkan watak hantu tu dari jelmaan roh orang yang dah mati. Aku kecik2 dulu dah terpedaya & aku taknak generasi baru ni pun percaya jugak yang orang dah mati boleh jadi hantu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com